Harga Gula Terkini

Harga gula terkini Disember 2016. Ramai yang mula kalut apabila ada khabar angin mengatakan harga gula di Malaysia akan naik pada bulan Disember 2016. Ramai yang mahu tahu harga terkini gula jika benar ia akan dinaikkan bermula Disember 2016. Benarkah harga gula di Malaysia akan naik?

Harga Gula Terkini Naik Disember 2016?

Isteri saya ada beritahu selepas pulang dari kerja, bahawa ada desas-desus bahawa harga gula akan naik bermula akhir tahun 2016. Ia selaras dengan rasionalisasi subsidi yang sedang giat dilakukan oleh pihak kerajaan. Apatah lagi harga minyak masak dalam botol telah pun naik pada bulan November 2016 dengan ketara sekali. Walaupun subsidi minyak masak masih diberikan untuk minyak masak dalam paket, namun ia tidak berjaya tenangkan hati para pengguna di Malaysia.
Harga Gula Terkini
Nah ... apabila ada desas-desus serta khabar angin harga gula terkini bakal naik .. maka makin resah gelisahlah para pengguna dan rakyat Malaysia yang sememangnya antara konsumer gula tertinggi di rantau ini... huhu. Gula naik, minyak masak naik .. secara tak lansung akan beri impak kepada produk yang berasaskan dua bahan mentah ini. Itu belum lagi disebut tentang harga minyak petrol yang dijangka turut akan naik pada Disember 2016.

Pun begitu, desas-desus mengenai harga gula terkini akan naik segera disangkal oleh pihak berwajib. Menteri di KPDNKK telah pun keluarkan satu kenyataan menerusi laman rasmi Facebook ...

Harga Gula Terkini - RM2.84/kg

Harga Gula Terkini Disember 2016
Harga gula kekal RM2.84 sekilogram! Dengan pengumuman dan sangkal ini, maka rakyat Malaysia boleh merasa lega sehingga ke akhir tahun 2016 .. in Sha Allah, harga gula terkini kekal pada harga RM2.84 sekilogram.

Walaupun ada permintaan dan desakan dari pihak pengeluar gula untuk menaikkan harga, namun janji KPDNKK ini melegakan semua pengguna dan konsumer di Malaysia.

Jadi, desas-desus mengenai harga gula akan naik pada Disember 2016 adalah tidak benar.

... fuh... lega tak? Jom Teh Tarik ... :P

5 comments.. read them below or add one

Ahmad Ahmad November 29, 2016
semakin hari harga kebutuhan pokok semakin tinggi saja [-(
Gambir Emas Gambir Emas November 30, 2016
Lega sangat..Tapi ada juga kerisauan kemungkinan akan naik juga tapi x tahu bila..Sekarang semua barang menaik.Bertabahlah.Maka kita harus berjimat cermat dan cuba cari kerja tambahan untuk menambahkan side income.
Nur Zahirah Nur Zahirah November 30, 2016
haa, lega dengar, boleh lah save jugak.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.