Senarai Harga Kereta Proton Terkini 2016 Selepas GST

Senarai Harga Kereta Proton Terkini. Tahun 2016 memperlihatkan Proton memperkenalkan 3 model kereta baharu iaitu Proton Perdana, Proton Persona dan Proton Saga. Masing-masing model kereta Proton ini diberikan sentuhan baru yang lebih mantap. Ia bukan sekadar menukar rupa paras (facelift) tetapi juga teknologi dan perincian dalaman.

Kualiti juga dipertingkatkan dengan perkenalkan beberapa teknologi baru dari segi enjin, kestabilan, serta keselamatan. Ini membuktikan bahawa Proton bekerja keras bagi memastikan ia menjadi antara jenama pembuat kereta terulung .. bukan setakat di Malaysia, Asia Tenggara .. malah dunia amnya.
Pun begitu, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang bersikap skeptikal dengan apa yang ditawarkan oleh Proton. Ini mungkin reputasi lama yang kurang menarik masih lagi membayang pada pemikiran kebanyakan rakyat Malaysia.

Harga Kereta Proton Terkini Setiap Model 2016 Selepas GST

Harga Kereta Proton Terkini Selepas GST
Walaupun Proton telah berjaya meningkatkan kualiti kenderaan dan kereta model keluarannya, harga yang ditawarkan tetap antara yang paling mampu milik oleh rakyat Malaysia. Selaras dengan branding sebagai kereta jenama Nasional, Proton memastikan bahawa setiap kereta yang dihasilkan adalah yang terbaik, berkualiti, bermutu tinggi, berdaya saing tanpa bebankan pengguna dengan harga.
[Baca] 12 Gambar Proton Persona Baru 2016
Antara harga model kereta Proton terbaru yang menarik ialah Proton Saga 2016 dan juga Persona 2016. Masing-masing di dalam segmen tersendiri, dengan harga permulaan dari RM 33,970 (Saga 1.3 MT Solid) dan RM 46,350 (Persona 1.6 Standard MT Solid).
Harga Kereta Proton Terkini Selepas GST

Senarai Harga Kereta Proton Terkini Selepas GST 2016

Berikut adalah harga terkini kereta Proton bagi setiap model terbarunya sehingga 2016. Harga kereta Proton yang dipaparkan adalah harga jualan atas jalan (OTR) selepas GST.


Harga kereta Proton bagi model Saga, Persona, Iriz, Exora, Preve, Suprima S dan Perdana dipaparkan di atas adalah mengikut varian dan ianya selaras di semua pusat jualan kereta Proton seluruh Malaysia.

Dengan senarai harga kereta Proton 2016 ini, bolehlah anda buat perbandingan secara am, selain melakukan kira-kira sendiri seandainya anda bercadang untuk membeli dan mendapatkan kereta Proton terbaru.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Proton Edar

1 comment... add one now

Oyong Ilham Oyong Ilham October 02, 2016
dengan harga segitu .. kapan saya bisa beli mobil proton ni ....:)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.