Otai Hartanah Ini Dedah Pengalaman Diserbu LHDN. Siapa otai hartanah yang saya maksudkan ini? Beliau adalah kenalan saya di dalam dunia blog Malaysia, malah menjadi inspirasi saya dalam diam-diam. Banyak  juga tips serta pengalaman yang dikongsikan kepada saya samada menerusi pertemuan, sembang di telefon, chatting mahupun menerusi email dan blognya.

Otai hartanah yang saya maksudkan ialah Meor Zaidee Meor Ahmad Rashdi. Mungkin tidak ramai kenal dengan nama tersebut, namun kalau saya sebut nama Abang Ensem .. saya fikir ramai yang akan terlintas di fikiran akan gambaran seorang lelaki yang bersikat rapi, bermisai sederhana dan suka mengayakan warna pink dalam penampilan untuk jenama.

Otai Hartanah Dedah Pengalaman 'Diserbu' dan Diaudit oleh Pegawai LHDN

Beliau boleh dianggap sebagai salah seorang selebriti online yang sering mendapat ratusan dan ribuan likes setiap kali dia menulis statusnya di facebook.... walaupun sebenarnya jumlah follower saya adalah lebih sikit daripada saya .. haha.
Otai Hartanah Dedah Pengalaman Diserbu LHDN
Beliau ialah antara sifu dan otai hartanah yang sangat humble orangnya. Dan beliaulah blogger terkenal pertama yang jemput saya datang ke seminar, menjemput saya di stesen LRT dan belanja saya makan Nasi Arab bersama Ariff Shah (seorang lagi blogger terkenal Malaysia).

Baru bertemu, terus cepat mesra... terasa macam kami dah berkawan lama. Almaklumlah ... aura budak asrama penuh ni memang lain macam .. budak Izzudin la katakan, dan saya pula bekas pelajar SEMESTI... so ada keserasian di situ.

Meor Zaidee Dedah Pengalaman Diaudit LHDN Dalam Ebook - 'Aku Diusya Lembaga'

Baru-baru ini, sahabat saya yang juga otai hartanah ini telah berikan kepada saya sebuah ebook .. bertajuk - Aku Diusya Lembaga.

Sebuah ebook yang dedahkan pengalamannya diserbu dan diaudit oleh pihak LHDN!
Otai Hartanah Dedah Pengalaman Diserbu LHDN
Menarik.

Dalam ebook tersebut, Meor Zaidee bercerita mengenai pengalaman yang sedikit 'ngeri' tentang bagaimana diri dan syarikat miliknya (AE Consultancy Services) telah diserbu dan diaudit oleh pegawai-pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

86 Mukasurat Pengalaman Sebenar

Ebook setebal 86 muka surat itu menceritakan tentang pengalaman sebenar beliau diaudit dari segenap lubuk punca pendapatan dari awal menjadi blogger sehinggalah menjana income menerusi blog dan ebook hartanah (jual secara online).. dan kemudian income dari seminar-seminar yang dianjurkan.

Paling menakutkan ialah kepakaran pihak penyiasat LHDN yang berjaya bongkar sumber income lain iaitu pendapatan dari rumah-rumah sewa milik Meor Zaidee sehingga memaksa beliau dedahkan semua resit, penyata dan sumber income tersebut kepada pihak LHDN.

Dalam ebook tersebut anda akan dapat baca rentetan-rentetan peristiwa sebenar yang telah berlaku sehingga akhirnya 'menjerat' otai hartanah ini kepada sessi audit dan penyiasatan oleh pegawai LHDN. Anda akan dapat lihat penyata-penyata sebenar yang telah dikemukakan, termasuklah cara penyelesaian bagi setiap isu dan masalah yang berbangkit.

Perghhh ... Income Abang Ensem Memang Mengejutkan!

Anda akan terkejut mengenai jumlah cukai lampau otai hartanah ini .. samada yang telah dilunaskan, yang belum dilunaskan, dan yang lari dari penyata sebenar nilai yang sepatutnya dilunaskan kepada LHDN.
Otai Hartanah Dedah Pengalaman Diserbu LHDN
Ada gambar, ada tips, ada rujukan .. ada template berkaitan perkara-perkara tentang cukai. Semuanya tersedia di dalam ebook 86 muka surat ini.

Saya pada satu ketika (banyak sebenarnya) terpaku dan tergamam melihat apa yang didedahkan oleh otai hartanah - Abang Ensem di dalam ebook ini. Tak sangka banyak juga punca income yang beliau dapat selama ini.

Jika anda seorang blogger yang mula dapat income sana sini, jika anda seorang usahawan yang sudah mula nampak banyak sale masuk, jika anda seorang peniaga yang tidak pernah hantar cukai perniagaan dan pendapatan .. jika anda dah banyak kali lari dari cukai .. dan jika anda mahu tahu bagaimana nak selamatkan diri dari kena denda oleh LHDN sebab nota cukai anda .. maka .. ebook ini harus dan wajib anda baca!

Ebook ini ada jawapannya.

Tempah sebelum ianya ditutup jualan - Ebook Pendedahan Eksklusif Otai Hartanah

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement