Tambang GrabCar Turun Mulai 10 Oktober 2016

Tambang GrabCar Turun Mulai 10 Oktober 2016. Satu berita gembira buat mereka yang menggunakan servis dan perkhidmatan GrabCar. Mulai 10 Oktober 2016, pihak GrabCar mengumumkan penurunan harga tambang GrabCar dari RM1.30 menjadi RM1.10  per kilometer.

Tambang Baru Perkhidmatan GrabCar Mulai 10 Oktober 2016

Kadar tambang baru GrabCar ini walaubagaimanapun adalah untuk perkhidmatan di Lembah Klang di hujung minggu (sepanjang hari) dan pada hari bekerja di luar waktu puncak (sepanjang hari kecuali dari 6 pagi hingga 10 pagi dan 5 petang hingga 8 malam).
Tambang Baru GrabCar Lembah Klang
Harga tambang baru oleh GrabCar ini memang sangat berpatutan malah ia sangat-sangat kompetitif dengan permintaan yang tinggi bagi perkongsian kenderaan persendirian di Lembah Klang.

GrabCar Popular di Kalangan Pelajar

Ramai kenalan saya yang tinggal di Lembah Klang menggunakan perkhidmatan GrabCar, malah ia agak popular di kalangan pelajar IPT di sana. Ia mudah, murah, jimat, dan selesa. GrabCar memberikan kemudahan untuk mereka yang kadangkala kurang selesa dengan karenah perkhidmatan pengangkutan awam lain.
Tambang GrabCar Turun Mulai 10 Oktober 2016
Adik ipar saya contohnya menggunakan perkhidmatan GrabCar dari KL Sentral terus ke Putrajaya pada jam 4 pagi, selepas pulang dari Parit Buntar menaiki ETS. Tambang yang dikenakan sangat berpatutan malah lebih murah daripada tambang perkhidmatan awam yang lain. Tiada caj untuk kadar larut malam dan sebagainya .. huhu.
[Baca] Pengalaman Pertama Saya Naik GrabCar
Dengan struktur tambang baru GrabCar ini juga, saya dapat lihat bahawa ia memberikan satu pilihan terbaik untuk pelanggan merancang perjalanan dengan lebih baik di luar waktu puncak. Malah, dari satu sudut yang lain, ia juga akan membolehkan ramai pemandu GrabCar separuh masa yang cenderung memandu ketika waktu puncak untuk raih pendapatan yang lebih.

0 comment... add one now

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.