Hehehe.. ramai ke daripada anda terutama wanita yang berani bawa kereta dibasuh di car wash automatik? Saya fikir tak ramai kot yang berani melainkan mesti ada teman di sebalik. Kadang, isteri yang bawa anak pun tak berani nak masuk dalam car wash automatik ni ... huhu...

Setakat yang saya tahu, isteri saya tidak pernah nak bawa kereta untuk dibasuh di mesin car wash automatik walaupun harga servis tersebut adalah lebih murah daripada kaedah kedai basuh kereta konvensional.

Orang Perempuan Tak Berani Basuh Kereta Guna Car Wash Automatik

Saya pernah tanya .. kenapa takut? Sebabnya ialah tak yakin nak masukkan tayar kereta ke rel mesin cucian kereta automatik. Yelah, susah nak tengok .. benda kat tayar, takkan nak buka cermin tingkap atau pintu kereta .. mau Mat Vietnam menjerit nanti .... haha.
Orang Perempuan Tak Berani Masuk Car Wash Automatik
Ok ye .. buat semua kaum wanita yang ada kereta... jangan risau dan takut nak masuk ke car wash automatik ni. Tak susah mana, lagipun akan ada yang bantu untuk pastikan tayar kereta tu masuk ke rel mesin cucian. Alaa .. paling teruk pun ... kereta kemek je kiri kanan .. hehehe...

Tapi, elok sebenarnya tak masukkan kereta ke car wash automatik ni. Sebabnya bukan bersih sangat pun...dan lagi, berus-berus mesin tu kasar-kasar .. main libas2 je pun. Pastu, bila dah keluar dari mesin, tukang lap kereta macam acuh tak acuh je .. sekadar buat.
Orang Perempuan Tak Berani Basuh Kereta Guna Car Wash Automatik
Kalau nak benar-benar basuh kereta .. silalah basuh sendiri. Baru puas hati. Dan kalau nak basuh di kedai cucian atau basuhan kereta, pilih kedai yang ada ramai pekerja, terutama pekerja muda-muda. Hantar kereta di awal pagi dan bukan di penghujung petang.

Mengapa?

Penat Basuh Kereta Ni

Saya pernah merasa kerja sebagai pencuci kereta orang, masa tu kat Batu Cave. Kawan saya punya bisnes, baru buat lepas tamat belajar dari USM. Bapak dia punyalah kaya, tetapi memilih jalan untuk buat bisnes sendiri dengan buka kedai basuh kereta. Pekerjanya cuma ada 3 orang kalau tak silap, masing-masing tu pulak member belajar ...

Fuh. Memang penat. Lagi-lagi kalau basuh kereta besar atau lori atau bas. Memang pengsan bila dah siap .. boleh tutup kedai dua hari sebab tidur tak bangkit-bangkit .. haha.

Kalau orang hantar kereta petang hari, memang badan dah rasa sengal-sengal. Cuci pun buat ala kadar .. sebab otak dah fikir nak berehat, nak balik rumah dan tidur. Lagi-lagi kalau pagi banyak kereta masuk nak basuh. Basuh ok lagi .. tapi bila customer mintak nak polish .. uhhhh ... pinau mata.

So, selalunya saya akan gunakan khidmat car wash automatik ni bila terdesak sahaja. Contohnya macam plan tak terancang nak gi jenjalan hujung minggu ..  kereta mesti nak nampak bersih .. paling tidak jangan nampak macam berdebu sangat.

Bila ada masa, baru basuh kereta sendiri ditemani dengan anak-anak. Tapi itulah .. pelik bin ajaib .. setiap kali basuh kereta .. hujan pasti turun .. huhu...

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. saya tak suka cuci kereta kecuali kereta kecil seperti viva,mini cooper ke atau yang lain-lainnya

    BalasPadam
  2. suka lagi basuh manually. tapi hantar kedailah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement