Langkau ke kandungan utama

Harga Emas Turun Mendadak !!

Harga emas turun mendadak!! Kalau anda seorang pelabur emas, inilah masa yang perlu anda lihat dan ambil tindakan sepatutnya. Saya baru sahaja dapat tahu bahawa harga emas turun sangat banyak dibandingkan dengan awal November 2016. Pun begitu, daripada carta harga emas, masih agak awal untuk mula lakukan pelaburan (pembelian) emas ini ...

Jika saya seorang pelabur emas, menerusi apa yang saya tahu menerusi carta emas yang boleh dipelajari dari buku dan DVD Teknik Forex Sebenar Bahasa Melayu, saya perlu tunggu sehingga penutup bulan semasa untuk tahu harga bulanan emas ini.

Harga Emas Turun ... Masa Untuk Tambah Pelaburan Emas

Harga Emas Turun Mendadak
Jika amati carta mingguan dan bulanan untuk gold, ia nampak masih bearish (merah). Perlu tunggu 1 Disember baru tau harga sebenar semasa untuk emas. Berdasarkan ilmu dari Teknik Forex Sebenar, saya tak nampak lagi lah tanda-tanda bearish ni akan berhenti dalam masa terdekat.

Jika anda blur tentang harga emas yang saya katakan turun giler-giler ini... boleh rujuk pada paparan graf di bawah ini:

Carta Harga Emas - Akhir November 2016

Carta Harga Emas Turun Mendadak
Ia turun sebanyak USD166.49 per ounce dalam tempoh 3 minggu sahaja! (High 9 Nov 1,337.16 – Low 25 Nov 1,170.67).

Kalau ikut pemahaman saya mengenai pelaburan, jika harga stock market naik, harga emas akan turun ... hubungkaitnya terbalik. Tak macam harga barang ... minyak masak naik, petrol naik .. semua benda makan yang tak ada kaitan lansung pun naik .. huhu.

Daripada carta tu ..  anda pun boleh andaikan bahawa harga emas bakal turun lagi seandainya ia lepasi line putih yang ditandakan tu. In Sha Allah, awal Disember 2016, anda boleh beli emas untuk pelaburan jangka masa panjang...huhu untung belajar mengenai carta begini ... :)

Ketika blog post ini ditulis, harga emas semasa sekitar RM172 - RM175 per gram (ikut rate bank tempatan).
[Baca] Carta Harga Emas Semasa Terkini
Nak belajar cara baca carta di atas tak? Boleh belajar menerusi Teknik Forex Sebenar, pakej pembelajaran ini bernilai tinggi, jadi tak rugi anda dapatkan sebab ilmunya boleh digunakan untuk semua pelaburan - emas, saham, forex dan sebagainya.


Lagi Komen Pembaca ...

  1. jom beli emas public gold gred 999 rm183 harga hari ini ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yah yah .. beli emas ... untung simpan emas. tapi jangan lupa hal zakat emas ye.

      Padam
  2. ok..pening kepala sekejap tengok graf tu. hhehehe

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Sama-sama ... elok tahu harga emas semasa dan terkini .. boleh elak kena tipu oleh kedai emas yang letak harga tinggi.

      Padam
  4. Tak pandai nak tengok graf tapi harga emas memang ada turun sikit la

    BalasPadam
  5. thanks for info, kena start planning nih.

    BalasPadam
  6. hmm menarik gak ni. kena buat analysis lebih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak rugi simpan emas ni. Tapi kena alert la pasal harga emas semasa dan terkini.

      Padam
  7. tak ikut sangat gold punya price..kekadang je tengok chart pun..:P dlu selalu le

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.