Langkau ke kandungan utama

Nasi Kandar RM9.70 Sebungkus !! Apa Lauknya Tu?

Perghh ... hambik kau, RM9.70 sebungkus. Makan nasi bungkus sampai harga RM9.70 ... err biar betul. Buat sesetengah orang. harga makanan RM10 untuk seorang makan mungkin biasa sahaja, tapi buat sesetengah yang lain .. tu dah kira macam makan di restoran mewah. Ok. Jangan panik .. kita lihat apa isi kandungan atau lauk Nasi Kandar yang berharga RM9.70 sebungkus.

Tetiba lapar di tengah malam. Nasib baiklah ada restoran Nasi Kandar Ali yang beroperasi dari jam 6 petang sampai tengah malam. Nasi Kandar Ali ni memang terkenal di tempat saya, iaitu Parit Buntar. Malah, ia turut diberikan jolokan Nasi Kandar Beratur Ali oleh penduduk setempat.

Nasi Kandar RM9.70 Sebungkus

Nasi Kandar RM9.70 Sebungkus
Jika anda asal dari Parit Buntar, pasti dah tahu sejarah yang cukup panjang untuk Nasi Kandar Ali ini yang dah lama wujud. Menu dan masakan dia memang marvelous la. Paling heaven ialah Ayam Madu dan Ikan Keli Madu ... jilat pinggan weihh .. haha.

Lapar punya pasal, dan sebab dah lama tak jamu selera menu Ayam Madu restoran Nasi Kandar Ali, jadi saya pun tapau la sebungkus. Saya keluar pergi makan jam 11:30 malam .. isteri dan anak-anak semua dah tidur .. hoho .. kalau tak derang pun akan tapau sama tu... huhu.

Apa Lauk?

Ambil lauk - Ayam Madu + Kari Sotong (1 ekor) + Kobis ... dan kuah campur 4 jenis kot .. huhu ... walla ... bungkus-bungkus ... nah kau ... RM9.70. Harga tak termasuk dua bungkus Nescafe Ais. Murah ke mahal?

Bagi saya, dalam hati ... memang mahal. Tapi, bila fikir .. pengiraan berikut mungkin terpakai:

  • Nasi - RM1.50
  • Ayam Madu - RM3.50
  • Kari Sotong - RM2.50
  • Kobis - RM2.20


Jadi logiklah kena bayar RM9.70 untuk Nasi Kandar bungkus... haha .. padanlah dengan lauk .. ye tak? Alhamdulillah, kenyang dan puas hati. Nasib baiklah tak dikira 4 jenis kuah yang saya ambil untuk siram nasi bungkus saya .. lau tak mau lebih RM10 sebungkus nih .. hehe.
Lauk Nasi Kandar RM9.70 Sebungkus
Lauk Nasi Kandar RM9.70 Sebungkus
Inilah realiti harga makanan yang perlu dibayar, sebungkus Nasi Kandar di sebuah restoran nasi kandar yang terletak di pekan kecil Parit Buntar di waktu tengah malam .... huhu di akhir bulan November 2016.

Tempat anda, agak-agak kalau lauk macam saya ni .. berapa RM ye?

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. biasa la.. sotong memang mahal.. :-d

    BalasPadam
  2. Ok dah harga tu...standard kot..huhu. Kat Kemaman ni memang harga makanannya agak mahal la.Hehe.

    BalasPadam
  3. Saya sekeluarga dah lama tidak masuk kedai mamak. Ragu tahap kebersihannya Baik yang nampak atau sebaliknya.

    BalasPadam
  4. siot betul, lapar gua dibuatnya

    BalasPadam
  5. rasa harga cam tu ok dah kot.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital. Pekerjaan doktor dianggap mulia dan banyak menyumbang dalam masyarakat hari ni. Mereka terpaksa belajar lebih kurang 5 hingga 6 tahun untuk mendapatkan ‘title’ doktor tersebut dan kebanyakan mereka dianggap tak da ‘life’ dan sangat ‘nerd’.

Tapi tahukah anda bahawa ada juga dikalangan mereka yang yang sangat handsome dan menarik hingga membuatkan anda hari-hari nak buat check up kat hospital. Jom kita kenali 6 doktor kacak di Malaysia.
6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital 1- Dr Syed Ahmad Murthada

Beliau merupakan model utama untuk jubah furby and sugar dan sangat aktif ke gym.  Walaupun doktor kerjanya sangat sibuk untuk merawat dan melayani pesakit, mereka juga ada kehidupan sendiri. Sibuk-sibuk pun sempat ke Gym tu ... hoho. Jangan cakap doktor tak da life ye. Dan pada saya, memang haruslah seorang doktor menjadi contoh kepada orang lain, nampak sihat, sasa,…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …