HASRULHASSAN.COM Kini McAfee Secure Certified

HASRULHASSAN.COM Kini McAfee Secure Certified. Alhamdulillah, blog saya kini diberikan iktiraf sebagai laman web atau blog yang selamat untuk dilawati, dan dipercayai bebas dari unsur-unsur scam .. hehehe.

HASRULHASSAN.COM Kini McAfee Secure Certified dan TrustedSite Certified

Dengan adanya certification dari McAfee ini, blog saya HASRULHASSAN.COM diperakui sebagai sebuah blog yang selamat untuk menjalankan sebarang urusniaga dalam talian. Cuba lihat perakuan yang diberikan kepada blog ini di paparan di bawah:
HASRULHASSAN.COM Kini McAfee Secure Certified
Saya tak berapa pasti bagaimana blog saya boleh disenaraikan dalam McAfee Secure and TrustedSite. Apa yang saya tahu, saya ada langgan sesuatu daripada McAfee dan saya diberikan akses untuk memasukkan blog saya dalam senarai pemantauan dan penilaian oleh bahagian security McAfee - serius sebenarnya saya dah lupa .. haha.

Apa Itu McAfee?

Buat mereka yang tidak kenal apa itu McAfee, ia adalah merupakan salah satu jenama terkenal untuk perisian perlindungan komputer daripada virus dan malware (antivirus). Kalau anda beli PC baru, pasti akan terima McAfee sebagai salah satu daripada software untuk melindungi komputer anda. Kalau tak pun, jika anda muat turun aplikasi seperti Adobe, mesti akan diminta untuk install McAfee web filter sebagai salah satu option.

Saya tidak gunakan aplikasi atau software McAfee di komputer saya. Malah, saya menggunakan TrendMicro Internet Security untuk perlindungan ancaman malware dan virus. Jadi, saya agak mushkil ... huhu...
[Baca] Cara Selesaikan Masalah Malware Dalam Blogspot
Jadi, sekarang ... saya dah boleh yakin dengan blog sendiri, dan juga boleh menyakinkan pengunjung dan pembaca blog saya bahawa blog ini adalah benar-benar selamat untuk dimasuki. Kalau ada keluar warning apa-apa tu .... huhu .. tu semua dakyah semata-mata .. haha .. atau dengan kata lain - false scan atau false reporting.
[Baca] Semak Blog Dari Ancaman Virus dan Malware Dengan VirusTotal
Anda boleh lihat sendiri di bucu hujung bawah blog ini ada certification badge dipaparkan. Seronok kan bila ada benda cenggitu .. huhuhu... tapi hanya pengunjung terawal blog ini sahaja dapat tgk badge tu sebab akaun saya di McAfee masih lagi belum upgrade...
HASRULHASSAN.COM Kini McAfee TrustedSite Certified
Kalau anda ada blog dan laman web yang mahukan apa yang blog ini dapat, cubalah untuk login ke McAfee di pautan ini - https://www.mcafeesecure.com/login


1 comment... add one now

Sheila Adziz Sheila Adziz November 02, 2016
t.kasih perkongsian yg baik... erm...

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.