Langkau ke kandungan utama

Belanja Diri Sendiri Beli Dompet Kulit Berjenama

Sesekali. Alhamdulillah ada sedikit rezeki menerusi beberapa program affiliate, bolehlah saya belanja diri sendiri beli wallet mahal sikit. Saya bukannya selalu atau mudah nak beli barang berjenama ni... lagi-lagi barangan kulit yang berkualiti tinggi. Hari tu, masa berkesempatan ke Bandung, tak terbeli pulak .. takut sangat hilang duit MYR ke tukaran asing .. haha.

Sebelum ini, saya ada beli dompet kulit secara online dari Lazada, tapi .... tak sampai enam bulan kot .. dah ada bahagian yang rabak. Tapi, sempatlah juga bergaya semasa Raya tahun ni ... haha. Ala ... dompet harga RM10 .. jadi ... tak ralit sangat. Saya ada cerita kat post ini - Beli Dompet Raya menerusi Lazada

Belanja Diri Sendiri Beli Wallet Jenama Kickers

Beli Dompet Kulit Lelaki Kickers
Kali ini, saya beli wallet yang ada nama sikit, jenama Kickers ... harga ... dekat RM100 satu. Beli kat kedai. Kedai yang memang saya selalu beli seluar jeans. Kalau pergi, saya mesti akan dapat t-shirt free. Nah .. kali ni beli wallet ... saya dapat kalendar 2017.

Wallet atau dompet kulit ni didatangkan dengan kad waranti 3 bulan, dan kotak khas yang cantik dan keras. So, memang nampak 'mewah' dan exclusive. Kembang kuncup lubang hidung mengadap wallet baru sorang-sorang .. hahaha.
Dompet kulit lelaki jenama Kickers
Dulu, masa pergi ke Bandung, saya ada beli gak barangan kulit jenama Kickers ni. Saya beli sepasang kasut, harganya boleh tahan .. kurang seratus ringgit kalau tak silap. Murah tu. Mana ada kasut kulit berjenama dijual dengan harga bawah RM100 kat Malaysia ni .. huhu.. Tapi ... saya jarang pakai sebab kasut kulit tu berat.
[Baca] Cibaduyut - Syurga Beli Belah Barangan Kulit
Best gak wallet atau dompet lelaki Kickers ni. Lembut gitu, selesa di tangan, dan selesa bila diletakkan di poket belakang seluar jeans. Tak terlalu besar, selok-selok je kata orang Perak.

Saya pilih untuk beli dompet kulit Kickers jenis panjang sebab ada beberapa kad nak dimasukkan dan disimpan. Almaklumlah, sekarang zaman cashless, semua boleh buat urusniaga dengan guna kad debit je... main lambai-lambai kad je ... dah setel .... haha... oh dunia .. dunia.
Wallet kualiti terbaik harga mahal
Belanja diri sendiri beli wallet mahal bukan suka-suka nak manjakan diri, tetapi nak beritahu pada diri sendiri .. bahawa blog boleh jana income. Bila tengok wallet .. akan ingatkan betapa susah senangnya nak jana income dengan blog ni... dan ya, untuk buktikan pada diri juga bahawa usaha selama ini memang berbaloi.
[Promo] Daftar Percuma Untuk Miliki Kad Kredit UOB Yolo
Anda juga boleh kalau anda ada minat tinggi untuk menulis blog. Kena ada minat, barulah best tulis blog. Income dengan blog tu akan datang dengan sendirinya ... in Sha Allah.

advertisement


Komen Pembaca ...

Popular

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital. Pekerjaan doktor dianggap mulia dan banyak menyumbang dalam masyarakat hari ni. Mereka terpaksa belajar lebih kurang 5 hingga 6 tahun untuk mendapatkan ‘title’ doktor tersebut dan kebanyakan mereka dianggap tak da ‘life’ dan sangat ‘nerd’.

Tapi tahukah anda bahawa ada juga dikalangan mereka yang yang sangat handsome dan menarik hingga membuatkan anda hari-hari nak buat check up kat hospital. Jom kita kenali 6 doktor kacak di Malaysia.
6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital 1- Dr Syed Ahmad Murthada

Beliau merupakan model utama untuk jubah furby and sugar dan sangat aktif ke gym.  Walaupun doktor kerjanya sangat sibuk untuk merawat dan melayani pesakit, mereka juga ada kehidupan sendiri. Sibuk-sibuk pun sempat ke Gym tu ... hoho. Jangan cakap doktor tak da life ye. Dan pada saya, memang haruslah seorang doktor menjadi contoh kepada orang lain, nampak sihat, sasa,…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …