Borang Permohonan Rumah Kos Rendah Negeri Pahang

Borang Permohonan Rumah Kos Rendah Negeri Pahang. Setiap kerajaan negeri ada beberapa projek perumahan kos rendah dan kos sederhana yang dibangunkan di daerah-daerah tertentu. Seperti mana kerajaan negeri Perak, kerajaan negeri Pahang juga ada menyediakan borang khas untuk memohon membeli rumah kos rendah.

Berikut adalah borang untuk permohonan membeli dan memiliki rumah kos rendah di negeri Pahang. Untuk mereka yang memenuhi syarat dan layak untuk memohon, anda perlu mencetak borang di bawah ini, dan mengisinya dengan lengkap dan betul. Borang permohonan yang telah lengkap perlulah dihantar ke alamat pejabat daerah masing-masing yang boleh anda rujuk di akhir post ini.

Borang Permohonan Rumah Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah Awam/Swasta Negeri Pahang



Sedikit info mengenai permohonan perumahan kos rendah, dan kos sederhana rendah di negeri Pahang.

Apakah rumah kos rendah kerajaan?
Projek perumahan yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri atau oleh Kerajaan Pesekutuan melalui agensi pelaksana yang dilantik dan dijual pada harga RM30,000.00 hingga RM42,000.00.

Apakah rumah kos rendah swasta?
Projek perumahan yang dimajukan oleh pemaju swasta di atas tanah persendirian atau Kerajaan Negeri dan dijual pada harga RM30,000.00 hingga RM42,000.00.

Bagaimana boleh diketahui projek-projek perumahan Kos Rendah/Kos Sederhana Rendah  yang ada di Negeri Pahang?
  1. Menghubungi talian telefon seperti di senarai alamat (di akhir artikel)
  2. Datang ke Kaunter Pertanyaan Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, Kaunter Pertanyaan Bahagian Perumahan di Pusat Tranfomasi Bandar (UTC) Kuantan., atau Kaunter Pertanyaan Pejabat Daerah dan Tanah di Negeri Pahang

Syarat Permohonan

Berikut pula adalah syarat untuk membuat permohonan. Anda perlu pastikan kriteria di bawah ini dipenuhi sebelum membuat sebarang permohonan untuk pembelian dan pemilikan rumah kos rendah, mahupun rumah kos sederhana rendah.
  • Warganegera Malaysia dan rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang;
  • Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan;
  • Telah berkahwin dan berumur 18 tahun ke atas
  • Belum berkahwin tetapi berumur melebihi 35 tahun
  • Tidak mempunyai tanah (syarat tanah: Bangunan) atau rumah atau kedua-duanya sekali yang didaftarkan di atas nama pemohon atau suami/isteri pemohon;
  • Tidak pernah diberikan pemilikan rumah kos rendah (Kerajaan/Swasta) atau kos sederhana rendah;
  • Bukan seorang peserta di bawah Rancangan Pembangunan Tanah atau Rancangan Penempatan Semula yang dianjurkan oleh Kerajaan;
  • Telah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus menerus selama tidak kurang daripada lima (5) tahun dan;
  • Pemohon atau suami/isteri pemohon tidak pernah dibatalkan pendaftaran permohonan sebelum ini kerana didapati memberi keterangan palsu.

Alamat Pejabat Daerah

Setiausaha Bahagian Pegawai Daerah Kuantan
Bahagian Perumahan Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan
Tingkat 1, Wisma Sri Pahang Bangunan Pejabat Daerah Dan Tanah
25503 Kuantan Kuantan,25990 Kuantan
No. Telefon : 09-5164703  Telefon : 09-5712400
No. Faks : 09-5159412 No. Faks: 09-5712500


Pegawai Daerah Pekan Pegawai Daerah Rompin
Pejabat Daerah dan Tanah Pekan Pejabat Daerah dan Tanah Rompin
Jalan Sultan Abu Bakar,26600 Pekan Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Rompin,
Telefon : 09-4211777  26800 Kuala Rompin
No. Faks : 09-4211751 No. Telefon : 09-4145205

No. Faks : 09-4146818
Pegawai Daerah Maran
Pejabat Daerah dan Tanah Maran Pegawai Daerah Temerloh
26500 Maran Pejabat Daerah dan Temerloh
No. Telefon : 09-4771500 Kompleks Pejabat Daerah Dan Tanah
No. Faks : 09-4771858 28000 Temerloh

No. Telefon : 09-2901313
Pegawai Daerah Bera No. Faks : 09-2964963
Pejabat Daerah dan Tanah Bera
Bandar Bera, 28200 Bera Pegawai Daerah Jerantut
No. Telefon : 09-2553109 Pejabat Daerah dan Jerantut
No. Faks : 09-2553444 Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan

27200 Jerantut
Pegawai Daerah Raub No. Telefon : 09-2665511
Pejabat Daerah dan Tanah Raub No. Faks : 09-2665513
Jalan Tengku Abdul Samad
27600 Raub Pegawai Daerah Bentong
No. Telefon : 09-3551963 Pejabat Daerah dan Bentong
No. Faks : 09-3551344 Wisma Sri Bentong

28700 Bentong
Pegawai Daerah Lipis No. Telefon : 09-2201513
Pejabat Daerah dan Tanah Lipis No. Faks : 09-2222044
Bandar Baru Kuala Lipis
27200 Lipis Pegawai Daerah Cameron Highlands
No. Telefon : 09-3121963 Pejabat Daerah dan Cameron Highlands
No. Faks : 09-3123595 39000 Tanah Rata

No. Telefon : 09-4901700

No. Faks : 09-4901707


3 comments.. read them below or add one

renie cenderahati renie cenderahati October 28, 2016
Harap tiada agenda tersembunyi utk permohonan rumah kos rendah tu. Sbb I pernah menpengalaman di mana I mohon rumah kos rendah tapi lepas tu baru tau harga sebenarnya bukan murah sgt sbb terdapat byk kos tersembunyi yg perlu bayar.

Eratu

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.