Langkau ke kandungan utama

Senarai Harga Minyak Masak Terkini Pelbagai Jenama Mulai November 2016

Harga minyak masak pelbagai jenama akan naik, dengan harga baru mulai 1 November 2016. Pada 26 Oktober 2016, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuki Seri Hamzah Zainudin telah mengumumkan struktur baru harga minyak masak berkuatkuasa 1 November 2016.

Penstrukturan semula minyak masak itu dilakukan berikutan kenaikan harga minyak sawit yang diproses (olein) di pasaran dunia. Pada Januari tahun 2015 harganya adalah RM 2,341 satu tan namun kini ia hampir RM 3,000 satu tan.

Dengan pengumuman tersebut, mulai 1 November 2016 harga jualan bagi minyak masak pek 1 kilogram ditetapkan pada harga RM2.50/kg. Manakala, harga minyak masak di Malaysia dalam botol 1 kg dan keatas akan mengikut harga pasaran.

Senarai Harga Minyak Masak Terkini Pelbagai Jenama Mulai November 2016

Ini satu langkah yang pada saya agak mengejutkan memandangkan KPDNKK akan hanya mengambil alih pengurusan Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (Cooking Oil Stabilization Scheme-COSS) dari Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (KPPK) bermula 1 November 2016.

Harga Baru Minyak Masak Mulai November 2016

  • Paket (1 kg sahaja) - RM 2.50 
  • Botol (1 kg ke atas) - RM 3.70; Botol 2 kg - RM 7.40; Botol 3 kg - RM 11.10; Botol 5 kg - RM 18.50
Pastinya nanti pengguna akan beralih kepada minyak masak paket, dan saya dapat bayangkan bahawa minyak paket akan menjadi susah dan sukar untuk didapati di pasaran.... wallawehhh ....
Uhh belum apa-apa, sudah naikkan harga minyak masak.

Aduh. Pasti ramai yang akan rasa tertekan dengan kenaikan ini...terutama sekali peniaga, dan tentulah sekali usahawan yang menghasilkan produk menggunakan minyak sawit .. uhh banyak weihh produk sebegini... Pisang Goreng ... Mee Goreng .... Roti Canai .. walaupun mereka guna minyak masak paket ... tapi agak-agak berapa banyak yang akan dibenarkan beli?? Nak tak nak .. pasti akan terpaksa beli minyak masak dalam botol yang uhhhh ... mahal harganya tu.

Benarkah Kerajaan Tanggung Subsidi Minyak Masak Tinggi?

Menerusi satu sumber, melaporkan Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani sebelum ini berkata kerajaan terpaksa membayar subsidi bagi 85,000 tan matrik minyak masak sebulan tetapi kajian mendapati rakyat Malaysia secara purata hanya menggunakan kira-kira 40,000 tan minyak masak sebulan.

Hmm ...

Senarai Harga Baru Minyak Masak (Botol) Pelbagai Jenama Mulai 1 November 2016

Sekarang mari kita lihat senarai harga minyak masak pelbagai jenama yang naik mulai 1 November 2016 atas dasar baru kerajaan dan tindakan KPDNKK ini. Senarai ini saya peroleh apabila ia banyak tersebar di media sosial dan aplikasi seperti whatsApp.
Senarai Harga Minyak Masak Botol Pelbagai Jenama November 2016
Dan ini bukti bahawa senarai di atas adalah benar ...
Saya fikir ramai yang akan mengeluh dan risau ... kerana pastinya akan ada efek domino untuk harga produk-produk dan barangan lain.
[Baca] Harga Petrol dan Diesel Naik 15 Sen Mulai November 2016
Saya sendiri mula berfikir bahawa negara sedang menuju ke kancah inflasi dan kemerosotan ekonomi .. nak nak lagi bila dapat tahu premium untuk insurans dan kad kesihatan juga akan naik mulai 1 November 2016.

Haishhh. Semua naik ni.

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. bila harga minyak masak naik, secara automatiknya harga makanan juga akan naik. bila harga makanan naik, harga barang yang lain pun akan naik dan kita rakyat bawahan yang akan terkesan! kadar kenaikan gaji dekat malaysia ni masih kecil kalau nak dibandingkan dengan harga barangan yang naik mendadak!

    http://www.ceritaejoy.com/

    BalasPadam
  2. Perkara ini sudah dijangka dalam blog saya minggu lepas. Boleh baca serba sedikit ulasan d entri tersebut.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital. Pekerjaan doktor dianggap mulia dan banyak menyumbang dalam masyarakat hari ni. Mereka terpaksa belajar lebih kurang 5 hingga 6 tahun untuk mendapatkan ‘title’ doktor tersebut dan kebanyakan mereka dianggap tak da ‘life’ dan sangat ‘nerd’.

Tapi tahukah anda bahawa ada juga dikalangan mereka yang yang sangat handsome dan menarik hingga membuatkan anda hari-hari nak buat check up kat hospital. Jom kita kenali 6 doktor kacak di Malaysia.
6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital 1- Dr Syed Ahmad Murthada

Beliau merupakan model utama untuk jubah furby and sugar dan sangat aktif ke gym.  Walaupun doktor kerjanya sangat sibuk untuk merawat dan melayani pesakit, mereka juga ada kehidupan sendiri. Sibuk-sibuk pun sempat ke Gym tu ... hoho. Jangan cakap doktor tak da life ye. Dan pada saya, memang haruslah seorang doktor menjadi contoh kepada orang lain, nampak sihat, sasa,…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …