Terapi Ion Elektrik - Belum Cuba Belum Tahu

Terapi Ion Elektrik - Belum Cuba Belum Tahu, Benarkah terapi ion eletrik (ion negatif) satu scam?

Terapi Ion Elektrik. Anda dah pernah mencuba tak perawatan alternatif ni? Saya baru je berkesempatan mencuba terapi ni di Bukit Merak Laketown Waterpark. Bayaran yang dikenakan untuk rawatan ini adalah ... err dalam RM10 untuk dua puluh minit kalau tak silap. Maaf saya lupa bab bayaran ni ... tapi tak mahal, macam buat urut tapak kaki refleksologi ... huhu.

Saya buat perawatan terapi ion elektrik ini tanpa sikap prejudis. Saya nak rasa bagaimana proses terapi ini dijalankan, selain nak melihat kesan rawatan terapi ini ke atas diri saya. Jujur saya cakap .. masa mencuba kaedah ini, saya zero pengetahuan mengenainya. Dan saya tak pernah tahu pun wujud rawatan terapi ini ... huhu. Pelik? Jangan pelik ... sebab saya pun bukan tahu semua perkara yang dah jadi viral sana sini ... :P

Terapi Ion Elektrik - Benarkah Ia Beri Kesan Positif Untuk Kesihatan?

Terapi Ion Elektrik - Benarkah Ia Beri Kesan Positif Untuk Kesihatan?
Buat mereka yang tidak tahu, saya adalah pengidap Diabetes dan juga ada masalah kolesterol sejak setahun yang lalu. Saya kini dah mula ambil ubat di hospital, dan amalkan beberapa petua kesihatan berkaitan dengan penyakit Diabetes atau kencing manis.

Dari pamplet yang saya baca, terapi ion elektrik ini kononnya boleh mengeluarkan bahan toksik daripada badan, lebih kurang macam foot-patch yang kini banyak dijual di pasar malam dengan harga RM10 satu paket (10 pelekat).

Dulu, saya selalu gunakan foot-patch .. malah saya menjualnya secara online dan juga kepada sanak-sedara. Fuh ... memang laku keras masa tu .. yelah, nampak magik depan mata .. benda putih terus jadi hitam legam, dikatakan disebabkan oleh sisa toksik yang keluar ikut tapak kaki.
[Baca] 10 Tanda Pada Kuku Kenalpasti Masalah Kesihatan
Jadi, saya fikir konsep sama terpakai pada terapi ion elektrik ini.

Masa mencuba terapi ... saya duduk relax-relax je. Tak rasa apa-apa pun pada kaki saya, kecuali rasa sejuk air yang digunakan.

Kata pengusaha, kalau nak kesan terbaik, elok gunakan air suling untuk rawatan terapi ion elektrik ini. Sebabnya dalam air biasa, ada bahan-bahan lain yang memungkinkan tindak-balas dan menyebabkan kesan sebenar rawatan tak berapa nampak. Bila ada bahan lain, air boleh menjadi kekuningan atau kehitaman disebabkan tidak-balas tersebut. Tindak balas ini dinamakan elektrolisis.

Saya tanyalah ...

"Bang ... bagaimana nak tahu kesan terapi ni ye?"
"Ada rasa sengal-sengal tak kat kaki ..?" kata dia.
"Tak ada rasa apa-apapun..." jawab saya.
"Kalau ada sakit apa-apa, toksin banyak .. mungkin rasa" kata dia lagi.

Saya cuma angguk sahaja. Rileks sambil baca pamplet yang diberikan kepada saya. Banyak penerangan dalam pamplet tersebut, siap ada bukti bergambar dari pelbagai jenis kaki .. huhu... memang nampak agak meyakinkan.

Warna Air, Keladak Berubah Kesan Daripada Toksin Badan

Menurut apa yang ditulis, warna air akan bertukar ke warna-warna tertentu mengikut jenis toksin yang dikeluarkan dari badan menerusi pori-pori tapak kaki, dan tindak-balas ion negatif yang masuk ke dalam badan.
  • Kuning kehitaman: Toksin dari saluran buah pinggang
  • Kuning kemerahan: Merawat dan mencegah Penyakit Gout
  • Kuning berminyak: Kolestrol
  • Coklat : Masaalah Hempedu
  • Hijau tua: Merawat Masaalah Batu Karang(Pundi hempedu)
  • Buih putih: Kelenjar limpa
  • Buih gelembung: Merawat Penyakit Gastrik
  • Zarah putih keju: Ortoprosit tulang
  • Hitam: Logam berat
  • Merah: Zarah darah merah

Garam Bukit

Ohh lupa nak bagitahu, untuk kesan lebih baik, elok diletakkan Garam Bukit ke dalam campuran air tersebut untuk berikan kesan terapi maksima. Hmmm ..... Lepas abis sahaja rawatan, beginilah rupanya ...
Kesan Rawatan Terapi Ion Elektrik
Ada keladak yang berlendir. Masa saya basuh kaki, bahan ini senang je hilang, dan tiada kesan warna seperti kuning, perang atau sebagainya melekat pada tapak kaki saya, malah nampak seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Apa Kesan Atas Diri Saya?

Selepas 20 minit rawatan ini, saya tak rasa apa-apa perubahan ketara pada diri saya. Mungkin sebab saya baru sekali melakukan terapi ion elektrik ini. Dan menurut apa yang dikatakan penguasaha, saya perlu lakukan paling tidak lima kali rawatan terapi ini untuk nampak kesan sebenar. Warna air dalam besen rawatan terapi ion elektrik saya tidaklah nampak keruh sangat. Walaupun ada keladak terhasil, ia tak macam dalam gambar yang ada ditunjukkan kepada saya .. huhu .. kiranya dalam badan saya tak banyak toksin kot.

Mungkin. Sebab selama ini saya sering melakukan rawatan bekam di Parit Buntar... huhu. Apabila saya pulang ke rumah, saya pun upload gambar di atas di laman sosial, dan ramai yang memberikan respon kepada gambar di atas, agak mengejutkan saya sebenarnya ..

Rawatan Terapi Ion Elektrik Adalah Satu Penipuan?

Kebanyakkan mengatakan bahawa terapi ion elektrik adalah rawatan scam yang dah wujud sejak tahun 2012 lagi...huhu ... nyata saya memang naif ... tak tahu lansung bahawa terapi ion elektrik ini telah lama diperkatakan orang.

Hoho .. benarkah terapi ion elektrik ini satu scam? satu penipuan? Ia sebenarnya tiada kesan pun atas tahap kesihatan seseorang?

Agak awal saya nak buat kesimpulan, walaupun dah ada banyak video yang paparkan mengenai terapi ion elektrik ini - baik yang megiyakannya, mahupun yang menidakkan kesan positif terapi ini.

Nantilah saya cuba lagi ... sambil rileks ... sambil kaki direndam dengan anod dan katod .. sambil mata tengok awek baru balik mandi waterpark (kena tutup dah sbb retrovirus)... sambil tengok ikan Kelisa Emas yang dok berenang ... huhu....

 Isteri saya kata ... "Bukan boleh percaya sangat .. macam foot detox .. " hoho. :)


COMMENTS

BLOGGER: 16
Loading...
Rahsia Lulus Temuduga Kerja
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,122,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,362,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,300,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,42,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,53,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,622,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,577,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,9,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,33,Kekeluargaan,87,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,82,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,294,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,349,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,59,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,492,Semesti,2,SENI,3,Shopping,114,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,176,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,96,Tips Blogging,314,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,84,Tips Dapur,52,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,125,Video Best,37,widget blog,34,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,108,Work From Home,13,
ltr
item
Lifestyle, Family, Shopping - HASRULHASSAN.COM™: Terapi Ion Elektrik - Belum Cuba Belum Tahu
Terapi Ion Elektrik - Belum Cuba Belum Tahu
Terapi Ion Elektrik - Belum Cuba Belum Tahu, Benarkah terapi ion eletrik (ion negatif) satu scam?
https://3.bp.blogspot.com/-xDZIcQ6Cq5c/V_-n8yvrSCI/AAAAAAAAU74/go0ogNyCCCIGIq36K9AENWRYbgJCme38QCLcB/s1600/TERAPI-ion-elektrik.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-xDZIcQ6Cq5c/V_-n8yvrSCI/AAAAAAAAU74/go0ogNyCCCIGIq36K9AENWRYbgJCme38QCLcB/s72-c/TERAPI-ion-elektrik.jpg
Lifestyle, Family, Shopping - HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2016/10/terapi-ion-elektrik-belum-cuba-belum.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2016/10/terapi-ion-elektrik-belum-cuba-belum.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy