17 November, keputusan UPSR 2016 akan keluar. Saya dan isteri agak risau dan berdebar-debar. Bagaimana kalau anak sulong saya, Amri tidak berjaya dapat keputusan cemerlang dalam UPSR 2016?

Bila ditanya guru sekolah, semuanya nampak yakin yang Amri akan berjaya mendapat keputusan 6A. Ini bersandarkan keputusan peperiksaan akhir dan juga peperiksaan percubaan UPSR sebelum ini. Jika ditanya saya, ditanyakan pada isteri ... kami memang risau. Bukan setakat risau apa yang diharapkan sekolah tidak jadi nyata, tetapi risau andai anak sulong kami berasa kecewa.

Debaran Result UPSR 2016

Debaran Result UPSR 2016

Banyak pengorbanan dibuat. Bukan mudah nak melakukan persediaan untuk hadapi peperiksaan UPSR tempoh hari.

Apa pula agaknya rasa dan emosi anak saya?

Saya lihat dia nampak macam rileks je, tapi dalam hati siapa yang tahu .. ye tak? Tengok sahajalah status ditulis oleh anak saya di FB tu .. huhu...

Mesti positif. Apa yang akan berlaku adalah atas usaha, dan ketentuan oleh Allah S.W.T.

Apa yang boleh dibuat hanyalah berdoa kepada Allah S.W.T supaya nanti result UPSR 2016 yang keluar akan membuatkan semua orang gembira. Usaha telahpun dibuat sehabis baik.

Semakan Keputusan UPSR Secara SMS

Keputusan UPSR 2016 boleh diperolehi bermula jam 10 pagi pada 17 November 2016. Result UPSR 2016 anak-anak juga boleh disemak menggunakan SMS bermula pada masa yang sama sehingga 23 November 2016.

Semakan Keputusan UPSR 2016 Guna SMS

  • UPSR (Angka giliran) dan sms ke 15888
  • Contoh: UPSR<jarak> PM0201029 ke 15888
Untuk tahun 2016, seramai 452,721 calon telah mendaftar peperiksaan UPSR di 8100 buah pusat peperiksaan di seluruh Malaysia.

Pada tahun 2015, seramai 36 orang dari sekolah anak saya telah mendapat semua 5A, dan untuk tahun 2016, pihak sekolah mengharapkan calon atau murid tahun enam yang mendapat keputusan cemerlang 6A akan lepasi rekod lama, paling tidak mesti melebihi 34 orang.

Doakan anak saya ye ...  semoga berjaya .. sepertimana keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement