Kontest Blog Minyak Herba Asmak, Hadiah Jumlah RM8K Tunai

Kontest Blog Minyak Herba Asmak, anjuran Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd. Anda seorang blogger? Anda seorang pakar SEO? Anda mahu melatih diri untuk menulis sebuah artikel review atau berbentuk Advertorial? Anda mahu menang hadiah yang keseluruhannya berjumlah RM8,000?

Ini peluang yang sangat menarik untuk semua blogger. Saya sendiri pun tertarik nak join. Bukan hanya kerana hadiah wang tunai lumayan yang disediakan, tetapi kontest SEO seperti ini juga menjadi platform terbaik untuk asah kembali beberapa kelemahan dalam teknik penulisan berkesan.

Kontest Blog Minyak Herba Asmak - RM8000 Keseluruhan Untuk Dimenangi

Tak kira anda seorang blogger baru atau lama, boleh sertai kontest SEO Minyak Herba Asmak, dianjurkan oleh syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd ini. Apa yang perlu anda lakukan untuk menjadi peserta kontest ini adalah dengan menghantar 'pendaftaran' ke nombor telefon yang berikut - 'Nak Join Kontest Blog' ke 019-970 8897.
Kontest Blog Minyak Herba Asmak - RM8000 Keseluruhan Untuk Dimenangi
Setelah 'pendaftaran' dibuat, anda akan menerima satu mesej menerusi aplikasi WhatsApp mengenai syarat-syarat kontest ini selain tarikh untuk anda publish blog post untuk Kontest SEO Minyak Herba Asmak. Setiap pendaftaran yang berjaya akan menerima satu set Minyak Herba Asmak untuk dicuba-pakai bagi membantu penulisan artikel berkenaan.

Anda juga akan diberikan beberapa pamplet dan juga flyers untuk dijadikan bahan rujukan untuk penulisan artikel. Penulisan artikel berbentuk bebas, pun begitu ia perlu menepati syarat dan terma yang ditetapkan penganjur iaitu Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd.

Ada lima keywords untuk kontest SEO ini yang perlu dikuasai bagi menentukan pemenang. Tempoh kontest bermula dari 7 November hingga 31 Disember 2016. Ada dua kategori dipertandingkan iaitu kategori artikel SEO terbaik, dan kategori artikel penulisan terbaik.

Hadiah Kontest Blog Minyak Herba Asmak

Hadiah yang menanti pemenang bagi setiap kategori adalah seperti berikut:

Kategori SEO

  1. Tempat Pertama : Wang tunai RM2,000 + barangan Tupperware + hadiah sampingan
  2. Tempat Kedua : Wang tunai RM1,500 + barangan Tupperware + hadiah sampingan
  3. Tempat Ketiga : Wang tunai RM1,000 + barangan Tupperware + hadiah sampingan
  4. 5 Hadiah Saguhati : Wang tunai RM300 + hadiah sampingan.

Kategori Artikel Terbaik

  1. Tempat Pertama : Wang tunai RM1000
  2. Tempat Kedua : Wang tunai RM500
  3. Tempat Ketiga : Wang tunai RM300
  4. 5 Hadiah Saguhati
Para pemenang akan dinilai oleh panel penilai bagi setiap kategori, dan pengumuman pemenang akan dilakukan pada awal minggu pertama bulan Januari 2017.

Kontest seperti ini bukan untuk tujuan untuk lihat siapa hebat, tetapi untuk praktis ilmu blogging. Gunakan secara bijak peluang ini, dan elakkan sebarang penulisan artikel berbentuk kontroversi atau memburukkan produk lain - pesanan khidmat masyarakat Ketua Kampung Parit Kelaut Nun Jauh Ke Tengah.

Selamat mencuba.

{ 7 comments.. read them below or add one }

Kim Chaa Kim Chaa November 18, 2016
saya join contest niih untuk asah bakat dalam bidang review produk . :)
At-Tarmizi At-Tarmizi November 18, 2016
insya-Allah akan join =)
mejuez mejuez November 20, 2016
Wah menarik! Esok saya update artikel SEO untuk contest ni.. :D
Hasrul Hassan Hasrul Hassan November 20, 2016
Bagus, inilah masa buat duit tulis blog sambil belajar cara untuk kuasi pembaca, pengunjung, dan juga enjin carian.
Hasrul Hassan Hasrul Hassan November 20, 2016
:) Eceh .. orait orait .. selamat berjaya. Jangan lupa daftar dulu untuk kontest SEO ni ye. Kena daftar baru leh lawan keyword 'minyak herba asmak'
mejuez mejuez November 21, 2016
Dah daftar, minyak pun dah sampai rumah ni.. hehehe :D Cuma tengah cari idea n research keyword berkaitan dulu je.. :)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.