Langkau ke kandungan utama

Borang Permohonan Bantuan Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Borang Permohonan Bantuan Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dalam bantuan BR1M ada dinyatakan bahawa mereka yang berdaftar menerusi e-Kasih akan menerima wang BR1M dengan nilai yang lebih daripada yang lain. Untuk mendaftar dengan e-Kasih, nama dan data mengenai diri anda perlu berada di dalam pengkalan data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Untuk itu, salah satu caranya untuk berada dalam e-Kasih ialah dengan mengisi borang bantuan kewangan JKM.

Sebelum anda mengisi borang permohonan bantuan JKM ini, harus juga anda faham mengenai prinsip pemberian bantuan JKM ini.

Borang Permohonan Bantuan Kewangan JKM (Borang JKM18 dan JKM20)

Prinsip pemberian bantuan JKM adalah berdasarkan kepada kelayakan dan bukan merupakan hak tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan jantina. Pemberian bantuan yang bersesuaian adalah tertakluk kepada siasatan dan pertimbangan jabatan serta keputusan adalah muktamad. Bantuan yang diberikan hanya untuk tempoh sementara dan boleh ditamatkan pada bila-bila masa sekiranya terdapat perubahan status sosio ekonomi atau apa-apa jua sebab yang menyebabkan tuan/puan tidak layak lagi menerima bantuan.

Jadi, anda perlu seharusnya faham .. ada kemungkinan mereka yang sebelum ini berada di dalam e-Kasih pada tahun 2015, mungkin tidak lagi pada tahun 2016 dan berikutnya. Untuk semakan daftar dalam e-Kasih, boleh merujuk ke laman berikut - https://ekasih.icu.gov.my/

Sah Untuk Setahun Sahaja

Setiap bantuan kewangan oleh JKM adalah untuk tempoh setahun sahaja. Anda perlu kemukakan borang baru atau borang kajian semula (borang JKM20) untuk bantuan kewangan JKM ini sebelum tempoh tamat. Sekiranya anda berdaftar dengan JKM mahupun dengan e-Kasih, adalah sangat baik anda mengemaskini maklumat dan data yang baru dalam tempoh 3 bulan sebelum tempoh tamat bantuan. Kegagalan anda mengembalikan borang kajian semula akan menyebabkan bantuan kewangan kepada anda tidak dapat diteruskan.

Untuk memudahkan anda untuk mendaftar dan mendapatkan bantuan kewangan JKM buat yang layak, saya sertakan kedua-dua borang yang dimaksudkan, iaitu borang JKM18 dan borang JKM20. Anda boleh muat turun dan cetak borang tersebut, isi dan hantar ke mana-mana pejabat JKM yang berhampiran.

Borang Permohonan Bantuan Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM18)


Borang Kemaskini Permohonan Bantuan Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM20)


Berikut adalah dokumen-dokumen penting untuk pendaftaran dan memohon bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM):
  1. Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
  2. Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  3. Salinan Kad OKU/slip pendaftaran sementara OKU; (Jika Kategori OKU)
  4. Salinan penyata pendapatan atau surat akuan pendapatan; (jika bekerja sendiri)
  5. Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
  6. Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/terlantar/kronik/alat tiruan) 
Jika anda salah seorang daripada mereka yang ketahui ada keluarga atau individu di tempat anda yang memerlukan bantuan kewangan daripada JKM, anda juga boleh muat turun dan cetak borang di atas untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Anda boleh menjadi sebagai 'PERUJUK' seperti dinyatakan dalam borang JKM18.

Sila baca dengan teliti setiap keterangan di dalam borang, dan pastikan anda membuat semakan pada bahagian Senarai Semak Dokumen Sokongan bagi membolehkan permohonan untuk bantuan kewangan ini diluluskan dengan segera tanpa sebarang masalah.

Permohonan bantuan kewangan JKM juga boleh dilakukan secara online menerusi pautan di bawah ini:
Tetapi ia terhad untuk negeri-negeri berikut - Perlis, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja.

Semoga berjaya. Kongsikan kepada mereka yang perlu, terutama ketua kawasan kejiranan anda.

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Semoga dengan adanya bantuan dari JKM ini akan dapat membantu golongan yang memerlukan. Sebab kita dah ada zakat, tetapi masih ramai lagi golongan miskin tegar di Malaysia,khususnya dari kalangan orang Islam.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital. Pekerjaan doktor dianggap mulia dan banyak menyumbang dalam masyarakat hari ni. Mereka terpaksa belajar lebih kurang 5 hingga 6 tahun untuk mendapatkan ‘title’ doktor tersebut dan kebanyakan mereka dianggap tak da ‘life’ dan sangat ‘nerd’.

Tapi tahukah anda bahawa ada juga dikalangan mereka yang yang sangat handsome dan menarik hingga membuatkan anda hari-hari nak buat check up kat hospital. Jom kita kenali 6 doktor kacak di Malaysia.
6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital 1- Dr Syed Ahmad Murthada

Beliau merupakan model utama untuk jubah furby and sugar dan sangat aktif ke gym.  Walaupun doktor kerjanya sangat sibuk untuk merawat dan melayani pesakit, mereka juga ada kehidupan sendiri. Sibuk-sibuk pun sempat ke Gym tu ... hoho. Jangan cakap doktor tak da life ye. Dan pada saya, memang haruslah seorang doktor menjadi contoh kepada orang lain, nampak sihat, sasa,…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …