Baru-baru ini, saya dan isteri telah bawa anak-anak untuk tonton filem terbaru Upin Ipin - Jeng Jeng Jeng. Kami tempah tiket waktu malam, jam 8:55 malam di pawagam Five Star Lotus di Kerian Sentral Mall, Parit Buntar. Selesai sholat Isyak, baru kami sekeluarga ke pawagam, siap pakai baju sejuk semua ... haha.

Hmm .. keadaan dalam pawagam untuk filem Upin Ipin - Jeng Jeng Jeng ini tidaklah penuh seperti ditunjukkan oleh beberapa rakan saya menerusi media sosial. Jadi, sambutannya pada tarikh tayangan ini agak kurang. Mungkin sebab warga Parit Buntar dan kawasan sekitar tak begitu berminat kot nak tengok filem terbitan Les' Copaque dan KRU Studio di pawagam...huhu - tapi sebenarnya sebab harga tiket ni ... lalalala.

4.5 Bintang Untuk Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ....

4.5 Bintang Untuk Upin Ipin Jeng Jeng Jeng
Memang mengujakan buat anak-anak saya nak tengok filem kedua dari Les' Copaque ini selepas filem Upin Ipin - Geng Pengembaraan Bermula. Maira adalah yang paling excited nak tonton filem ini selepas asyik tengok teaser Jeng Jeng Jeng di YouTube.

"Oklah Filem Ni ..."

Dua orang anak saya; Amri (12) dan Zikri (8) komen cerita Upin Ipin - Jeng Jeng Jeng ni "oklah" ... "bolehlah". Tapi derang kagum dengan efek dan animasi yang menggabungkan dunia realiti. Benda ni memang satu kelebihan untuk filem kedua Upin Ipin.

Maira pula, yang baru sahaja tamat prasekolah berikan 4 + 1 bintang untuk filem Upin Ipin - Jeng Jeng Jeng ini ... daripada 10 bintang !!

Kata Maira, "Citer best tapi kenapa Upin Ipin kena panggil baru keluar ..." haha... adeh.

"Ohh patutlah citer dia Jeng Jeng Jeng ... asyik sebut Jeng Jeng Jeng je ... " - Maira.

Bagi saya sebagai ayah ... filem ini ada jalan ceritanya yang mengungkap kesusahan dan kesukaran rumah-rumah kebajikan dan anak yatim persendirian untuk mencari dana kewangan untuk beroperasi dengan baik.

Sesekali, terasa sayu dalam beberapa wabak bermain air mata. Anak-anak dalam pawagam juga seperti mengerti kesedihan lakonan Putri Balqish. Maira pun turut nampak sedih je dalam dakapan saya ... huhu

Tapi disebabkan ramai anak-anak yang datang tengok filem ini berumur kurang daripada 5-6 tahun, maka memang tak lepaslah dari dengar suara bising, anak menangis, anak menjerit dan macam-macam lagi. Dan saya memang dah expect pun .. so saya rileks je walaupun ibu bapa anak-anak yang 'buat hal' tu dah rasa tebal muka ... huhu.

Awie Dengan Tagline 'Poyo'

Awie yang turut berlakon dalam filem ini, walaupun tidak begitu dikenali sesetengah anak kecil yang lain tetapi buat ketiga-tiga anak saya, mereka dah kenal Awie menerusi cerita komedi seram Hantu Mak Limah dan Zombie Kampung Pisang. Jadi, watak Awie dalam filem ini tiada masalah bagi mereka ..

Malah, anak-anak saya anggap watak Awie dalam filem ini sebagai watak jenaka sehingga tagline - "Kalau Tak Poyo Bukan Awie" jadi sebutan derang ... haha

Filem Animasi Pertama di Malaysia Gabungkan Dua Elemen

Filem Upin Ipin - Jeng Jeng Jeng adalah filem animasi pertama Malaysia yang gabungkan dua elemen (animasi dan lakonan sebenar). Ia merupakan filem yang ditaja oleh D'Herbs, selain TM dan juga Ubat Gigi Upin Ipin. Kos penerbitan keseluruhan filem ini dianggarkan mencecah RM4 juta dan sebahagian dari kos ini turut dibiayai oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) iaitu di bawah Dana Kesan Khas (CGI).
[Baca] Tonton Boboiboy di Kerian Sentral Mall, Parit Buntar
Semua info di atas anda boleh ketahui sekiranya anda tonton filem ini sehingga ke akhir tayangan .. huhu, malah ada diberitahu menerusi watak-watak dalam filem ini.

Kesimpulan

Ini kesimpulan...
  • Anak saya berikan 4.5 bintang daripada 10 (dibandingkan dengan filem Upin Ipin terdahulu)
  • Animasi dalam filem ini buat anak-anak saya kagum, sebab gabungkan dua elemen ... siap anak saya (Maira) tanya .. "Abah ... Upin Ipin tu betul-betul ke berlakon?"
  • Filem animasi ini sesuai untuk anak-anak berumur antara 5 - 12 tahun. Bawah umur daripada tu .. maka akan dengar mereka melalak menangis je la .. hehehe..
  • Saya secara peribadi berikan 5/5 bintang untuk animasi yang digunakan, kagum betul sampaikan imej bayang animasi di cermin pun dibuat dengan kelihatan sempurna!!
  • Bukan mudah nak buat filem yang gabungkan dua elemen, apatah lagi melibatkan ramai pelakon cilik.
  • Cinematografi filem ini cukup cantik. Saya dan isteri siap tertanya-tanya dimanakah lokasi penggambaran filem. Serius memang cantik .. 
  • Kisah masyarakat tentang kehidupan anak-anak yatim yang perlu diambil perhatian oleh semua.

Yang lain .. err err tak terkeluar pula dari otak sebab dah lewat malam saya tulis post ini.

Meh layan di sebalik tabir filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ini ..


Selepas beberapa jam habis menonton filem ini, Maira dah ajak untuk tonton filem in sekali lagi ... :)


7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. saya pun baru tgk anak sy yg umur 6 tahun dan 2 tahun tgk mlm td. si abang oklah bwk tgk wayang sbb dia dh faham jln cerita.. cuma si adik tu susah sikit nak control sbb upin ipin sesekali jer kluar. bila takde upin ipin dia dah bosan hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sesuai filem ni untuk anak kecil...sebab jalan cerita berat. Kena buat macam Upin Ipin first tu .. ada adventure

      Padam
  2. Penampilan khas Upin & Ipin dalam filem ini tidak cukup untuk buatkan anak-anak teruja kecuali babak konsert! Kita boleh pandang dari sudut lain, tapi anak-anak tidak. Tak sabar tunggu Upin Ipin the Movie.

    BalasPadam
  3. Sama soalan yang saya dengar dalam panggung ketika tonton filem ni, "mana upin ipin", sebab asyik hilang jer kan.
    saya bagi 2 bintang dari 5, bro bg 2.25 dari 5....ok ler hampir juga penilaiannya...hehe

    BalasPadam
  4. mungkin terlalu berat untuk kanak kanak bawah 5 tahun ni sebab yang bawah 5 tahun ni kadang2 dia bukan faham sangat jalan cerita yang menghiburkan mereka adalah watak2 yang mereka suka.. Maybe untuk lebih sesuai untuk tontonan kanak kanak 5 tahun keatas.. atau mungkin 7 tahun keatas. sebab 5 tahun & 6 tahun pun kadang2 masih tak boleh terima cerita berat macam ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kisah masyarakat .. mana nak masuk benak akal anak kecil. Anak saya Amri pun tak ambil kesah jalan cerita tu .. lebih pada tgk animasi je.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement