Beli Je Minyak Masak Botol Kalau Paket Susah Nak Dapat ...

"Jika mereka (rakyat) rasa susah beli minyak masak paket plastik dan mahu beli minyak masak botol yang lebih besar, silakan" - kata Menteri. Fuh. Saya baru baca berita, dan nampak kenyataan daripada Menteri yang bertanggungjawab menjaga kebajikan pengguna di Malaysia ... ia berkaitan isu minyak masak. Kalau ada yang masih tidak sedar, harga minyak masak dalam botol telah naik. Saya ada kongsikan senarai harga baru minyak masak pelbagai jenama, tetapi ada yang kata senarai itu adalah senarai palsu.

Apapun, saya kekal biarkan artikel itu terus beredar, sebab saya nak lihat samada betul ke tak senarai itu senarai harga minyak masak (botol) yang palsu seperti didakwa sesetengah pihak. Mungkin lepas ni nak pergi jenguk-jenguk beberapa kedai termasuk pasaraya besar untuk lihat harga sebenar selepas 1 November 2016.

Beli Je Minyak Masak Botol Kalau Paket Susah Nak Dapat 

Bila harga minyak masak paket kekal dengan harga RM2.50/kg .. saya pasti ramai akan mencari, dan sudah tentu permintaan yang tinggi terhadap minyak masak dalam paket ini akan menyebabkan bekalannya berkurangan dan susah nak dapat.

Dan ini kata Menteri yang saya petik dari Sinar Harian Online.

KUALA LUMPUR - "Jika mereka (rakyat) rasa susah beli minyak masak paket plastik dan mahu beli minyak masak botol yang lebih besar, silakan," demikian ujar Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah-BN) mengenai kenaikan harga minyak masak di pasaran bagi kategori 3kg dan 5kg.

Bagaimanapun menurut Hamzah lagi, rakyat yang mahu membeli minyak masak bagi kategori 3kg dan 5kg perlu membeli dengan harga pasaran dan bukan lagi harga subsidi.

"Kerajaan hanya memperuntukkan subsidi ke atas minyak masak paket plastik 1kg.

"Ada kumpulan yang memang memerlukan minyak masak tetapi tidak sanggup untuk membeli dengan harga yang tinggi," ujarnya.

Katanya lagi, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan semua kumpulan mampu membeli minyak masak.

"Sebab itu kerajaan memberikan subsidi kepada minyak masak paket plastik 1kg," katanya lagi.

Minggu lalu, Persatuan Pekilang-pekilang Minyak Makan Malaya (Meoma) mendakwa harga 1kg minyak masak paket plastik akan dinaikkan 40 sen kepada RM2.90, manakala minyak masak botol 5kg naik RM1.90 kepada RM15.25, mulai hari ini.

Bagaimanapun, Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani pada Khamis lalu dilaporkan berkata, rakyat akan terus menerima subsidi minyak masak daripada kerajaan.

...
..
Nampak kenyataan akhir tu tak? Kerajaan akan terus berikan subsidi kepada rakyat. Dan kerajaan kata akan terus bantu golongan sasar yang kurang berkemampuan. Jadi, jangan risau .. kalau anda rasa anda golongan sasar yang dimaksudkan, pasti kerajaan akan terus bantu dan bantu. :)

Lagipun, Malaysia antara pengeluar minyak sawit mentah utama dunia .. mesti ada jalan penyelesaian punyalah.

3 comments.. read them below or add one

Carlos Santiago Carlos Santiago November 01, 2016
hahahahaha... ayat last penyedap rasa jer..
Sheila Adziz Sheila Adziz November 01, 2016
saya dah berapa bulan tak masak.... last week start masak terus minyak kat umh habis.... 3 hari lepas nk beli minyak, tauke kedai kata minyak habis.... ramai yg simpan stok minyak paket, kerana minyak dlm botol nak naik harga.... tp minyak paket x naik... ermm... rupanya semalam betul perkhabaran itu....
Sheila Adziz Sheila Adziz November 01, 2016
lepas belanjawan minyak2 naik yer... erm... bersyukur lah apa yg ada....

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.