Supermoon Terbesar Akan Muncul 14 November 2016

Supermoon Terbesar Akan Muncul 14 November 2016. Anda minat bidang Astronomi? In Sha Allah, pada 14 November 2016, anda bakal berpeluang untuk menyaksikan satu fenomena yang jarang berlaku, iaitu fenomena Supermoon Terbesar. Menurut siaran akhbar yang dikeluarkan oleh pihak Angkasa, Supermoon Terbesar ini pertama kali dapat disaksikan sejak tahun 1948 iaitu 68 tahun lepas, dan dijangka akan hanya dapat dilihat sekali lagi 18 tahun akan datang.

Saya dan anak-anak memang sukakan bidang Astronomi. Jika ke Kuala Lumpur, Planetarium Negara antara destinasi lawatan sambil belajar kami anak-beranak yang akan berada dalam jadual perancangan. Kalau ada masa dan kesempatan, memang ia destinasi untuk kami tuju.

Supermoon Terbesar Akan Muncul 14 November Sejak 68 Tahun Lepas

Supermoon Terbesar Akan Muncul 14 November Sejak 68 Tahun Lepas
Ok. Berbalik pada info mengenai Supermoon Terbesar yang bakal disaksikan penduduk dunia pada 14 November 2016.

Untuk pengetahuan am, fenomena 'Supermoon' atau bulan penuh Perigee ini berlaku apabila bulan akan berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi (Perigee) yang membuatkan saiz bulan seolah-olah lebih besar daripada biasa. Pada 14 November 2016, ia akan kelihatan bermula jam 7.24 malam dan seterusnya fasa bulan penuh atau purnama pula pada jam 9.54 malam.
Supermoon Terbesar Akan Muncul 14 November
Fenomena ini bukannya tidak pernah berlaku sebelum ini, 'Supermoon' pernah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 September 2015.

Momen Menarik Untuk Dilihat dan Diingati

Andai anda ada kesempatan, bolehlah tengok nanti ... ia pasti satu momen yang menarik untuk diingati, apatah lagi kalau anda bersama-sama dengan keluarga, anak-anak ... dan kenalan. Ia juga untuk sama-sama melihat betapa cantik dan indahnya ciptaan Allah S.W.T, lalu mengesahkan betapa hebat dan Maha Agung ciptaan Allah S.W.T ini.

Jika anda berkesempatan untuk ambil gambar fenomena Supermoon ini, jangan lupa untuk kongsikan di Facebook dan Twitter Angkasa. Berikut adalah kenyataan atau siaran akhbar dari pihak Angkasa berkaitan fenomena Supermoon terbesar ini.

Untuk info dan maklumat lanjut .. boleh hubungi:

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)
www.angkasa.gov.my
Tel: 03-3182 4000 Fax: 03-2273 5488 / 03-3181 1304

4 comments.. read them below or add one

PeRdU cINta PeRdU cINta November 09, 2016
set date..in sha Allah boleh tengok ni..terima kasih bro HH kongsi info.. :)
raihanah raihanah November 09, 2016
boleh set date ni, terima kasih info ni tuan HH
Hasrul Hassan Hasrul Hassan November 09, 2016
Jangan lupa ambil gambar, leh share dalam blog. In Sha Allah, trafik mesti ok punya.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.