Borang Permohonan Tingkatan 1 Program Asrama 1Malaysia (A1M)

Borang Permohonan Tingkatan 1 Program Asrama 1Malaysia (A1M). Berita baik untuk semua calon UPSR, permohonan bagi Kemasukan ke Tingkatan 1 Program Asrama 1Malaysia (A1M) 2017 dibuka sehingga 9 Disember 2016. Sila dapatkan borang permohonan daripada sekolah masing-masing  atau muat turun seperti di bawah.

Syarat-syarat permohonan memasuki A1M adalah seperti di dalam Borang Permohonan. Semua permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan Kementerian Pendidikan Malaysia. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pendaftaran masuk ke A1M ialah pada 2 Januari 2017 (Selasa).

Borang Permohonan Tingkatan 1 Program Asrama 1Malaysia (A1M) 2017

Permohonan Tingkatan 1 Program Asrama 1Malaysia (A1M)


Semua permohonan yang lengkap hendaklah dihantar oleh pihak sekolah ke alamat seperti di bawah pada atau sebelum 9 Disember 2016:

Urusetia Pengambilan Murid A1M 2017
Unit Asrama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Aras 3 & 4, Blok E2,
Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 WP Putrajaya

Sebarang penyelarasan boleh dirujuk ke Bahagian ini melalui Unit Asrama, Sektor Pengurusan Kesihatan, Intervensi dan Asrama (SPKIA) di talian telefon 03 - 88849 432/ 9341 dan faks 03 - 88849342.

0 comment... add one now

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.