Siapa pernah masak nasi guna pengukus? Kalau tanya penjual nasi lemak, mungkin dah kira biasa. Tapi kalau tanya surirumah biasa; mungkin ada yang tak pernah buat .. ntah-ntah pengukus pun tak ada kat rumah ... hehe .. jangan marah naa. Masak nasi guna pengukus tak susah sebenarnya, saya pun baru tahu ... malah masak nasi guna pengukus lebih baik daripada guna periuk nasi elektrik!

Saya berterima kasih kepada isteri saya yang ajar cara nak masak nasi guna pengukus. Kalau tak, saya tak ada nak kongsikan dan ceritakan pada anda semua.

Masak Nasi Guna Pengukus

Masak Nasi Guna Pengukus
Saya masak nasi guna pengukus sebab terpaksa...haha. Oleh sebab bekalan elektrik terputus sementara di kawasan perumahan saya, maka memang tak bolehlah nak guna periuk nasi elektrik. Lepas tu pulak, ketika hari kejadian, saya malas nak beli makanan di luar... apatah lagi sekadar nak membungkus nasi walhal lauk-pauk dah siap tersedia.

Pengukus. Kalau di rumah anda masih tak ada pengukus, baik beli sekarang. Penting kalau anda perlu masak ketika bekalan elektrik tak ada. Lagipun, boleh juga jimatkan elektrik.

Kebaikan Masak Nasi Guna Pengukus

  1. Jimat elektrik untuk masak nasi, sebab anda memasak menggunakan dapur gas, atau guna dapur arang.
  2. Boleh rebus telur, reneh sup sekali dengan masak nasi. Letak nasi di bahagian atas, dan benda nak rebus di bahagian bawah.
  3. Nasi yang dimasak guna pengukus lebih sedap dan lebih lembut.
  4. Nasi tak berkerak. Jadi, kalau anda masukkan 2 put beras, maka 2 put nasilah yang anda dapat.
Masak Nasi Guna Pengukus
Masak Nasi Guna Pengukus
Bila ada pengukus ni, anda bukan sahaja boleh masak nasi, tapi boleh masak kuih dan kek. Malah, nak buat masak ikan stim pun boleh.

Dapur kukus atau pengukus dah lama ada, sejak dari zaman nenek moyang lagi. Ia cara memasak yang bersih, selamat dan sihat. Untuk masak nasi, anda hanya perlukan air yang diletakkan di bahagian bawah pengukus, letakkan sehingga setengah periuk, dan letakkan beras yang dibersihkan dan letakkan air seperti biasa, boleh ikut petua ukuran jari telunjuk untuk sukat air beras. Pastu masak guna api sederhana kecil. Dalam 5-10 minit periksa nasi yang dikukus. Siap. Serihkan dan jamu.

Sekarang, nasi kukus dah jadi satu menu atau makanan istimewa. Ramai yang buat niaga macam Faizal Nasi Kukus yang terkenal di Parit Buntar.

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement