Alhamdulillah, dah tamat prasekolah. Seorang habis darjah enam, seorang lagi nak masuk darjah satu tahun 2017. Anak dara saya dah tamat prasekolah dengan jayanya. Maira adalah anak saya yang paling banyak berdamping dengan saya, dari kecil sampailah sekarang, memang anak seorang house husband. Itu sebab Maira agak manja dengan saya.

Kejap betul masa berlalu. Sewaktu Maira nak dilahirkan ke dunia, saya diuji ketika itu dengan 2 orang abangnya yang demam panas. Jam 4 pagi, saya terpaksa angkut dua orang anak saya yang demam ni ke Hospital Taiping. Nasib baik ketika itu, ada adik ipar yang datang bertandang, jadi dapatlah jaga dua beradik yang sedang demam di dalam kereta.

Maira Sudah Tamat Prasekolah

Maira Tamat Prasekolah, Lagi Fasa Baru Dalam Hidup
Waktu nak dilahirkan juga, isteri diuji dengan uri terbelit di leher Maira. Alhamdulillah, tindakan pantas doktor dan jururawat dapat menyelamatkan keadaan. Jika tidak, bayi yang nak dilahirkan boleh lemas dalam kandungan. Syukur, isteri saya dan Maira selamat ... dan betapa seronoknya saya dapat menimang cahayamata perempuan yang saya idamkan. Ketika itu, saya tahu Allah S.W.T telah memakbulkan doa dan permintaan saya.

Fasa Baru Anak-Anak

Maira dah tamat prasekolah. Tahun 2017, Maira akan ke darjah satu. In Sha Allah, dia akan bersama dengan abangnya yang paling rapat iaitu Zikri yang bakal berada di darjah tiga. Maka, tanggungjawab sebagai abang di sekolah, perlu digalas. Manakala abang mereka Amri yang baru lulus cemerlang UPSR 2016 akan berada dan menjalani satu fasa baru dalam hidup sebagai murid dan pelajar di sekolah menengah.
Maira Tamat Prasekolah, Lagi Fasa Baru Dalam Hidup
Maira Tamat Prasekolah, Lagi Fasa Baru Dalam Hidup
Maira Tamat Prasekolah, Lagi Fasa Baru Dalam Hidup

Bertuahnya Saya Dengan Rezeki Allah S.W.T

Beginilah kehidupan. Saya rasa bertuah kerana diri saya sebagai house husband dapat melihat anak-anak membesar, belajar dan capai kejayaan di depan mata. Bukan semua ayah dapat kesempatan seperti ini. Saya mungkin tidak bekerja secara rasmi dan bergaji tetap setiap bulan; namun ia bukan bermakna saya tidak mampu untuk menjadi seorang ayah yang baik.
[Baca] Tips Menjadikan Anak Bijak Matematik
Alhamdulillah, dengan rezeki yang Allah S.W.T berikan, saya masih boleh bawa anak-anak berjalan dan bercuti di hujung minggu. Malah. Allah S.W.T juga kurniakan rezeki yang baik menerusi isteri saya. Siapa sangka, dalam hadapi beberapa rintangan ... isteri saya berjaya tamatkan pengajian dalam Sarjana Kesihatan Awam di Universiti Malaya.

Saya mungkin tidak kaya harta benda atau wang ringgit, tapi Allah S.W.T Maha Adil ... Dia tahu apa yang terbaik buat hambaNYA; meskipun hambaNYA itu sering dan kerap melupakanNYA.
[Baca] Rahsia Untuk Anak Pintar Cerdas Sejak Kecil
Maira dah tamat prasekolah, selepas ini akan berada di fasa baru alam persekolahan. Saya berdoa dan berharap Maira akan menjadi seorang pelajar yang baik dan cemerlang; in Sha Allah juga menjadi seorang anak yang solehah, yang bakal memberikan kebahagiaan dunia dan akhirat. Semoga Humaira (Si Pipi Merah) boleh ikuti jejak langkah Wanita Syurga dan Wanita Muslim Yang Berjaya.

Nak rahsia murah rezeki? [klik] Rahsia Rezeki Melimpah Ruah

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement