Hutan Usia 130 Juta Tahun Ini Ada Wifi

Wahh. Menarik betul. Nampaknya sekarang, dalam hutan pun dah ada Wifi. Anda tahu tak bahawa terdapat satu hutan di Malaysia yang anda boleh akses Wifi dengan bergaya, malah anda digalakkan untuk masuk hutan dengan pakaian kasual dan santai? Di hutan yang berusia 130 juta tahun ini, anda boleh update status laman sosial, boleh muat naik gambar serta video tanpa sebarang masalah.

Fashion Forest Awana, di Genting Highland - Hutan yang menjanjikan pengalaman serba berbeza untuk mereka yang mahu meneroka keindahan alam sekitar, flora dan fauna. Anda tidak perlu pakai pakaian khas untuk masuk ke dalam hutan. Di Fashion Forest, anda boleh sahaja masuk ke hutan berusia 130 juta tahun ini dengan berpakaian cantik seolah mahu berkunjung ke pusat membeli-belah.

Fashion Forest - Hutan Berusia 130 Juta Tahun Ada Kemudahan Wifi

Fashion Forest Awana, Genting Highland memberikan anda akses untuk meneroka penuh gaya dengan akses Wifi di dalam hutan dipterokarpa atas (upper dipterocarp) di ketinggian 3,000 meter dari atas laut. Sedikit sebanyak melanggar 'etika' untuk masuk ke dalam hutan ... dan pastinya orang-orang lama akan geleng kepala bila tahu ada hutan yang sebegini, seolah tidak lagi natural.

Ini unik, berbeza dari kebiasaan.

Biasanya, jika meneroka ke dalam hutan; gajet terutama telefon pintar hanya digunakan sebagai kamera untuk merakam gambar atau video. Jika ingin memuat naik ke laman sosial, contohnya Instagram dan Facebook, kena tunggu bila keluar dari hutan.

Boleh Muat Naik Gambar dan Status ke Laman Sosial Bila-Bila Masa

Bagaimanapun, di Fashion Forest, anda tidak akan terputus dengan akses internet, malah boleh memuat naik gambar, video dan status di laman sosial pada bila-bila masa di dalam hutan ini.
Saya difahamkan hutan ini juga menjadi lokasi 'Poke Stop' dan 'Gym' dalam permainan Pokemon Go. Sesuatu yang menggembirakan buat mereka yang masih lagi bermain permainan yang menjadi viral ini.

Mungkin ramai yang tidak tahu fakta ini ...

Dah Wujud Sejak 1997!

Fashion Forest telah dibuka pada tahun 1997. Uhh dah lama wujud rupanya, cuma mungkin tak ramai yang tahu memandangkan lokasinya yang jauhhhh nunn di atas Genting Highlands.

Dengan kemajuan teknologi dan sebagai langkah untuk mempromosi kehidupan alam semulajadi, kemudahan Wifi diwujudkan sebagai akses pengunjung ke dunia luar dengan mudah.
Dengan keterujaan pengunjung saat menemui pokok, buah, serangga dan haiwan dan terus memuat naik ke laman sosial membuatkan pengunjung dapat segera berkongsi rakan. lalu mempopularkan Fashion Forest dengan mudah dan kurangkan kos promosi.

Kerjasama Resort World Genting dan Treks Nature membawa alam semula jadi dengan cara bergaya antara faktor kenapa ia dinamakan 'Fashion Forest'.

Teknologi Bolehkan Pengunjung Belajar dan Faham Mengenai Hutan dan Kehidupannya

Kemudahan Wifi yang disediakan membantu pengunjung melihat lebih banyak, mengetahui lebih lanjut dan menikmati lebih banyak keseronokan secara praktikal melalui gajet dan akses internet. Satu perkara yang menarik ialah, anda tidak akan jumpa papan tanda nama pokok atau tumbuhan di dalam Fashion Forest ini. Semuanya perlu diketahui menerusi kod bar yang boleh diimbas menggunakan aplikasi yang dimuat naik di telefon pintar. Hanya selepas diimbas, nama dan maklumat pokok berkenaan akan tertera.

Aktiviti di Fashion Forest tidak terhad pada waktu siang hari.

Di sebelah malam, penerokaan di sekitar Awana Genting diteruskan dengan aktiviti herping. Herping ialah aktiviti mencari reptilia atau mamalia di dalam hutan pada waktu malam.
Jika anda seorang yang cintakan alam sekitar, dan pada masa yang sama mahu berkongsi keseronokan pengembaraan anda masuk ke dalam hutan, maka bolehlah menuju ke Fashion Forest Awana, Genting Highland untuk satu pengalaman yang berbeza tetapi mengujakan.

Kredit Foto: http://cleffairy.com/family-friendly-eco-adventure-with-treks-in-resorts-world-genting-fashion-forest/


3 comments.. read them below or add one

yang baik yang baik October 06, 2016
Hutan belantara pun ada wifi, macam pula dengan hutan batu yang kadang2 wifi sangkut2 nie..
At-Tarmizi At-Tarmizi October 06, 2016
menarik =) senang nak update blog
Blogger Blogger November 03, 2016
Are you not playing Pokemon Go? Download The Latest Version (Suitable for Android & iOS)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.