Rolex Original Harga RM32K Mahu Dijual Hanya RM4K

Baru-baru ini saya pergilah breakfast di sebuah restoran yang memang popular di sebelah Stesen Hentian Bas Parit Buntar. Ia memang menjadi antara lokasi atau tempat saya makan pagi kalau saya bersendirian. Wife dan anak-anak saya kurang suka breakfast di sini ... sebabnya tu ... hanya perut mereka je boleh jawab .. haha.

Ok. Berbalik pada cerita. Tajuknya cerita ialah jam tangan Rolex berharga RM 32K mahu dijual RM 4K. Ia bukan satu tajuk sensasi yang saya tulis untuk umpan anda. Tetapi ia memang sebuah cerita sebenar, dan jam tangan jenama Rolex ini memang mahu dijual dengan harga sedemikian.

Rolex Osyter Perpetual Datejust II - Harga Sebenar RM32K Mahu Dijual RM4K

Rolex Osyter Perpetual Datejust II - Harga Sebenar RM32K Mahu Dijual RM4K
Macam tidak masuk akal je kan? Jam tangan yang harganya disemak secara online adalah RM 32,000 (semasa post ini ditulis) .. .. mahu dijual pemiliknya dengan harga RM 4,000. Saya pun terkejut bila ditunjukkan harga sebenar jam tangan Rolex original - Osyter Perpetual Datejust II ... dan ditunjukkan pula jam tangan Rolex yang sedang dipakai oleh ....

Oleh pemilik restoran tu. Uhhh ... dah lama saya kenal secara tidak lansung dengan pemilik restoran atau kedai makan sebelah stesen bas Parit Buntar ni. Awal mula perkenalan dulu disebabkan saya kaki photog .. bawa kamera DSLR ke mana-mana .. ambil gambar di mana sahaja.

Sambil lepak di kedai tu .. saya ambil gambar orang lalu lalang - street photography la katakan ... haha.

Di bawah ini saya tunjukkan bukti harga jam tangan Rolex yang dimaksudkan. Dan juga gambar jam tangan Rolex yang dipakai oleh pemilik restoran tersebut. Sama kan?
Rolex RM32K Mahu Dijual RM4K
Pemilik restoran beritahu saya .. yang beliau nak jual jam Rolex tersebut, dengan harga RM4,000 ... harga yang pastinya jauhhhhh lebih murah dengan harga jam sebenar yang dijual dalam pasaran.

Tiada sebab diberikan kenapa nak dijual. Tapi katanya, jam tangan Rolex yang dimilikinya baru sahaja diservis di pusat servis Rolex. Katanya, dekat beratus ringgit juga untuk servis ....

Saya memang ternganga la bila seorang pemilik restoran boleh pakai jam semahal itu. Kalau sayalah, jam tangan Rolex dengan harga RM 32K elok sahaja dijadikan jam pusaka .. boleh diberikan kepada anak cucu. Uhh bukan mudah nak beli tu ...

Rolex Oyster Perpetual Datejust Mens Watch 116234 - Check sendiri di Amazon ...

Beliau beritahu saya ... jika ada sesiapa nak beli, suruh contact ... uhh tapi itulah ... saya pun tak tahu cara nak hubungi - tak ambil nombor telefon, jadi kalau nak beli jam tangan di atas bolehlah pergi ke kedai makan sebelah stesen bas Parit Buntar ... huhu... betul-betul sebelah ...



3 comments.. read them below or add one

Adam Adam October 31, 2016
Tapi saya tak tau yg asli atau tiruan.
Mungkin dia punya yg asli. Tapi saya tak tau.

Hasrul Hassan Hasrul Hassan October 31, 2016
Saya agak yakin ianya original, lagipun taukey kedai ni saya kenal memang baik dan bukan jenis nak menipu orang.
Hanafi Abdullah Hanafi Abdullah November 01, 2016
disebabkan pernah rosak tu menyebabkan hati saya tawar nak membelinya..itupun niat semata-mata

kalau betul pun saya suka beli kat kedai biarpun mahal sebab masih 'virgin'

tapi bukan jam rolex..la

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.