Entri Berjiwa Rakyat Mudah Dapat Puluh Ribu Likes. Sebelum ini, saya ada tulis semula, dan republish sebuah entri atau artikel tentang tips blogging bagaimana nak dapatkan likes yang banyak sehingga ribu-ribu untuk sebuah entri. Tapi, dalam entri tersebut saya cuma berikan 3 tips tulis entri untuk dapatkan ribuan FB likes sahaja. Alhamdulillah, saya dapat ilham nak kongsikan tips yang serupa yang akan berikan anda puluh ribu likes untuk sesebuah blog post.

Untuk tahun 2016, saya ada beberapa blog post atau entri yang telah berjaya mendapat lebih daripada 17 ribu likes. Antaranya adalah dua blog post di bawah ... huhu

Entri Rakyat Mudah Puluh Ribu Likes

Masing-masing berjaya mendapat 19.5K dan 20.2K likes di Facebook. Ada beberapa lagi post yang telah saya terbitkan yang berjaya mendapat jumlah likes yang banyak... tapi saya nak anda lihat keserupaan yang ada pada dua blog post di atas.

Anda nampak? Walaupun saya kaburkan tajuk entri, namun saya pasti anda boleh agak apa tajuk penuh entri tersebut andai anda seorang pengikut dan pembaca setia blog ini. Kalau anda langgan blog ini menerusi email, anda sah-sah dah tahu tajuk entri apakah yang berjaya memikat pembaca dan pengguna laman sosial FB sehingga sanggup likes, dan share.

7 Sebab Entri Dapat Lebih 19K Likes

Dua-dua entri di atas mendapat likes yang banyak atas sebab berikut:
  1. Ia entri berjiwa rakyat. Rakyat suka baca dan kongsikan kisah yang ada kaitan dengan mereka.
  2. Ia entri lokal, lebih spesifik untuk rakyat dan warga negeri Perak. Tak perlu nak target satu Malaysia untuk dapatkan likes yang tinggi, cukup hanya target untuk golongan yang dekat dengan anda.
  3. Ia entri yang menghuraikan masalah, tanda tanya dan memberikan jawapan kepada masalah dan persoalan tersebut, yang rata-ratanya ditanya oleh rakyat negeri Perak.
  4. Ia berkenaan isu semasa dan relevan dalam tempoh yang lama, jadi ia mudah dikongsikan untuk semua golongan umur.
  5. Ia entri mudah difahami, tak kompleks dan tak ada isu provokatif. Jadi, semua orang boleh likes dan boleh share.
  6. Ia dikongsikan di group FB yang berkisar mengenai kehidupan rakyat negeri Perak... tidak dikongsikan di group lain yang tidak ada kena mengena (walaupun ada tapi tidak sehebat group Perak).
  7. Kerana saya adalah rakyat negeri Perak .. jadi saya faham apa yang ingin saya tulis dan sampaikan kepada rakyat negeri Perak. Ada magis di situ dari segi cara menulis ... kata orang 'menulis dari hati'.

Jadi, anda nampak tak bagaimana entri tersebut boleh pergi jauh ... boleh dapat banyak hits dan pageviews. Malah sehingga ke blog post ini ditulis .. ia masih lagi menyumbang antara 500 - 1000 pageviews sehari secara purata. Jika dua entri ... blog saya sudah berjaya dapat antara 1000 - 2000 pageviews sehari, dan in Sha Allah, UV juga lebih kurang sebegitu banyak.

Saya kongsikan tips blogging ini supaya anda boleh cuba terapkan dalam blog anda. Saya tak cerita politik. Saya tak cerita bab gossip artis. Saya tak cerita benda sensasi sangat. Tapi saya cerita dan tulis entri yang ada jiwa rakyat. Rakyat yang akan baca blog post saya.

Moga anda dapat sesuatu daripada perkongsian saya ini. Selamat mencuba tips blogging dari blogger terkacak di Afrika Selatan ini .. huhahuha.

9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Terima kasih...menulis dari hati...insya-Allah...akan cuba saya praktikkan =)

    BalasPadam
  2. Allhamdulillah... ilmu yg baik, terima kasih kongsikan tips ini...

    BalasPadam
  3. mohon maaf sebelum, disini saya ingin menulis artikel tentang 10 Blogger Terbaik Di Malaysia Kongsi Tips Membuat Blog Yang Sukses. kalau anda tidak keberatan berkongsi tips silakan kirim melalui e-mel (darumcepala@yahoo.co.id) dari www, shareeinformasi, ga

    BalasPadam
  4. Baiklah...insyaAllah PC cuba praktiskan..terima kasih Bro HH..

    BalasPadam
  5. Terima kasih.
    ada Bro HH cakap aritu, tapi CY yg masih tak rajin nak merayap satu Bangi ni cari idea.. kikiki

    BalasPadam
  6. terbaik nie.. dapat idea apa nak tulis..sebab sekarang terkena penyakit "writer block" ..huhu//tq abg HH

    BalasPadam
  7. saya nak cuba praktekkan tipsnya ni ..........

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement