Sarapan Pagi Simple Untuk Anak-Anak Daripada Abah House Husband

Jika saya rajin, saya akan masak breakfast yang agak luarbiasa bagi seorang House Husband. Tetapi, bila mood malas tahap ungka, saya hanya sediakan breakfast yang mudah dan simple sahaja untuk anak-anak sebelum hantar mereka ke sekolah masing-masing. Nak tahu sarapan simple yang macamana yang saya sediakan tak?

Kalau saya rajin, saya boleh je masak nasi lemak .... sebab saya dah sedikit pandai buat sambal ikan bilis yang best untuk nasi lemak house husband .. hehe. Err mungkin tak leh nak lawan kot dengan Nasi Lemak Anak Dara yang viral tu .. huhu.

Sarapan Pagi Simple Untuk Anak-Anak

Kalau saya tersangatlah malas tahap cipan, yang lebih teruk dari ungka .. saya memang tak buat apa-apa .. haha .. cuma bagi duit belanja lebih sikit. Kalau biasa berikan duit belanja RM1 sehari, bila saya malas tahap cipan, saya akan berikan RM1.50 ... huhu.. ekekeke...

Kalau saya tidak terlalu rajin, dan tidak terlalu malas .. kira malas tahap ungka sahaja... saya akan buat sarapan yang berasaskan telur. Dan airnya, samada saya buat teh panas atau guna apa yang ada di dalam petiais seperti Jus atau Susu Segar. Paling tidak, pepagi terutama masa musim peperiksaan ... saya akan berikan kurma atau kismis untuk anak-anak saya makan sebelum ke sekolah.
Sarapan Pagi Simple Untuk Anak-Anak
Mudah je buat sarapan pagi berasaskan telur ni. Nak yang terbaik, belilah telur Omega-3 tu. Mahal sikit takpe, janji ia berikan kandungan terbaik untuk perkembangan otak anak-anak.

Telur.

Boleh direbus... boleh juga dibuat telur separuh masak. Kalau nak anda nak cuba cara saya masak telur suku masak yang terbaik ... boleh cuba cara ni - Panduan Cara Hasilkan Telur Suku Masak Gaya House Husband

Paling disukai anak-anak saya ialah goreng telur dengan kicap. Bukan telur dadar ye ... tapi telur cincang dan ditambah sos sedikit dan kicap lemak manis. Nyummmm nyummm ... memang derang suka sangat. Goreng telur cara saya ni tak gunakan banyak minyak, bukan apa .. takut anak-anak jadi lemau dan mengantuk bila dalam kelas.

Alhamdulillah, anak tidaklah cerewet sangat pasal makanan. Tapi, apabila mereka minta menu sekian-sekian .. kenalah sediakan, lagi-lagi menu favourite yang selalu dimasak oleh isteri saya. Nak tak nak .. kalau wife saya tak ada, memang kena belajarlah cara.

Abah pandai masak, anak mesti sayang punya .. haha.


1 comment... add one now

TunSha Ayunie TunSha Ayunie October 07, 2016
Saya suka telur goreng mata lepas tu letak kicap tamin, makan dengan roti.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.