6 Perkara Perlu Tahu Mengenai PCB (Potongan Cukai Bulanan) & Cukai Muktamad LHDN

6 Perkara Perlu Tahu Mengenai PCB (Potongan Cukai Bulanan) LHDN. Ramai yang membayar cukai LHDN menerusi Potongan Cukai Bulanan (PCB) terutama kakitangan kerajaan, namun tidak ramai yang benar-benar tahu mengenai beberapa hak dan keistimewaan yang diberikan kepada pembayar cukai LHDN menerusi PCB ini.

Dalam blog post saya ini, akan diberikan sedikit panduan am, dan juga tips untuk pembayar cukai yang membayar cukai individu penggajian menerusi potongan gaji bulanan. Panduan ini adalah sebagai rujukan am buat anda untuk ketahui sedikit sebanyak mengenai PCB dan juga Cukai Muktamad.

Perkara Perlu Tahu Mengenai PCB (Potongan Cukai Bulanan) dan Cukai Muktamad LHDN

Perkara Perlu Tahu Mengenai PCB (Potongan Cukai Bulanan) LHDN

S1: Apa itu Potongan Cukai Bulanan sebagai Cukai Muktamad (PCB Cukai Muktamad)?

J1: PCB sebagai Cukai Muktamad membenarkan pembayar cukai yang layak untuk tidak mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)

Jika anda seorang kakitangan awam atau pembayar cukai yang menggunakan PCB untuk membayar cukai setiap bulan, anda sebenarnya tidak perlu atau layak untuk tidak mengisi BNCP setiap tahun atau dengan kata lain, anda tidak perlu menggunakan sistem e-Filling untuk mengisi atau istihar pendapatan penggajian anda.

Ada di antara pembayar cukai ini, yang menggunakan e-Filling atau BNCP akhirnya mengeluh dan kerut dahi apabila mendapati perlu bayar baki lebihan cukai pendapatan yang dikenakan walhal sebenarnya tidak perlu pun mengisi segala butiran tersebut dengan syarat ia memenuhi kelayakan.

Apabila seseorang pembayar cukai yang menggunakan kaedah PCB untuk penyelesaian cukai pendapatan, ia boleh dianggap sebagai Cukai Muktamad, dan tidak perlu lagi untuk declare menerusi e-Filling atau mengisi BNCP.

S2: Siapa yang layak untuk tidak hantar borang?

J2: Individu yang layak adalah

  1. Mempunyai satu punca pendapatan sahaja iaitu pendapatan penggajian di bawah seksyen 13 ACP 1967. Walau bagaimanapun sekiranya individu menerima pendapatan penggajian bersama manfaat berupa barangan atau nilai tempat kediaman, individu itu perlu kemukakan BNCP; 
  2. PCB dipotong mengikut KKCP (Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan); 
  3. Berkhidmat selama 12 bulan dalam tahun taksiran dengan majikan yang sama;
  4. PCB tidak ditanggung oleh majikan dalam tahun taksiran tersebut; dan 
  5. Suami atau isteri tidak membuat pilihan untuk ditaksir bersama di bawah seksyen 45 ACP 1967. 

S3: Adakah pembayar cukai dikehendaki mengemukakan borang BNCP sekiranya tidak memenuhi kriteria-kriteria PCB Cukai Muktamad?

J3: Ya. Layanan ini tidak terpakai kepada pekerja berikut:

  1. Bekerja dengan lebih daripada satu majikan;
  2. Tempoh penggajian kurang daripada 12 bulan (Januari - Disember)
  3. Cukai ditanggung oleh majikan; 
  4. Taksiran Bersama 
  5. Mempunyai saraan Manfaat Berupa Barangan (MBB) dan Nilai Tempat Kediaman (NTK); atau 
  6. Pembayar cukai yang ingin menuntut bayaran balik atau menuntut pelepasan atau rebat.

S4: Adakah pembayar cukai yang mempunyai pendapatan sewa atau dividen perlu mengemukakan borang?

J4: Ya. Pekerja/pembayar cukai yang menerima punca pendapatan selain penggajian seperti sewa, pendapatan dividen, terima bayaran komisen yang tiada potongan PCB adalah tidak memenuhi kriteria-kriteria PCB Cukai Muktamad dan perlu mengemukakan borang BNCP sebelum atau pada 30 April.

S5: Apakah tindakan yang boleh dilakukan sekiranya pembayar cukai mendapati potongan PCB sebagai Cukai Muktamad adalah tidak betul/tepat semasa penerimaan borang EA/EC?

J5: Pembayar cukai boleh memilih untuk mengemukakan borang bagi menyemak penentuan PCB yang dipotong oleh majikan. Sekiranya penentuan PCB sebagai Cukai Muktamad dan cukai dalam borang adalah tidak sama, pembayar cukai boleh memilih untuk mengemukakan borang sebelum atau pada 30 April.

S6: Adakah pembayar cukai dikenakan penalti lewat mengemukakan BNCP jika mengemukakan borang selepas 30 April tahun berikutnya untuk menuntut potongan, pelepasan atau rebat tambahan walaupun pembayar cukai memenuhi kriteria tidak perlu mengemukakan BNCP?

J6: Ya. Penalti lewat di bawah Seksyen 112(3), ACP 1967 akan dikenakan. Jumlah penalti akan ditolak dengan jumlah bayaran balik (Jika ada) yang layak dituntut.

Apa yang saya kongsikan di atas adalah sebahagian dari isi kandungan lampiran di bawah mengenai persoalan Cukai Muktamad. Jika anda seorang kakitangan awam mahupun swasta, anda wajar mengetahui serba sedikit mengenai Cukai Muktamad ini untuk mengelakkan anda dari terlebih bayar cukai yang sepatutnya.


Jadikan diri anda sebagai seorang yang celik pembayar cukai. Sertai kursus-kursus atau bengkel yang ada disediakan untuk memahami selok-belok mengenai cukai ke atas pendapatan dan penggajian. Ada orang yang tidak berapa faham mengenai beberapa konsep, keperluan, dan juga hak anda sebagai pembayar cukai.

Semoga artikel ini bermanfaat sedikit sebanyak. In Sha Allah.

4 comments.. read them below or add one

Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah October 26, 2016
Terima kasih kongsi info ni bro Hasrul
Jobdirumah Buat Duit Jobdirumah Buat Duit October 26, 2016
Kena tengok benda ni selalu takut tersalah. Rugi nanti.
Jie Susanos Jie Susanos October 26, 2016
mmg bermanfaat bro HH..

kena tahu pasal cukai2 ni..asyik tiap2 bln kena ptong jer pcb ni..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.