Sesekali dalam kehidupan, perlu ada waktu untuk bergelak tawa dan berhibur. Tak boleh asyik dengan masalah dan tekanan.  Sebagai house husband, kadang saya juga stress ... nak-nak lagi bila ada kerja yang perlu diselesaikan berkaitan dengan blog. Blog cari makan, mesti nak ada kerja nak kena buat ye tak? Rezeki tak datang bergolek, kena usaha. Jangan kata kerjaya seorang blogger mudah senang dan rileks sahaja, adakala anda bagai patung bernyawa di depan komputer.

Apabila saya nak rasa hiburkan diri, saya suka cari bahan jenaka. Kadang bila anak buat lawak spontan, saya akan cuba ingat dan tuliskan. Ada waktu saya kongsikan di laman sosial.

Peribahasa Moden Untuk Release Tension

Saya nak kongsikan satu benda yang mungkin boleh buat anda ketawa dan release tension. Ia berkaitan peribahasa. Peribahasa moden. Peribahasa yang baru sahaja dicipta .. hehehe.
Ehh ada ke peribahasa yang baru dicipta? Hmm kena semak dengan pihak Dewan Bahasa Pustaka ni sebab mereka lebih arif. Tapi saya fikir ... dunia penuh puitis, penuh berlapik ini masih banyak yang belum diteroka kerana kebanyakkan peribahasa masih lagi berlegar di bibir-bibir .. tak banyak yang dibukukan. Malah apa yang kita tahu .. cuma segengam dari sekawah.

Ingat pemberita TV3 bernama Karam Singh Walia?

Saya agak kagum dengan Karam Singh yang tahu mengenai peribahasa Melayu. Petah dalam berbahasa, dia akui belajar dan kenal mengenai peribahasa dari buku yang dijumpainya ... dari sebaris .. dia terus berminat nak tahu. Siapa kata Karam tak hormat Melayu? Saya fikir kadang2 dia lebih hormatkan orang Melayu dari orang Melayu sendiri .... opss cukup .. saya tidak mahu kontroversi. :P

Meh kita lihat peribahasa baru yang saya jumpa ni ...menarik ke tak menarik? Kalau fikir ia menarik, boleh kongsi di mana-mana anda suka, asal jangan beritahu pihak DBP... haha... susah saya nanti.

Peribahasa: Seperti anjing jantan dengan anjing betina.
Maknanya: Dua orang yang pantang bertemu... asyik nak beromen aje.

Peribahasa: Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ke taik jugak dia hinggap.
Maknanya: Orang kalau dah perokok tu... kalau dia berenti... .akhirnya dia gerenti start balik punyer.

Peribahasa: Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masok ke sukan Olimpik jua.
Maknanya: Jangan macam bagus... .pasal yg macam bagus tu selalunya tak bagus.

Peribahasa: Biar putih tulang jgn putih muka
Maknanya: Kalau surat beranak dah letak orang Melayu jgn eksen nak jadi Mat Salleh plak... be proud of what you are.

Peribahasa: Kalau tidak ada angin masakan satu LRT boleh bau busuk?
Maknanya: Ada orang kentotlah tu...

Peribahasa: Seperti kacang lupakan mamak kacang putih
Maknanya: Orang yg tak sedar diri... .tak kenang jasa baik orang yg mula-mula popularkan dia.

Peribahasa: Ada udang di sebalik udang lain
Maknanya: Jangan sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang ... check betul-betul, mesti ader sorang lagi kat bawah ke... .kat tengah ke... tengah baring ke.

Peribahasa: Biar mati anak jgn mati pucuk
Maknanya: Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak... ... betul tak?

Peribahasa: Sudah jatuh ditimpa piano
Maknanya: Nasib malang yg tak agak-agak.

Peribahasa: Hidung tak mancung, gigi pulak yang mancung.
Maknanya: Jangan nak tersengeh-sengeh kat depan PC ni!!

Haha .. anda ada idea nak tambah?

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Peribahasa melayu patut dinilai semula maksud yang tersurat dan yang tersirat dan berfikir diluar kotak lama secara positif.Contoh peribahasa musang berbulu ayam.makna klasiknya orang jahat menyamar sebagai orang baik.(negative).Cuba tafsir secara positif...watak musang bergeliga menyamar dengan berbulu ayam untuk menakluki ayam sehingga ayam tidak sedar.

    BalasPadam
  2. Best3x... terhibur hati LeYa baca..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement