Wah wah wah ... pandai betul anak saya si Zikri, umur 8 tahun shopping online. Nak tahu apa yang dibelinya? Dah lama ngidam, sebab tengok ada kawan sekolah pakai kat sekolah, dia pun teringin nak ada benda yang sama iaitu sebuah jam tangan - Smart Watch Android. Harga ... bawah RM50.

Anak saya beli Smart Watch Android ni menggunakan Lazada App yang dimuat-turun secara percuma di Google Play. Sebagai pengguna baru, anak saya dapatlah beli dengan harga diskaun menggunakan kod baucer diskaun. Dia dapat dua kali diskaun, satu sebab diskaun beli gunakan Lazada App, dan satu lagi diskaun sebab beli guna kod baucer.

Beli Smart Watch Menerusi Lazada App

Saya ada beritahu trick ni dalam post lepas-lepas dalam bahagian panduan dan tips shopping. Kalau nak dapatkan diskaun lebih, daftarkan akaun pengguna baru dan gunakan Lazada App ketika nak shopping. Selalunya diskaun yang diberikan menggunakan Lazada App tinggi sedikit ... katakan kalau shopping online di laman web Lazada, kita diberikan diskaun 15% ... tapi bila shopping guna Lazada App, kita akan dapat diskaun 20%.

Seronok betul anak saya dapat beli Smart Watch ni. Saya pun tertarik .. haha. Nak pinjam sekejap dari Zikri, uhhh lansung tak bagi. Terpaksalah diam-diam pakai ... haha.
Ciri paling best guna Smart Watch ini ialah sebab boleh buat dan terima panggilan telefon dari jam. Uhh macam James Bond lak bila guna Smart Watch nak telefon orang ... haha. Pastu Smart Watch ini juga boleh berikan makluman kalau ada mesej masuk, termasuklah dari aplikasi seperti FB Messenger. Bergetar pergelangan tangan dibuatnya .. haha.

Nak Kod Diskaun Baucer?

Sekarang nak dapatkan pelbagai produk best dan murah dah mudah .. beli je di Lazada. Saya selalu sambil baring-baring tu .. window shopping guna Lazada App ni ... memang ralit dibuatnya. Banyak kali juga terpukau dengan tawaran diskaun yang diberikan.

Nak dapatkan lebih diskaun, saya selalu lihat di ShopCoupons. Ni satu lagi laman web best kalau nak dapatkan banyak kod-kod baucer. Bukan sahaja dari Lazada, tetapi dari Zalora, Bonia, Cameralah dan banyak lagi. Korang boleh check-it-out di sini - ShopCoupons

Tak lama lagi ada sale Online Revolution, bermula dari 11 November hingga 12 Disember ... jadi, simpan duit untuk shopping best best secara online. Ada diskaun sehingga 90% disediakan. So tunggu ...
Lazada Malaysia
Use me!
Visit shopcoupons website

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement