02 Oktober 2016

Takwim Hijrah 1438H (2016 - 2017) Malaysia

Salam Maal Hijrah 1438H. Selamat tahun baru, selamat datang 1 Muharram 1438H. Alhamdulillah, kita semua diberikan kesempatan untuk melihat dunia dan alam. Alhamdulillah, kita masih lagi mampu untuk hirup udara segar pada pagi 1 Muharram 1438H.

Satu tahun untuk dimulakan dengan segala kebaikan. Tahun baru untuk kita semua merancang kehidupan dengan lebih baik, mengikut kehendak dan syariat yang telah ditentukan dalam agama Islam, agama yang memberikan kebenaran

Takwim Hijrah 1438H (2016 - 2017) Malaysia

Sempena kedatangan tahun baru Hijrah 1438H ini, saya sukacita nak kongsikan poster takwim Hijrah 1438H (2016-2017) yang boleh anda muat turun dan cetak sebagai rujukan. Anda boleh cetak dalam versi berwarna dan versi hitam putih. Poster Takwim Hijrah 1438H ini telah disediakan oleh pihak JAKIM untuk dijadikan panduan umat Islam seluruh Malaysia.

Takwim atau kalendar Hijrah ini mempunyai sejarah dan kisahnya sendiri. Jika anda berminat nak tahu, boleh baca beberapa artikel yang telah saya terbitkan di dalam blog ini. Boleh 'Search' di ruangan yang disediakan di dalam blog saya ini. In Sha Allah, anda akan jumpa.

Paparan di atas adalah paparan jelas untuk blog ini. jika anda mahukan paparan dalam versi penuh atau dengan kata lain, versi poster, anda boleh muat turun menerusi pautan ini - Takwim Hijri 1438H 2017 Jakim

Ia di dalam format pdf, muat turun dan anda boleh cetak untuk kegunaan peribadi, surau, mahupun masjid di tempat anda.

Semoga bermanfaat.

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

3 Komen

selamat tahun baru hijriah 1438 H .... banyak hal perubahan yang harus dilakukan ditahun baru ini terutama kearah yang lbih baik lagi


EmoticonEmoticon