10 Langkah Untuk Menjadi Seorang Blogger Berjaya

10 Langkah Untuk Menjadi Seorang Blogger Berjaya. Ini buat mereka yang bercita-cita tinggi dalam dunia blogging, ingin menjadi seorang blogger yang berjaya, dan ingin melihat diri sebagai seorang blogger yang disegani. Tak kira anda seorang blogger lama mahupun baru, boleh ikut tips blogging ini.

Tips dan petua yang akan saya kongsikan ini, adalah merupakan tips yang diberikan oleh salah seorang blogger yang antara paling berjaya di Amerika, dan mungkin juga di dunia. Beliau ialah Reality Steve. Saya ambil serba ringkas dari pendedahan menerusi blognya di sini - klik sini.

10 Langkah Perlu Diikuti Untuk Menjadi Seorang Blogger Berjaya

Jadi apakah 10 langkah untuk berjaya sebagai blogger? Hmm ... saya pun dok telek-telek satu-persatu ni ... oh ya, link asal adalah berbahasa inggeris, kalau saya silap terjemah, harap anda cari google translate untuk terjemah balik ... ok .. :)

Bermula Dari Bawah - Bermula Dari Sedikit

Buat permulaan, Reality Steve memulakan blognya sebagai satu hobi yang kemudiannya mewarkan kepada rakan-rakan dan teman terdekat melalui email. Menerusi email, ramai yang menyukai penulisan beliau, lalu kawan-kawannya ini mula forward email kepada rakan-rakan lain.

Cari Tema Atau Tajuk Yang Boleh Mendapat Perhatian

Kini, blogger memang banyak, tumbuh bagai cendawan, dan Malaysia antara negara yang mempunyai ramai orang yang mempunyai blog. Dan masing-masing bercerita macam-macam perkara, dan hampir semua tajuk atau topik dalam blog ... telahpun ada. Namun pasti ada sesuatu yang boleh dijadikan satu topik atau tajuk unik untuk blog anda.

Tumpukan Kepada Niche Pembaca/Pengunjung Blog

Apabila kita mencari serta mendapat satu tema atau tajuk tertentu bagi blog kita, kita secara tak langsung menarik pembaca tersendiri - atau yang hanya mencari tema dan tajuk tersebut, ini dikatakan blog yang mempunyai niche, yang tumpu pada satu2 tajuk atau topik. Contohnya blog keagamaan atau keluarga. Namun, masalah timbul bila dah ramai buat tema yang serupa contohnya hiburan.

Jadikan Blog Anda Sebagai Satu Sumber

Blog yang tumpukan pada sesuatu, mesti nampak unik dan mesti nampak ia blog yang boleh dipercayai. Apa yang dilakukan oleh Reality Steve adalah apabila ia meletakkan satu tajuk di blognya, ia tumpukan pada satu-satu topik yang lebih spesifik dari sekadar membuat review sahaja.

Jika anda ingin blog anda tampak blog hiburan yang punyai niche sendiri, anda boleh cuba buat blog anda merupakan blog hiburan yang hanya menceritakan mengenai muzik independent sahaja. Semua entri dok tumpukan benda tu yang akhirnya menunjukkan anda pakar mengenainya, lalu ia dijadikan satu sumber rujukan.
[Baca] Teknik Metafora Dalam Hasilkan Entri Menarik

Kena Teliti Serta Boleh Dipercayai

Blog anda perlu ada rujukan dan perlu mengetahui secara mendalam apa yang anda ceritakan di dalam blog. Ketelitian begini menjadikan entri itu boleh dipercayai, dan menjadikan ia satu blog yang nampak bukan tangkap muat tetapi profesional. Bila mendalam ataupun teliti, tak semestinya entri itu perlu panjang berjela-jela.

Letakkan Sumber Dalam Entri

Antara blog-blog yang mendapat perhatian dan menjadi satu persinggahan tetap ialah bagaimana blog-blog itu membina kredibiliti entrinya, iaitu menyatakan sumber yang dirujuk. Selain itu, ia boleh saling kait antara satu blog dengan satu blog yang lain, dan antara satu sumber dengan sumber yang lain.

Blog Punyai Rekod Yang Baik

Adalah penting supaya blog tidak menyiarkan sesuatu yang tidak pasti. Elakkan menyebarkan sesuatu yang belum dalam kepastian, atau dengan kata lain boleh dianggap sebagai fitnah. Cuba berikan sumber yang boleh dipercayai, jika membuat entri yang melibatkan sesuatu fakta atau cerita. Apabila tersilap fakta, perlu cepat2 mohon maaf agar pembaca tidak hilang kepercayaan kepada blog anda.

Gunakan Media Sosial

Media Sosial seperti Facebook adalah langkah terbaik untuk promosi blog anda. Gunakan sebaiknya dengan kewajaran.
[Baca] Tips Menulis Entri Blog Yang Boleh Dapat Ribuan Likes

Bahan Fizikal Dalam Blog Boleh Menarik Perhatian Ramai

Sukar saya ulas ni, tetapi lebih kurang macam ni ... apabila anda seorang pengguna Maxis ataupun Celcom, anda dok cerita betapa anda puas hati ataupun tak suka hati dengan perkhidmatan mereka di dalam blog. Ia pasti akan menarik perhatian mereka, dan mungkin ... walaupun anda dok kutuk perkhidmatan mereka, akan ada sesuatu ditawarkan oleh mereka untuk memperbaiki keadaan. Ini menunjukkan bahawa entiti fizikal dalam entri anda boleh dalam masa yang sama buat blog anda didengari, dibaca dan mungkin ... memberi satu pulangan lumayan buat anda.

Banyakkan Bersabar

Ini harus ada jika anda ingin menjadi seorang blogger berjaya. Bukan mudah untuk dikenali ramai. Bukan mudah untuk jadi dihormati kawan dan lawan dalam dunia blog, melainkan anda punyai kekuatan teguh, misi yang jelas serta kesabaran yang kuat. Reality Steve sendiri dah berblog selama 13 tahun!!

Sumber: WebProNews

10 Langkah Untuk Menjadi Seorang Blogger Berjaya

{ 24 comments.. read them below or add one }

fyna fyna June 20, 2011
waaaaaa..
nice tips.
suke2.
sergeant keroro sergeant keroro June 20, 2011
betul tu, setuju dengan semua tips ni :)
simanis simanis June 20, 2011
terima kasih!
saya akan berusaha dengan lebih gigih!
Izzat Nazmi Saiful Bahri Izzat Nazmi Saiful Bahri June 20, 2011
haa.. bagus tips ni...
insyaallah boleh berjaya kalau berusaha untuk mencapainya.. hee (^^,)
waN Mohd Salim waN Mohd Salim June 20, 2011
tima kaseh atas tips nih huhuhu
Hannah Hannah June 20, 2011
terima kasih kerana share tips ini.. saya simpan nie sebagai rujukan.
Ummiakid @ lily Ummiakid @ lily June 20, 2011
info yang menarik dan berguna utk memperbaiki diri...tq
Jalut Jalut June 20, 2011
Yang pertama tuh penting.. slow and steady.. tapi skrg makin ramai nak naik cepat..
d'HeLL d'HeLL June 20, 2011
tips terbaekk... ngeee..
(^___^)V
cleverspider55 a.k.a alam1cinta cleverspider55 a.k.a alam1cinta June 20, 2011
saya plg suka tips terakhir,
banyakkan bersabar..
..dan sentiasa belajar serta berusaha dari masa ke masa.
juga penting bg pendapat saya adalah,yakin dan percaya kemampuan diri..agar kita tak mudah patah semangat dan putus asa.
mcm ni lah mcm ni lah June 20, 2011
wowww design baru bangku kosong,. cantik nyer,. semalam saya pakai baju purple,..
mcm ni lah mcm ni lah June 20, 2011
bk dah masuk dalam bloglist sy
berita sengsasi berita sengsasi June 20, 2011
wah 8 tahun pengalaman yg menakjubkan!! tahniah mampu bertahan..
BLADE EDGE BLADE EDGE June 20, 2011
salam...

setiap seorg kene ada identiti. mcm berniaga la,kene mula dr bwh dan kene ada matlamat utk apa kita menulis blog ni..lg satu, bukan stakat bersabar tp jugak kene byk2 bertawakkal.
khunsuriyatit khunsuriyatit June 20, 2011
er...bro..
agak2 la...blog saya canne???....bersepah tak??
sbb sy tak tahu canne nak asingkan setiap entry...atau blog saya jenis yang...ntah ape-ape...
BLADE EDGE BLADE EDGE June 20, 2011
salam bro...

boleh tolong tgk tak address page ni? http://www.gengblogger.com/apollo.txt

situ ada senarai blog yg dikatakan akan kene hack, tp xtau la sejauh mana btulnya..stakat ni saya xjumpa nama blog saya dlm list tu..blog BK pun rasanya xde..pening nk search sbb list tu panjang giler..xde cara mudah ker nk detect sama ada blog kita tu akan kene ker tak?
Umar Faruq Umar Faruq June 21, 2011
this is soooo good.. mmg sangat berguna untuk blogger biasa mcm aku nie.. tq2..

http://www.umarfaruq.com/2011/06/review-9-tips-diorang-best-weyh.html
ezzu ezzu November 28, 2011
nice tip...sharing is caring...hehehe
faisxmail faisxmail November 28, 2016
tips berguna untuk sy yang baru berjinak
Ahmad Ahmad November 29, 2016
memang tidak mudah untuk menjadi seorang blogger yang sukses, butuh perjuangan dan kerja keras
Radhia Razali Radhia Razali November 30, 2016
Salam HH. Markah SEO untuk blog saya sangat rendah iaitu 14% sahaja. Saya banyak kali baca teknik tingkatkan SEO untuk blog, tetapi masih tak faham. Url blog saya adalah http://penselduabee.blogspot.com/.
Rani Ishak Rani Ishak December 05, 2016
Minta izin untuk share tips ni www.lubukdigital.com
MY HIJRAH PORTFOLIO MY HIJRAH PORTFOLIO December 06, 2016
Banyak bersabar Dan berusaha cari kelainan dlm dunia blogger sy hampir putus asa...tapi blog HH mendatangkan semangat semula

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.