55 Fakta Menarik Tentang Google Anda Patut Sedari

55 Fakta Menarik Tentang Google Anda Patut Sedari. Tentu ramai yang tidak tahu bahawa Google adalah merupakan tempat kerja paling best di dunia. Ini merupakan fakta hasil dari beberapa kaji selidik. Kalau anda ada tengok movie 'The Internship', anda mungkin dapat sedikit sebanyak idea kenapa bekerja di Google sangat-sangat disukai oleh ramai orang terutama sekali yang pakar dalam bidang komputer dan IT.

Dalam blog post ini, saya suka nak kongsikan kepada anda lebih 50 fakta mengenai Google yang baru saya tahu. Jika anda seorang pengguna Google, maka mungkin fakta-fakta berikut boleh dijadikan sebagai rujukan dan panduan untuk pengetahuan am. Biar jadi pengguna yang tahu apa yang digunakan .. ye tak?

55 Fakta Menarik Mengenai Google Ramai Tidak Tahu

55 Fakta Menarik Mengenai Google Ramai Tidak Tahu
Setiap tahun, syarikat Google menerima permohonan kerja atau resume dari seluruh dunia hampir 2.5 juta. Bukan setakat gaji yang lumayan, selain persekitaran tempat kerja yang sangat best, tetapi kerana memang setiap tahun pihak Google akan mengambil pekerja dari serata dunia. Bayangkan bahawa syarikat ini telah menambah bilangan pekerjanya dari 16,805 pada tahun 2007 ke 61,814 pada tahun 2015.

Google Pentingkan Kebajikan Pekerjanya Serata Dunia

Google antara syarikat di dunia yang berikan banyak manfaat kepada pekerjanya termasuklah insurans perjalanan, kredit untuk pergi ke spa urutan, kemudahan gimnasium dan juga kursus untuk kecergasan. Malah, ada kemudahan cuti sehingga 3 bulan diberikan kepada staff mereka - tanpa gaji.
The name Google is derived from a game called googol meaning the number represented by numeral one and then followed by some 100 zeros. The concept was developed by two gentlemen Larry and Sergey in their mission to organize unlimited amount of information on the web. These two gentlemen went ahead to register Google.com on September 15, 1997.
Sehingga kini, laman web Google boleh dilayari dalam 90 jenis bahasa berbeza, hatta hakikatnya ada bahagian dalam pengalihan bahasa tersebut tidak nampak sempurna atau pelik apabila diterjemah.

Crome Paling Popular

Manakala Google Crome menjadi antara pelayar internet terbaik dan paling disukai ramai. Data menunjukkan sehingga Jun 2015, Crome menjadi pilihan ramai pengguna internet dibandingkan dengan Firefox, Safari dan Internet Explorer.

Gmail pula antara pelayan email paling popular digunakan, termasuk pada peranti mudah alih. Dan satu fakta paling menarik mengenai Gmail ialah, logo pelayan email ini dihasilkan hanya pada malam sebelum majlis rasmi pelancaran Gmail.

Tujuh Negara 'Haramkan' Google

Satu lagi fakta menarik yang ingin saya kongsikan kepada anda mengenai Google ialah ... ada tujuh buah negara di dunia yang memberikan akses terhad pada Google, iaitu negara China, Crimea, Cuba, Iran, Korea Utara, Sudan dan Syria.

Google Dimiliki oleh Alphabet Inc

Dan saya pasti ramai yang tidak tahu bahawa Google kini adalah sebuah anak syarikat yang dimiliki oleh syarikat konglomerat besar Amerika iaitu Alphabet Inc, (mulai Oktober 2015) yang diasaskan oleh Larry Page dan Sergey Brin yang juga pengasas kepada Google.

Ada banyak lagi fakta menarik yang boleh saya tuliskan kepada anda ... tapi saya malas nak tulis, elok sahaja anda lihat pada infografik yang telah dikongsikan kepada saya oleh Collin McLeod dari Potential Asia.

Interesting facts you may not know about Google
Made by: BargainFox


2 comments.. read them below or add one

yang baik yang baik October 05, 2016
banyak betul fakta mengenai google ni.
mnemang betul ramai yang tak tahu, termasuk juga YB... sebab tak nak ambil tahu. hehehe
reezluv reezluv October 05, 2016
memang power, nama pun gugel..tak gitu..ehehee

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.