Satu lagi toys masuk dalam senarai, kali ini alat permainan yang agak mahal sedikit. Pun begitu, mainan yang agak canggih dan mencabar ini boleh dibeli dengan harga di bawah RM100 di laman web shopping online terutamanya Lazada.

Sky Hero. Sekali main memang asyik ni. Isteri saya yang belikan untuk anak saya yang sulong, Amri; huhuhu .. dan saya pun tak tahu isteri saya beli .. hahaha .. anak saya pun tak tahu .... yang kami semua tahu, isteri saya dah beli mainan seakan drone ni di sebuah kedai di Parit Buntar. Harganya ... kalau tak silap dalam RM150 kot.

Beli Drone HD Kamera Harga Murah

Beli Drone HD Kamera Harga Murah
Drone ini lebih kepada helikopter kontrol ... menggunakan bateri yang boleh dicaj semula. Kalau di Lazada, anda boleh beli dengan harga di bawah RM100 untuk versi yang tanpa kamera HD. Alaaa .. kalau nak letak kamera, leh je beli ... pastu pasang, tak ada masalah.

Mainan benda ni memang ralit. Kalau tak berapa nak mahir, saya syorkan jangan beli yang mahal-mahal ... beli yang murah-murah dulu.

Pernah Miliki Drone Sebelum Ini

Anak saya dah pernah ada drone seperti ini, saiz lebih besar ... kalau tak silap beli di Kuala Lumpur .. di satu tempat yang memang terkenal menjual barangan elektrik dan elektronik. Uhh lupa dah nama tempat tu. Bapa sedara derang yang belikan sebab hadiah harijadi - Amri.
Main tak sampai seminggu .. hilang dari 'radar'. Hahaha.. terbang tinggi-tinggi, lost control lalu dibawa angin. Saya dah buat misi mencari selama 2 hari, namun hampa. Yang tinggal cuma remote control yang masih ada sampai sekarang.

Jadi, bila isteri saya belikan yang baru ... anak-anak memang excited la nak main. Yelah, dah praktis sebelum ini sebelum drone lama hilang ntah kemana. Kali ini, disebabkan belajar dari kesilapan lalu, drone ini masih lagi ada ... elok dalam simpanan.

Huhu .. pengajaran lalu memang bagus untuk anak-anak.

Menakjubkan ialah .. saya tak marah pun anak-anak hilangkan drone awal tu walaupun dibeli dengan harga hampir RM300 ... hmm mungkin sebab bukan duit saya kot .... haha.. Tapi itulah, kadang benda nak jadi, redha je .. ada hikmah selepas ia berlaku, menjadikan anak-anak lebih berhati-hati, menghargai dan paling penting tahu jaga mainan sendiri.


7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. beruntung dan bertuah anak-anak tuan =)

    BalasPadam
  2. slh 1 wishlist nak ada drone 1 hari nnti

    BalasPadam
  3. tengok macam susah jah orang nak terbangkan drone ni...siap ada kursus untuk terbangkan drone..

    BalasPadam
  4. wah bang hh dah de..boleh la amik gmbr dari atas

    BalasPadam
  5. kalau DJI Phantom yang hilang, mau nagsi tak berlagu ayahnya hehe.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement