Langkau ke kandungan utama

Senarai Stesen NGV Petronas Ditutup Sementara Dan Masih Beroperasi

Senarai Stesen NGV Petronas Ditutup Sementara dan Masih Beroperasi. Rasanya ramai dah sedia maklum bahawa pihak Petronas telah mengambil keputusan untuk menutup sementara 67 stesen minyak yang ada NGV di seluruh Malaysia. Antara kawasan yang terlibat ialah di Lembah Klang, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, dan juga Johor.

Penutupan sementara stesen NGV Petronas adalah susulan kejadian letupan dan kebakaran di salah sebuah stesen NGVnya baru-baru ini. Kemalangan tersebut berlaku di Austin Height, Mount Austin, Johor Baharu ... dan telah mengorbankan nyawa seorang pekerja kontraktor pembaikan pam NGV.

Senarai Stesen NGV Petronas Ditutup Sementara dan Masih Beroperasi

Senarai Stesen NGV Petronas Ditutup Sementara
Dengan pengumuman tersebut, ramai yang keluh kesah, dan merungut kerana sudah menjadi sukar untuk mengisi gas NGV untuk kenderaan mereka, terutama sekali buat pemandu-pemandu teksi di sekitar Lembah Klang dan juga Johor Baharu.

Berikut adalah pengumuman yang telah dibuat oleh Petronas Dagangan Berhad (PDB) dalam laman web rasmi mereka ..
"PDB sedang melakukan penutupan sementara bagi operasi NGV di 67 stesen PETRONAS yang terletak di Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Johor bagi tujuan kerja-kerja menaik taraf dan pembukaan semula akan diberitahu kelak. Walau bagaimana pun, perkhidmatan bagi produk bahan api lain dan Kedai Mesra di stesen-stesen ini akan beroperasi seperti biasa.

PDB sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk memastikan standard keselamatan yang tertinggi di premis kami.

Segala kesulitan adalah amat dikesali."
Saya berupaya untuk mendapatkan senarai stesen-stesen NGV Petronas yang telah diarahkan untuk tutup sementara tersebut. Anda boleh rujuk pada paparan di bawah ini untuk senarai stesen NGV Petronas yang ditutup.

Senarai Stesen Petronas NGV Ditutup Sementara



Pun begitu, ada beberapa stesen NGV Petronas yang masih beroperasi untuk keperluan pengguna kenderaan yang menggunakan NGV ini. Dan berikut adalah senarai stesen minyak Petronas yang masih lagi beroperasi untuk NGV. Anda boleh muat turun senarai ini dan cetak untuk dibuat rujukan kelak.

Senarai Stesen NGV Petronas Masih Beroperasi


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Mesralink di 1-300-88-8181.

Mohon anda untuk kongsikan dengan orang ramai supaya mereka boleh tahu senarai ini dan dijadikan rujukan.


advertisement


Komen Pembaca ...

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital. Pekerjaan doktor dianggap mulia dan banyak menyumbang dalam masyarakat hari ni. Mereka terpaksa belajar lebih kurang 5 hingga 6 tahun untuk mendapatkan ‘title’ doktor tersebut dan kebanyakan mereka dianggap tak da ‘life’ dan sangat ‘nerd’.

Tapi tahukah anda bahawa ada juga dikalangan mereka yang yang sangat handsome dan menarik hingga membuatkan anda hari-hari nak buat check up kat hospital. Jom kita kenali 6 doktor kacak di Malaysia.
6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital 1- Dr Syed Ahmad Murthada

Beliau merupakan model utama untuk jubah furby and sugar dan sangat aktif ke gym.  Walaupun doktor kerjanya sangat sibuk untuk merawat dan melayani pesakit, mereka juga ada kehidupan sendiri. Sibuk-sibuk pun sempat ke Gym tu ... hoho. Jangan cakap doktor tak da life ye. Dan pada saya, memang haruslah seorang doktor menjadi contoh kepada orang lain, nampak sihat, sasa,…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …