Langkau ke kandungan utama

GrabCar vs Uber - Mana Lebih Masyuk Sebagai Kerja Sambilan

Mana satu untung - menjadi pemandu GrabCar atau Uber sebagai kerja sambilan/sampingan? Ramai sudah sedia maklum bahawa GrabCar dan juga Uber merupakan dua syarikat perkongsian kenderaan yang semakin popular di Malaysia. Ia bukan sekadar popular sebagai salah satu alternatif pengangkutan awam, tetapi juga sebagai pilihan untuk mencari income sampingan dan sebagai kerja sambilan memproduktivitikan masa.

Kedua-dua servis ini sangat popular dan meraih perhatian dengan cepat di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Malah, saya dapati ada di kalangan pemandu GrabCar dan Uber yang meraih income sampingan hingga 4 angka dalam seminggu. Dan boleh mencapai pendapatan sehingga lima angka (paling tidak RM10,000) dalam sebulan!.

GrabCar vs Uber - Mana Lebih Masyuk Sebagi Kerja Sambilan

GrabCar Uber Mana Lebih Masyuk Kerja Sambilan

Ia bukan satu dongeng... sebab saya sendiri pernah bertanya kepada beberapa orang pemandu GrabCar. Malah, saya ada seorang rakan blogger yang menjadikan kerja sebagai pemandu GrabCar dan Uber sebagai sumber pendapatan uatama atau dengan kata lain, menjadi pemandu sepenuh masa.

Saya tahu ramai di antara anda yang mahu meraih income atau pendapatan lumayan, apatah lagi jika ia dilakukan sebab kerana suka atau minat. Begitu juga dengan kebanyakkan pemandu GrabCar dan Uber. Ada yang melakukannya kerana mahu mengisi masa lapang, dan memang minat memandu ke sana ke mari. Nak jadi pemandu teksi memang tidaklah, sebab perlu ada permint, perlu ada itu dan ini, walhal nak menjadi pemandu GrabCar dan Uber adalah tersangat mudah dan kurang cerewet.

Mari Lihat Mana Lebih Untung?

Jadi persoalannya sekarang, di antara kedua perkhidmatan ini, yang memberikan peluang untuk jana income sampingan .. mana satukah yang lebih menguntungkan, lebih masyuk?

Mari lihat beberapa data dan fakta berikut untuk perbandingan. Maklumat ini saya peroleh dari laman web iMoney yang popular dengan info berkaitan kewangan.

UberX vs GrabCar Economy

Di sini iMoney memaparkan perbandingan kadar tambang dan komisen antara UberX dengan GrabCar Economy:


UberX
GrabCar
Economy
Komisen
25%
20%
Kadar tambang asas
RM0.95
RM1.00
Kadar tambang bagi setiap KM
RM0.60
RM1.10
Kadar tambang bagi setiap minit
RM0.25
RM0.00

Tambang baru adalah untuk:
1) Hari-hari minggu di luar waktu puncak (Isnin-Jumaat): semua jam kecuali 6:00 pagi -10:00 pagi & 5:00 petang - 8:00 petang.
2) Sepanjang hari hujung minggu (Sabtu dan Ahad): 12 pagi - 11:59 pagi

Daripada apa yang boleh anda perhatian menerusi jadual di atas, GrabCar ialah pilihan yang lebih menguntungkan dalam keadaan trafik yang lancar (dalam erti kata lain: bukan waktu puncak) - tanpa mengambil kira kadar tambang bagi setiap minit.

Namun, keadaan trafik yang lancar bukanlah suatu kelaziman di bandar besar seperti Kuala Lumpur, dan sekitarnya. Oleh itu, UberX mungkin platform yang lebih sesuai untuk memperoleh pendapatan yang lebih tinggi apabila anda membawa penumpang dalam keadaan trafik yang sesak dan bergerak perlahan.

Tetapi, baru-baru ini ... terdapat pengumuman daripada pihak GrabCar mengenai tambang baru bermula 10 Oktober 2016 yang memberikan impak kepada komisen bakal dijana ketika waktu puncak. Anda boleh baca mengenainya di sini - Kadar Baru GrabCar Mulai 10 Oktober 2016

Satu lagi perbezaan yang ketara antara kedua-dua platform ini ialah amalan kenaikan harga tambang oleh Uber. Buat anda yang tidak tahu, apabila ramai orang sedang mencuba untuk menempah kenderaan Uber pada masa yang sama, kadar asas tambang Uber akan naik dengan agak ketara. Hal ini menyebabkan kadar tambang naik secara mendadak buat satu-satu destinasi atau perjalanan, lazimnya untuk tempoh beberapa minit.

Pemandu Uber mungkin dapat menjana pendapatan yang lebih tinggi jika membawa penumpang pada waktu puncak, iaitu ketika kenaikan harga tambang biasanya akan berlaku. Namun begitu, harus ingati bahawa Uber mengenakan caj komisen yang lebih tinggi, iaitu sebanyak 25%, berbanding kadar komisen sebanyak 20% sahaja yang dikenakan oleh GrabCar.

Income Luar Waktu Puncak

Ok .. sekarang mari kita lihat pula situasi di mana ia bukan di waktu puncak .. mana lebih masyuk?

Untuk perbandingan ini, sama-sama kita lihat pendapatan yang boleh dijana oleh seorang pemandu UberX dan GrabCar Economy berdasarkan jarak perjalanan dan tempoh perjalanan yang sama.


Jadual di bawah menunjukkan butiran maklumat tentang satu perjalanan antara Pusat Membeli-Belah 1 Utama dan KL Sentral. Jarak perjalanan melalui Lebuhraya LDP dan SPRINT ialah 14.3km.


Waktu bukan puncak dengan trafik lancar - kira-kira 21 minit



UberX
GrabCar Economy
Kadar tambang asas
RM0.95
RM1.00
Kadar tambang bagi setiap KM
14.3km x RM0.60
= RM8.58
14.3km x RM1.30
= RM15.73
Kadar tambang bagi setiap minit
21 mins x RM0.25
= RM5.25
RM0.00
Jumlah pendapatan sebelum komisen
RM0.95 + RM8.58 + RM5.25
= RM14.78
RM1.00 + RM15.73
= RM16.73
Jumlah pendapatan selepas komisen
RM14.78 – 25%
= RM11.09
RM16.73 – 20%
= RM13.38

 

Waktu puncak dengan trafik yang sesak – kira-kira 40 minit



UberX
GrabCar Economy
Kadar tambang asas
RM0.95
RM1.00
Kadar tambang bagi
setiap KM
14.3km x RM0.60
= RM8.58
14.3km x RM1.30
= RM15.73
Kadar tambang bagi
setiap minit
40 minit x RM0.25
= RM10.00
RM0.00
Jumlah pendapatan sebelum komisen
Tanpa kenaikan harga
RM0.95 + RM8.58 + RM10.00
= RM19.53

Dengan kenaikan harga (1.5 kali)
RM19.53 x 1.5
= RM29.30
RM1.00 + RM15.73
= RM16.73
Jumlah pendapatan selepas komisen
Tanpa kenaikan harga
RM19.53 – 25%
= RM14.65

Dengan kenaikan harga (1.5 kali)
RM29.30 – 25%
= RM21.97
RM16.73 – 20%
= RM13.38

GrabCar menawarkan kadar tambang rata yang tidak mengambil kira keadaan kelancaran trafik. Jumlah tambang dipaparkan pada aplikasinya, dan pengiraan di atas hanyalah sebagai panduan sahaja.

Dari pengiraan mudah di atas, ternyata GrabCar merupakan pilihan yang lebih menguntungkan jika anda dapat membuat komitmen untuk memandu pada waktu bukan puncak, iaitu ketika keadaan trafik sedang lancar. Namun, sekiranya anda mempunyai pekerjaan tetap pada waktu pejabat (dari 9 pagi hingga 5 petang), besar kemungkinan anda hanya dapat meluangkan masa untuk memandu pada waktu pagi dan pada waktu puncak di sebelah petang. Ini bermakna, menjadi pemandu Uber adalah lebih masyuk.

Insentif Khas Untuk Pemandu - Lebih Lumayan

Selain dari itu, kedua-dua GrabCar dan Uber ada memberikan bonus dan intensif khas buat pemandu. Bonus dan insentif khas inilah yang menjadikan income seorang pemandu GrabCar dan Uber sangat lumayan. Saya tak dapat nak terangkan dengan banyak, kerana terdapat banyak terma dan syarat untuk dipenuhi bagi kedua-dua Uber dan GrabCar bagi setiap insentif yang disediakan.
[Baca] Cara Nak Buat Duit Dengan Blog
Cara pemberian insentif ini agak rumit, dan anda perlu menyusun strategi dengan teliti tentang masa bekerja anda supaya dapat mengumpul pendapatan yang paling tinggi.
 
Pun begitu, perbezaan yang boleh dilihat dengan jelas ialah UberX memberikan insentif mengikut jam, manakala GrabCar Economy pula mengikut bilangan perjalanan/tugasan.

Pada saya, jika mahu tahu mana satu yang lebih berbaloi, lebih masyuk .. anda sendiri perlu mencuba untuk merasai pengalaman tersebut. Jika diambil kiraan atas kertas mungkin tak berapa nak jelas memandangkan ada kos yang perlu diambil kira seperti duit minyak, dan kadar bayaran tol (jika perlu), selain kos tidak lansung lain seperti penyelenggaraan kereta.

Dan pendapatan daripada menjadi pemandu GrabCar dan Uber juga bergantung pada lokasi operasi anda. Jika setiap masa anda mendapat pelanggan pergi dan balik sesuatu destinasi .. pastilah masyuk .. hatta untuk kedua-dua servis.

Apapun, jika anda mahu terus membuat penilaian dan untuk info teknikal dan statistikal, boleh rujuk pada iMoney -  Kerja Sambilan Uber - GrabCar .. Mana Lebih Lumayan

Saya harap perkongsian serba ringkas ini dapat berikan gambaran bagaimana untuk jana pendapatan menerusi GrabCar dan Uber.

Selain itu, anda seharusnya juga tahu, ada cara lain untuk anda menjana pendapatan menerusi Uber tanpa perlu bawa kereta atau menjadi pemandu Uber. Berminat? Boleh baca info lanjut di sini - Rahsia Uber

Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Emm..mana satu ye yg lebih bail..kalau waktu puncak nampak grabcar lagi elok..

    BalasPadam
  2. Kalau dari segi pengunaan aplikasi, aplikasi grab lagi mesra driver.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …