Aplikasi MyBazar Untuk Usahawan IKS Jual Online Secara Global

Semasa saya bercuti bersama keluarga di Cameron Highlands, Pahang .. saya berkesempatan untuk memeriahkan satu karnival yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Cameron Highlands. Kalau tak silap saya ... ia merupakan Karnival Kebudayaan Pahang 2016.

Ada beberapa program menarik, dan salah satunya ialah mengumpulkan usahawan mempromosikan produk-produk mereka, selain daripada beberapa badan korporat dan agensi luar. Saya sempat bertemu beberapa usahawan di karnival tersebut ... antaranya adik dramatis terkenal Fizz Fairuz yang mempromosikan produk Kangen Water.

Aplikasi MyBazar Untuk Usahawan IKS Jual Online Secara Percuma

Saya nak kongsi satu benda menarik. Saya ketemui produk ini di Karnival Kebudayaan Pahang di Cameron Highlands. Produk yang saya maksudkan ialah satu aplikasi online yang dinamakan MyBazar.
Aplikasi MyBazar Untuk Usahawan IKS Jual Online
MyBazar adalah satu aplikasi yang membolehkan para peniaga dan usahawan terutamanya dari Industri Kecil Sederhana untuk berniaga dan berjual beli secara online dengan percuma. Tiada caj. Tiada yuran. Hanya muat naik info mengenai produk, dan berniaga secara online dengan segala kemudahan diberikan percuma.

Aplikasi ini masih lagi baru, malah menurut Tuan Mohd Hasnol (Deputy CEO MyBazar Malaysia) yang saya temui di karnival ini mengatakan ....
  • MyBazar ditubuhkan pada tahun 2015 dan berpengkalan di UAE.
  • Idea asalnya adalah dari pasangan suami isteri bukan warganegara yang pernah berada di Malaysia. 
  • Tercetus apabila melihat produk Malaysia boleh dipasarkan ke peringkat antarabangsa terutama dalam sektor produk Halal.
  • Ia merupakan aplikasi khusus untuk IKS berkembang.

Di Malaysia, terdapat lebih 92% syarikat berdaftar adalah dari IKS (SME), dan hanya 30% sahaja dari jumlah tersebut yang menjual atau mempunyai platform berurus-niaga secara online.

Muat Turun Aplikasi di Google dan Apple

Anda boleh lihat banyak produk yang kini telah dimuat-naik di MyBazar dengan muat turun aplikasi ini secara percuma di Google Play dan App Store - hanya perlu search MyBazar dan anda sudah boleh temuinya dengan mudah.

Dan sebagai alternatif, anda boleh check-it-out produk-produk IKS yang telah berdaftar menerusi laman sosial Facebook - MyBazar.

Setakat ini, sokongan terhadap aplikasi ini telah diberikan oleh beberapa IPT tempatan bagi membantu dan membolehkan lebih ramai usahawan IKS terutama di kawasan luar bandar untuk memperoleh capaian menjual produk mereka ke peringkat antarabangsa. Antara IPT yang terlibat ialah MMU, UiTM, Unisel serta Sunway University.

Jika anda seorang usahawan IKS, rebut peluang ini untuk paparkan, muat-naik, dan jual produk anda secara percuma menerusi MyBazar. Untuk keterangan lanjut boleh lihat di portal MyBazar.

Saya tak sempat nak sembang panjang dengan Tuan Mohd Hasnol sebab terpaksa check-in hotel di Equatorial Hill Resort Private Apartment, Cameron Highlands; kalau tak mungkin saya boleh tulis lebih info dan tatacara untuk daftar bagi bantu rakan IKS yang berminat dengan aplikasi MyBazar ini.

Saya dah pun minta Tuan Mohd Hasnol untuk hubungi saya .. tapi nampaknya tak ada apa-apa lagi sehingga blog post ini ditulis. :)


1 comment... add one now

Jie Susanos Jie Susanos October 25, 2016
aplikasi mnarik..

boleh promosi produk2 kita..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.