Bila anak lelaki menjahit... saya tengok jarum pun, saya dah tahu fail! Lain betul tangan anak lelaki dengan tangan anak perempuan saya. Hari tu, saya ada tunjukkan anak perempuan saya dok menjahit Teddy Bear dia .. malas nak jahit, anak perempuan saya tu terus minta wife saya buatkan Teddy Bear guna tuala kecik.

Alhamdulillah, sekarang semua dalam ahli keluarga dah boleh menjahit kecil-kecilan. Setakat nak jahit lencana sekolah macam saya hari tu ... dah bolehlah kot.

Bila Anak Lelaki Menjahit

Bila Anak Lelaki Menjahit
Tapi percubaan pertama anak-anak lelaki saya menjahit memang fail la. Mana taknya ... guna jarum mesin jahit .. haha.

Saya dah saspek semacam je dah bila tengok hasil jahit bantal lain macam je rupa. Pastu anak sulong kata ....
"Abah ... susahlah guna jarum ni .. besar .. susah nak jahit .." kata Amri.

Saya pun tengok. Sah guna jarum mesin jahit. Memanglah susah sebab benang masuk ikut depan. Aduhh.

Saya pun tunjukkan jarum yang betul.

Hasil akhir anak-anak lelaki saya menjahit ... tadaaaa.....
Bila Anak Lelaki Menjahit
Tapi tak tahan lama, sebab tak tunjuk cara nak matikan jahitan. Jadi, dah terburai balik dah isi bantal. Bagus ajar anak-anak untuk menjahit, manalah tahu kot-kot boleh diasah kemahiran asas ni. Bila dah jadi mahir, boleh buat jadi bisnes kecil-kecilan ..
[Baca] Anak Perempuan Saya Umur 6 Tahun Menjahit
Ramai je ibu tunggal yang buat bisnes jahit-menjahit ni. Kalau tiba musim perayaan, memang lumayan pendapatan dengan menjahit ni... nak-nak lagi kalau pandai jahit baju kurung atau baju melayu. Dan kat tempat saya, siapa yang pandai menjahit boleh ambil upah jahit uniform sekolah, uniform pekerja kerajaan .. buat kerja dari rumah je.

Kemahiran macam ni bukan sahaja elok untuk kendiri, tapi boleh jana pendapatan sampingan. Bagus kan?


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

5 Komen

Yg pandai menjahit sekarang memang lumayan. Dekat kawasan perumahan saya ramai suri rumah ambil upah jahit baju. 45 harlagi nak raya semua stop ambik tempahan.

Reply

PC sedari umur 6 tahun dah suka menjahit..tapi setiap kali menjahit itulah timbul masalah sebab jahit sampai benang tak boleh simpul..itu belum lagi terjahit sekaligus dengan skirt atau gaun dan track bottom yang dipakai..terpaksa gunting semula...huhu...betul sekarang menjahit pun pun jadi sumber pendapatan lumayan.

Reply

Betul betul betul .. siapa yang nak buat bisnes baju kurung .. kena dapatkan panduan bisnes ni .. setakat pandai jahit tapi tak tahu nak bisnes susah juga .. :)

Reply

Siapa rajin dia akan kaya dan berjaya. Malas .. jadi 'mangsa' .. hehehe

Reply

kalau akak jahit memang masuk longkang sebab tu akak jual barang-barang yang dah siap jahit sahaja. boss nanti singgah ler kat blog akak pulak ya

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.