Cara Dapatkan Unique Visitors Tinggi. Ada blogger bertanya kepada saya, bagaimana nak dapatkan Unique Visitors (UV) sampai ribu-ribu dalam sehari? Sebenarnya saya segan gak nak jawab sebab blog saya tak adalah hebat sangat. UV yang saya dapat pun kejap naik .. kejap turun. Tapi, saya sedia berkongsi idea dan cara .... boleh ikuti tips blogging cara saya ni.

Sebahagian besar cara untuk dapatkan UV tinggi ini saya praktik semasa baru-baru nak naikkan nama blog ini. Alhamdulillah, hasilnya memang nampak walaupun makan masa sedikit ... yelah, nak kena rajin, pastu nak kena istiqomah. Mungkin awal-awal gunakan tips dan panduan saya berikan ini tak begitu nampak ... tapi in Sha Allah .. akan ada hasil.

10 Cara Untuk Mendapatkan Unique Visitors Blog Yang Tinggi

Cara Dapatkan Unique Visitors Tinggi
Orait .. tapi sebelum tu, kalau anda nak tengok Unique Visitor ni ... anda boleh tengok pada Google Analytic. Users dalam Google Analytic tu ... adalah UV. Dalam beberapa sumber lain, macam di dalam dashboard Nuffnang pun ada kot benda ni .. huhu .. saya dah lama tak login Nuffnang, dah tak berapa nak ingat dah.

Jadi, apakah cara dan teknik yang telah saya gunakan untuk dapatkan pengunjung unik (UV) yang tinggi ini?

Rajin Blogwalking

Pertama sekali, anda kena rajin singgah menyinggah blog orang lain. Tak susah mana pun. Ada banyak platform anda boleh dapatkan blog2 untuk menyinggah. Anda boleh cuba menerusi bloglist blog orang lain atau menerusi beberapa group dalam Facebook, yang ada banyak senarai blog lama dan baru. Lakukan aktiviti blogwalking ini sekerap yang boleh, dan pastikan anda singgah dan beri respon kepada entri yang dipaparkan.

Tinggalkan Link Blog

Keduanya, jika anda berikan komen yang agak panjang atau yang anda fikir agak keras dan pedas, tinggalkan link blog anda. Kadangkala tuan rumah tertarik dengan komen anda, dengan gaya dan cara anda tulis di ruangan komen tersebut. Dengan meninggalkan link blog anda, ia mudah baginya untuk singgah balas blog anda atau beri respon kepada komen yang anda buat dalam blognya. Tapi, jangan komen dengan 'anonymous' sebab saya fikir komen dengan cara ini mengelakkan diri anda dari bersikap jujur dan ikhlas.

Hargai Komen Ditinggalkan

Ketiganya, hargai mereka yang komen dalam blog anda. Seperti apa yang saya buat; saya suka add atau jadi follower blogger yang suka beri respon kepada entri2 yang saya buat. Ini menunjukkan mereka baca. Bukan senang nak buat orang baca blog kita ... jadi salah satu caranya ialah, paparkan blog mereka dalam blog anda samada dengan meletakkan blog mereka dalam bloglist atau buat entri. Anda juga boleh buat perkara yang sama dengan berkunjung ke blog mereka dan respon dengan entri2 yang mereka paparkan.
[Baca] SEO Penting Untuk Blog - Satu Cara Dapatkan Trafik Blog Tinggi

Aktif Dalam Contest dan Giveaway

Keempat ialah ambil bahagian dalam contest dan giveaway yang mudah. Ia suatu bentuk promosi secara tak langsung. Bila anda join, penganjur secara automatik akan promosikan entri dan blog anda yang berkenaan.

Tajuk Entri Berimpak

Kelimanya, buatlah tajuk entri yang menyengat dan memberi impak. Salah satu cara ialah dengan buat tajuk entri dalam bentuk pertanyaan. Namun, tajuk yang ada tanda seru selalunya tidak mesra SEO. Teknik ini berkesan jika blog anda terdapat di dalam bloglist blog yang lain (yang lebih ramai pengunjung dari anda).

Nama Fail Gambar Dalam Entri

Keenam ialah, jika blog anda ada gambar; sebelum anda upload gambar tersebut ke dalam entri blog, namakan gambar itu dengan baik agar ia menjadi sasaran search engines, contohnya gambar labah-labah tukar DSC0021.jpg menjadi labah-labah.jpg. Jadi, anda boleh dapatkan UV dari mereka yang cuma nak lihat gambar-gambar tertentu.
[Baca] Bagaimana Blogspot Saya Terima 180 Ribu Pengunjung Unik Dalam Masa 4 Bulan?

Jalin Kerjasama

Ketujuh, jalinkan kerjasama erat dengan blog yang ada ramai pengunjung dan followers yang ramai. Kerjasama boleh dalama bentuk join contest, aktif dalam kotak jerit, sentiasa beri komen, join segmen yang dianjurkan .. berinteraksi dengan bloggers lain dalam blog berkenaan.

Promosi di Laman Sosial

Kelapan ialah promo blog anda di media sosial seperti facebook, instagram, twitter, myspace, termasuklah juga forum. Kongsikan artikel yang anda tulis dalam blog anda dalam platform tersebut.

Tajuk Entri Spesifik Untuk Golongan Tertentu

Kesembilan ialah cuba buatkan entri yang membincangkan sesuatu perkara yang lebih spesifik tetapi ditujukan kepada golongan yang agak umum. Contohnya; macam entri ini, ia spesifik untuk petua tingkatkan trafik UV tetapi umum ditujukan kepada bloggers.

Hargai Entri Orang Lain

Dan terakhir sekali ialah jadilah blogger yang sentiasa saling menghargai entri orang lain. Jika nak ulas blog atau entri yang dibuat ... buatkan backlink ke blog berkenaan. Jika anda nak gunakan gambar dalam blog berkenaan, mohon izin dan pastikan anda tidak salah guna keizinan yang diberikan. Jadilah blogger yang bertanggungjawab. Tak salah berkongsi tetapi biarlah kena dengan adab dan caranya.

Okeh .. dah ... saya dah kasik dah 10 kaedah yang saya buat untuk dapatkan UV yang tinggi untuk blog ini. Mudah-mudahan ia menjadi juga buat anda.

Terima kasih daun keladi .. lain kali komen dan tegurlah lagi.

p.s: Entri ini adalah entri yang saya republish ... dan ia telah menjadi antara amalan dan antara kaedah terbaik untuk naikkan UV khususnya untuk blogger baru.

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

57 Komen

thanks utk info yg berguna nie..hehe

Reply

tips yang menarik perlu dicontohi..huhu..:)

Reply

tips yg patut dijadikan rutin oleh smeua blogger..

Reply

tips yang menarik. thanks bro :)

Reply

waaa....best2..nk tiru la..tq share...

ni link..hihihi http://farhanasahri.blogspot.com/

Reply

Salam..makasih atas tips yg amat brguna bg saya yg br dlm dunia blogging nih!

Reply

macam ni la baru cool.. tips keenam tu kami tak pernah tahu. baru tahu lepas baca ni. ada fungsi juga rupanya nama gambar rupanya. orait.. there we go.

ENTRY TERBARU: SAYA BLOGGER CERIA

Reply

If blogshop cmna pulak tu?
tapi saya sgt2 tertarik dgn tips 6..patut la bila sy search sesuatu contohnya baju tp keluar mcm2 gmbar! kereta moto sumer ada..hahaha.. rupanya nak tarikkan perhatian kita rupanya..amazing!
Thanx mr hasrul..thats y i like ur blog..byk info menarik yg berguna. Banyak juga blogger yang saya follow yg punyai beribu2 follower tp kebanyakkan cerita ttg life. skdr boleh hilangkan tensen je la..
Bydaway thanx a lot!

Reply

banyak giler tips.. bace bace jugak. sronok.
tapi ble nk praktikkan balik dekat blog da xreti. hoohoho..

Reply

Tips yg sgt berguna utk blogger baru mcm sy ni. TQ

Reply

thanks. baru tau jugakk yang pasal no.6 tuh :]

Reply

wah, berguna betul entry ini. thanks ya.

Reply

Salam .. semoga tips yang tak seberapa ini dapat membantu apa yang anda inginkan.

:)

Reply

ha...ha...ha...tips yg berguna untuk org mcm saya

Reply

tips keenam bagus gila~

kpiidap bro~ =)

Reply

tengkiu .. saya dah bookmark page nih... sangat2 berguna untuk saya :)

Reply

sgt berguna...thanks :)

Reply

amat berguna buat saya budak baru belajar...:)

Reply

memang info yang best...tq..dapat tambah ilmu lg

Reply

memang benar benar belaka bro :)

Reply

Maaf saya katakan cara ni boleh dikatakan cara tradisional boleh terangkan cara yang lebih advance lg untuk dapatkan UV ni,sebab untuk fulltime IM bolehla terus bekerja gimana cara nya yang parttime dan baru nak berjinak-jinak,tapi apa pun tq for info bukan apa kalau semua rakyat malaysia suka bertukar pendapat saya rasa adsense dan online marketing bisa boom.Ini tak asyik nak jual barang aje kesian yg tak ada duit dan baru nak kenal dunia IT ni ok bro salam buat anda semoga sukses.

Reply

trima kasih atas tips2 ni , hrap buna la yee . oh , lupe plak , nk tinggal jejak jep , hehe! follow aku taw http://miczrabhz.blogspot.com/

Reply

info berguna..salam blogger indonesia

Reply
avatar
Eimah Shahrir Gee

Entry ni dah lme ke? Wow! I found this at #Sahabat Blogger. For newcomer macam kita, it's a great pleasure sbb ada juga brader blogger jiwa kental yang sanggup berkongsi tips-tips dia. Sangat membantu! Thanks Encik Hasrul for posting about this again. Tertangkap perhatian kita kejap sebab blogpost ni :)

Reply

Yang ke 4, tak pernah buat
Kesibukan masa.,faktor utama selain cerita entry travel yang tak pernah habis.
Terima kasih informasi ini.

Reply

Terima kasih semua kerana menyukai apa yang HH kongsikan ini, semoga lebih manfaat dapat diberikan kepada anda untuk tingkatkn mutu blog masing-masing ...insyaAllah.

Reply

terima kasih diatas tips2 yg diberi . Moga saya dapat memanfaatkan dlm blog saya

Reply

Thanks atas sharing yg sgt berguna...anda mmg x kedekut ilmu...semoga Allah memberi keberkatan dalam hidup anda

Reply

Terima kasih atas perkongsian...anda mmg x kedekut ilmu...baarokallohufiik...

Reply
avatar
HAMIZAH HAMID

thanks yer..tips yg sangat membantu bg blogger baru seperti saya ni

Reply

syukran .tq..HH...tips sgt berguna bagi buah cempedak di luar pagar...

Reply

terima kasih..saya suka tip2 di blog ini

Reply

thanks for sharing HH... sgt berguna....

Reply

Jadi blogger ni kene rajin sebenarnye.

Saya pun pernah republish artikel juga, dan hasilnya boleh dikatakan memuaskan :-)

Reply

amboi tuan ni... merendah diri la plak... hehe.. blog tuan ni leh jadi rujukan untuk blogger2 lain ni....

Reply

terima kasih dan saya sedang blogwalking sekarang ini.

Reply

Alhamdulillah terima kasih Bro HH atas tips yang dikongsikan..PC sendiri pun tengah gigih untuk tingkatkan UV..

Reply

Thank you for the tips. really helpful. :)

Reply

terima kasih HH atas perkogsian terbaik ini

Reply

terima kasih sifu HH...yang tips pasal gambar tu osem ;)

Reply

UV blog saya hari ni 8k lebih je, PV pulak 21k lebih..

Reply

saya sudah faham sekarang.
http://kiracukaipendapatan.blogspot.my/

Reply

Thank you for sharing tips.. Jomlah visit blog sy

Reply

Tahanks Sharing bro ..semoga bermanfaat utk semue - akubloggeritu.blogspot.com

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.