Saya bukan seorang jejaka yang sombong. Maksudnya .. saya juga bukan seorang blogger yang sombong.... haha. Kalau anda terjumpa dan ternampak saya di mana-mana, janganlah segan untuk menegur. In Sha Allah, saya pasti akan balas teguran walaupun ingatan jejaka kacak 40 tahun ini mungkin tidak mengenali siapa anda .. haha.

Saya talak sombong punya ... 

Saya Talak Sombong Punya ...
Jika saya sombong, tentu saya segan-segan nak berselfie dengan blogger Lisa yang saya ketemu semasa bercuti bersama keluarga di Cameron Highlands... hehe. Uhh tak kenal blogger bernama Lisa? Blogger kecil molek berkulit putih cerah ini adalah pemilik blog Cerita Budak Sepet dan baru sahaja membuka blog keduanya iaitu Lisa.my ... fuh ... mahal ooo nama domain ni ...

Saya tak sangka pula bertemu dengan Lisa di tengah keramaian orang. Huhu .. boleh pulak saya jumpa di Pasar Malam Brinchang. Dan ... saya sempat juga berselfie dengan blogger terkenal ni ... di tengah-tengah ramai orang yang lalu lalang .. haha. Dua gambar pulak tu ....
Jumpa blogger terkenal di Cameron Highlands
Selfie bersama blogger terkenal .. Cik Lisa
Actually, Lisa ni memang dah skodeng saya di Facebook .. haha ... dia dapat tahu saya bercuti dengan isteri dan anak-anak di Cameron Highlands sebab saya ada kongsikan gambar dan status saya tentang betapa best melepak di Equatorial Resort Private Apartment .... lepas tu ada kongsi satu aktiviti menarik yang baru saya tahu iaitu 4x4 Safari and ATV Adventure
[Baca] Tawaran Tempah Hotel Separuh Harga AGODA Sempena Cuti Sekolah
Lisa pula katanya ada kursus di Cameron Highlands .. uhh tak sangka jumpa saya di situ. Sempat juga saya perkenalkan isteri saya yang ketika itu sibuk melayan karenah anak-anak.

Nasib baiklah saya dapat cam si Lisa ni dari jauh. Dan nasib baik jugalah sebelum ini saya pernah bertemu dengan blogger ni... kalau tak mesti saya ingat pelancong China pakai tudung datang bercuti ke Cameron Highlands .. hehehe.... :P

Jika korang jumpa saya ... jangan segan untuk menegur .. manalah tahu kot-kot boleh berkolaborasi part nak jana income menerusi blog. Saya ada je banyak peluang nak dikongsikan .... tetapi itulah .. nak kena jumpa, sembang-sembang baru best.
[Baca] Tips Buat Duit Untuk Blogger Kaki Travel
Saya talak sombong punya .. tak percaya? tanyalah mana-mana nama dalam friendlist FB saya .. huhu..

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Betul.. Bro HH tak sombong. Jika tanya bro akan jawap. Saya belum pernah jumpa lagi bro HH. Jumpa nanti boleh kita minum teh. ;-)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement