Masih ramai lagi yang belum jelas tentang Google Adsense, terutama blogger baru dan pemilik-pemilik blog serta laman web di Malaysia. Ramai masih gagal untuk apply Google Adsense disebalik ia merupakan platform pengiklanan online terbesar di dunia, dan dipercayai. Ada yang dah mohon Adsense, tetapi dah berbulan-bulan tidak mendapat sebarang respon daripada pihak Adsense.

Ada pula yang kata, dah mohon Adsense, tetapi iklan tak keluar-keluar di blog dan laman web. Ada pula yang masih keliru mengenai Hosted-Account dengan Full-Account Adsense. Malah, mereka tidak dapat membezakan antara Adsense yang mereka dapat menerusi blogger.com (blogspot) dengan Adsense yang mereka dapat menerusi Youtube.

Saya ingin jelaskan bahawa ada 3 saluran yang diketahui umum untuk buat duit dengan Adsense iaitu menerusi blogger.com, menerusi youtube.com dan juga menerusi one-time application di Adsense.com.

Jenis Blog dan Laman Web Tidak Dibenarkan Menggunakan Google Adsense

Tips Memohon Google Adsense
Kebanyakan cara buat duit online menerusi Adsense ini saya telah ceritakan di dalam blog post lepas-lepas termasuklah juga tips-tips yang berkaitan. Namun, seperti yang saya cakap awal-awal tadi .. walaupun sudah tersedia informasi mengenainya, ada yang tak berapa nak jelas dan kurang pasti mengenai Adsense ini.

Perkara paling penting untuk semua orang tahu, terutama pemilik blog dan laman web ialah, kriteria untuk anda memohon akaun Google Adsense; iaitu berkaitan dengan isi kandungan atau jenis blog dan laman web yang ingin didaftarkan menerusi Adsense.com.

13 Jenis Blog dan Laman Web Tidak Dibenarkan Memohon Adsense

13 Jenis Blog dan Laman Web Tidak Dibenarkan Memohon Adsense
Berikut adalah jenis-jenis blog dan laman web yang tidak dibenarkan untuk memohon Adsense. Dan jika anda telah mempunyai akaun Adsense penuh sekalipun, anda dilarang sama sekali meletakkan kod iklan Adsense di blog dan laman web yang mengandungi kandungan berikut:
  1. Adult content - mengandungi cerita-cerita dewasa atau kandungan yang hanya sesuai untuk pembacaan orang yang dewasa sahaja.
  2. Content that advocates against an individual, group, or organization - blog atau laman web yang mengandungi bahan-bahan yang menyerang, menentang, diskriminasi ke atas individu, kumpulan dan organisasi tertentu.
  3. Copyrighted material - mengandungi dan memaparkan kandungan yang melanggar hak cipta seperti bahan cetak, bahan siaran dan sebagainya - seandai dilaporkan oleh pemilik bahan tersebut.
  4. Recreational drugs and drug-related content - bercerita atau berkongsi informasi mengenai dadah, samada yang boleh digunakan secara sah atau yang ada kaitan dengan dadah.
  5. Alcohol and tobacco-related content - blog dan laman web yang bercerita mengenai alkohol (minuman keras) dan juga produk tembakau.
  6. Healthcare-related content - blog atau laman web yang mempromosikan atau bercerita mengenai penjagaan kesihatan terutama sekali produk yang memerlukan preskripsi doktor dan konsultansi ahli farmasi berdaftar.
  7. Hacking and cracking content - blog atau laman web yang berkongsi info mengenai penggodaman, pencerobohan atau crack produk-produk original.
  8. Sites that offer compensation programs ("pay-to" sites) - blog atau laman web yang paparkan mengenai tawaran dan program pampasan.
  9. Sites that use Google Brand features - blog dan laman web yang menggunakan logo dan jenama Google yang boleh mengelirukan seperti contoh laman web video dengan logo YouTube.
  10. Violent content - yang paparkan kandungan yang berunsurkan keganasan
  11. Weapon-related content - blog dan laman web yang memaparkan kandungan berkaitan persenjataan.
  12. Content that enables dishonest behavior - blog dan laman web yang menawarkan tips, panduan yang salah kepada pembaca seperti cara untuk menyeludup, cara untuk curi password wifi dan sebagainya.
  13. Illegal content - kandungan yang menyalahi undang-undang, termasuklah undang-undang di sesebuah negara di mana laman web atau blog itu ditulis (khas untuk hosting).
Nah .. sekarang anda dah jelas?

Jika blog atau laman web anda mengandungi dan memaparkan kandungan, cerita, informasi dan apa jua seperti yang dinyatakan di atas (termasuklah gambar dan video) maka anda tidak layak untuk memohon Google Adsense menggunakan laman web dan blog tersebut.

Ok, katakan anda memohon menggunakan platform blogger.com (blogspot) dan mendapat Hosted-Account Adsense, iklan di dalam blog anda mungkin tidak akan dipaparkan atau paling teruk anda disenarai-hitam untuk memohon full-account Adsense di masa akan datang.
[Baca] Tips-Tips Berkaitan Adsense Berdasarkan Pengalaman Saya Sendiri

Blog Wajar Aktif Dalam 6 Bulan

Selain daripada jenis blog dan laman web yang perlu menepati terma, syarat dan polisi Adsense; sesebuah laman web atau blog yang mahu mendaftar permohonan juga perlu 'matang' atau dengan kata lain mesti berusia lebih daripada 6 bulan dengan peratus trafik datangnya daripada enjin carian terutama daripada Goole. Ini adalah sebab kenapa ada sesetengah daripada anda perlu memasukkan kod Google Analytics ke dalam bahagian HTML blogspot anda sebelum permohonan Adsense diluluskan.

Secara amnya, laman web dan blog anda mestilah sebuah laman web dan blog yang mesra pengguna terutama pengguna di bawah umur. Ia mestilah Family-Oriented dan Family-Safe blog. 

Tidak Boleh Manipulasi Kata Kunci

Trafik ke blog pula mestilah kerana kata kunci yang tidak menyalahi perkara-perkara yang disebutkan di atas. Katakan anda seorang blogger blogspot dan anda mendapati bahawa sumber katakunci carian yang memberikan trafik ke blog anda ada mengandungi kata kunci yang menyalahi seperti disebutkan di atas, maka kemungkinan besar akaun Adsense akan disenaraihitamkan (banned) atau akaun Adsense anda mungkin akan disekat.

Semoga Pencerahan Ini Jelas Mengenai Permohonan Adsense

Fuuhh ... agak panjang juga saya tulis mengenai Adsense kali ini. Niat saya ialah untuk memberikan pencerahan sebaik mungkin kepada semua terutama rakan-rakan blogger yang sering bertanya .. :
  • Kenapa iklan Adsense tak keluar
  • Kenapa Adsense tak beri maklum balas
  • Kenapa Adsense tidak approved permohonan
  • Kenapa income Adsense sedikit dan disekat
Sebenarnya platform pengiklanan Adsense adalah sebuah platform pengiklanan online yang sangat bagus. Anda boleh kawal iklan yang keluar, dan boleh minta Adsense untuk tidak paparkan jenis-jenis iklan yang kurang sesuai dengan pembaca mereka. Dengan kata lain, anda boleh blocked iklan yang tidak wajar dari dipaparkan.

Jika anda fikir laman web dan blog anda patuh segala syarat, dan tidak langgar apa terma serta polisi Adsense, anda boleh terus memohon menerusi pautan di bawah ini:
[+] Daftar Permohonan untuk Google Adsense (Atas Nasihat HasrulHassan.com)
Semoga permohonan anda berjaya.

Jika anda tidak jelas dan mahukan lebih informasi mengenai cara untuk mendaftar, membuat permohonan dan kriteria untuk lulus permohonan Google Adsense, refer sini - Adsense Support


6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tips yang bagus. Boleh belajar dari tips ni. Jika entri ada unsur-unsur diatas. Eloklah di buang bagi keselamatan akaun adsense kita.

    BalasPadam
  2. Dah mohon banyak kali, tapi tak lepas. Susah juga macam tu.
    Bagi yang nak cuba mohon tak dapat. Cuba berkali-kali. Harap lama-lama dapat.

    BalasPadam
  3. Semua site yang kena banned tu adalah site yang ada potensi untuk dapat trafik yang tinggi :p

    Tapi walaupun trafik tinggi, dari segi etika, ia tak berapa baik juga

    BalasPadam
  4. No 6 itu adalah saya....tgk org laij dpt hasil

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement