Dapat Duit Jawab Survey

Saja je nak isi masa lapang. Saya ingatkan ia satu scam, tapi rupanya betul. Alhamdulillah, saya sudah terima bayaran pertama hasil jawab survey menerusi Vase. Ia merupakan portal penyediaan survey bagi region Malaysia dan Singapore. Kalau anda merupakan penduduk di Malaysia dan Singapore, maka bolehlah join Vase ini. Tak nak ke dapat duit jawab survey?

Saya sebenarnya mendapat undangan untuk menjadi antara terawal untuk sertai program ini. Tetapi disebabkan saya agak sibuk menguruskan beberapa perkara, terutama sekali blog-blog saya .. jadi saya abaikan beberapa email menjawab survey yang telah diberikan kepada saya.

Jana Income Sampingan dengan Dapat Duit Jawab Survey Menerusi Program VASE

Rugi betul. Vase rupanya dah semakin ramai yang sertai. Siap ada yang dah mendapat ratusan ringgit hanya dengan menjawab survey selama beberapa minit sahaja. Saya je yang tak ambil hairan ... rugi rugi .. kerja senang kot ... hoho. Jawab survey secara online, dan anda akan dapat duit dan dibayar terus ke akaun bank anda secara automatik.


Jana Income Sampingan dengan Dapat Duit Jawab Survey Menerusi Program VASE
Alhamdulillah, baru-baru ini saya terima beberapa email lagi dari Vase untuk beberapa survey. Ada yang saya sempat jawab, ada yang tidak sempat saya nak jawab ... sebab Vase ini ada tempoh had untuk jawab sesuatu survey tu. Kalau jarang buka email, memang tak dapatlah .. hoho.

Baru-baru ini, saya ada jawab beberapa survey. Tak ingat dah survey tentang apa ... tapi alhamdulillah .. saya berjaya juga jawab sehingga habis. Ada la satu dua survey online. Yang menariknya ialah .. setiap survey yang dihantar akan diberitahu berapa nilai upah, nilai duit yang akan diterima setelah menjawab survey yang diberikan. Kalau rasa tak berbaloi .. tak perlu jawab... dan mereka tak marah .. haha.

Bayaran Setelah Beberapa Minggu

Selepas saya jawab survey tersebut; selang beberapa minggu, saya terima satu email lain memberitahu bahawa duit jawab survey telah dikreditkan ke akaun bank saya ... uhh.

Macam tak percaya. Alhamdulillah, memang Vase bayar apa yang telah saya buat tempoh hari. Taklah banyak, tapi okeylah kan .. untuk kerja mudah jawab survey hanya di depan komputer .. tak perlu nak berpanas berhujan .... pen pun tak perlu ada .. haha.

Bukti Bayaran Dibuat ke Akaun Bank

Bukti di bawah ini tunjukkan bahawa saya dah berjaya dapat duit dengan jawab survey. Kalau anda nak cuba, boleh cuba .. tak perlu bayar apa-apa sebab pendaftaran adalah percuma.
Kalau anda nak sertai Vase, dan mula menjana income sampingan mudah .. dapat duit jawab survey, bolehlah daftar di pautan ini - Daftar Vase

Anda akan diminta untuk isi beberapa butiran mengenai diri anda, tempat tinggal, minat anda, kecenderungan anda, juga maklumat mengenai bank untuk pembayaran, selain beberapa perkara lain supaya dapat match-making dengan survey-survey yang berkaitan.

Setelah itu .. anda akan terima email pengesahan.

Tunggu sahaja email dari Vase untuk survey-survey yang akan berikan anda duit untuk jawab dengan lengkap. Mudah. Senang. Nak tahu cara lain nak buat duit online? Cuba panduan ini - Buat Duit Dengan Blog


2 comments.. read them below or add one

reezluv reezluv October 25, 2016
idak le nak join survey ni dah..dedulu ye le
James Koo James Koo October 27, 2016
i have registered as a participant also :)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.