Langkau ke kandungan utama

Mempercayai Kenan, Satu Khurafat

Sebagai bapa, saya memang sedia maklum akan kenan. Dan saya pernah melihat dalam persekitaran saya sendiri, di samping keluarga dan teman-teman, saya melihat kesan dan akibat kenan ini.

Ramai mempercayai bahawa kenan ini ada kaitan dengan perbuatan yang dilakukan oleh ibu bapa semasa si ibu mengandungkan anak. Apatah lagi ketika itu, kandungan baru sahaja terbentuk. Ramai yang percaya bahawa seandainya berbuat sesuatu yang tidak elok seperti melanggar haiwan, memotong kaki ayam, memancing dan sebagainya akan membawa gejala kenan kepada anak yang akan dilahirkan.

Tetapi, ini semua merupakan satu kepercayaan yang dibawakan oleh masyarakat terdahulu. Ia mungkin satu budaya yang telah lama wujud. Untuk merungkaikan masalah kenan ini, saya memetik satu artikel dalam majalah Pa&Ma.

Mempercayai Kenan Satu Khurafat

Sebagai umat Islam, kita beriman bahawa Allah mencipta kita dan anak-anak kita dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya." (al-Tin 95:04) 
Kadangkala Allah sengaja mencacatkan sedikit bayi yang dilahirkan, sebagai ujian kepada kita semua. Ia merupakan ujian kepada ibu bapa bayi, sama ada mereka tetap bersyukur atau merungut. Ia juga merupakan ujian kepada orang-orang di persekitaran, sama ada mereka turut membantu atau mengaibkan bayi dan ibu bapanya serta berasa hebat di atas kesempurnaan anak-anak mereka.

Demikianlah, kerana kehidupan ini sentiasa merupakan ujian daripada Allah S.W.T kepada kita sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
"Maha Suci Allah Yang di tanganNyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu; Yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun." (al-Mulk 67:1-2)
Dalam ayat yang lain Allah S.W.T bertanya; yang bermaksud:
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" (al-Ankabut 29:02)
Atas keimanan yang benar dan aqidah yang lurus ini, kita tidak menerima kepercayaan khurafat yang menyatakan apa yang dilakukan oleh ibu bapa akan mempengaruhi bayi yang berada di dalam kandungan. Bahkan kepercayaan khurafat seperti ini merupakan satu bentuk syirik kerana orang tersebut meyakini wujudnya kuasa lain di sisi Allah S.W.T yang mempengaruhi kesempurnaan bayinya.

Pada zaman Rasulullah S.A.W, terdapat juga beberapa kepercayaan khurafat yang berlegar di kalangan masyarakat. Di antaranya, mereka mempercayai jika dalam satu perjalanan ditemui burung yang terbang ke arah kanan, ia petanda yang baik (good luck). Sebaliknya jika burung terbang ke arah kiri, ia petanda yang tidak baik (bad luck). Rasulullah S.A.W menegur keras kepercayaan ini dengan sabdanya; bermaksud:
"Mempercayai nasib yang baik atau buruk pada burung adalah syirik, mempercayai nasib yang baik atau buruk pada burung adalah syirik. (Baginda mengulanginya tiga kali)." (Shahih Sunan Abu Daud, no: 3910)
Sama-sama diketahui bahawa syirik ialah dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah S.W.T. Maka kewajipan kita bukan sekadar tidak mempercayai kenan atau apa-apa yang seumpama, tetapi diluaskan kepada memberi nasihat dan teguran andai ada ahli keluarga, saudara mara, jiran dan rakan yang mempercayainya.

Sumber: Majalah Pa&Ma
advertisement


Komen Pembaca ...

Popular

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital. Pekerjaan doktor dianggap mulia dan banyak menyumbang dalam masyarakat hari ni. Mereka terpaksa belajar lebih kurang 5 hingga 6 tahun untuk mendapatkan ‘title’ doktor tersebut dan kebanyakan mereka dianggap tak da ‘life’ dan sangat ‘nerd’.

Tapi tahukah anda bahawa ada juga dikalangan mereka yang yang sangat handsome dan menarik hingga membuatkan anda hari-hari nak buat check up kat hospital. Jom kita kenali 6 doktor kacak di Malaysia.
6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital 1- Dr Syed Ahmad Murthada

Beliau merupakan model utama untuk jubah furby and sugar dan sangat aktif ke gym.  Walaupun doktor kerjanya sangat sibuk untuk merawat dan melayani pesakit, mereka juga ada kehidupan sendiri. Sibuk-sibuk pun sempat ke Gym tu ... hoho. Jangan cakap doktor tak da life ye. Dan pada saya, memang haruslah seorang doktor menjadi contoh kepada orang lain, nampak sihat, sasa,…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …