Ini rutin saya sebagai blogger dan house husband, mesti check trafik dan jumlah keseluruhan pageview blog setiap akhir bulan. Saya perlu buat agar memastikan blog saya terus kekal mantap dengan trafik yang baik dan berkualiti, terutama sekali dari enjin carian seperti Google. Bukan mudah nak dilakukan, namun ... ia adalah satu tugas yang perlu saya buat.

Trafik blog adalah nadi hidup sebuah blog, dan juga sumber pendapatan seorang blogger sepenuh masa seperti saya. Menerusi trafik blog, saya bukan sahaja akan peroleh peluang untuk perkenalkan jenama blog saya, malah membolehkan saya peroleh rezeki daripadanya.

Trafik Blog Untuk Bulan Ogos 2016

Trafik Blog Untuk Bulan Ogos 2016
Bila ada trafik blog yang baik, barulah saya tanpa segan boleh offer servis untuk pengiklanan eksklusif di blog ini, selain daripada gunakan platform pengiklanan sedia ada seperti Adsense, H12, PopAds, RevenueHits. Dengan adanya trafik blog yang baik juga, saya boleh promosikan produk-produk bisnes online tanpa modal yang saya ceburi iaitu affiliate. Ada beberapa peluang buat duit online dengan affiliate ini, dan ada di antaranya boleh berikan income menerusi komisen sehingga 4 angka dalam masa seminggu - dua minggu.

Daripada paparan yang saya munculkan di awal blog post ini, anda boleh lihat sendiri statistik trafik blog ini untuk bulan Ogos 2016. Agak menurun sebenarnya kalau nak dibandingkan tempoh yang sama pada tahun 2015. Anda boleh rujuk sendiri trafik blog ini pada tahun 2015 dan 2016 di ruangan ini - Statistik Blog Untuk Rujukan Pengiklanan

Apapun, saya tetap rasa bersyukur kerana masih lagi dapat istiqomah untuk teruskan perjuangan saya dalam dunia blog Malaysia. Walaupun trafik blog sedikit menurun untuk bulan Ogos 2016, saya puas hati kerana rata-rata trafik yang hadir ke blog ini adalah dari pembaca-pembaca dan pengunjung yang setia .. yang kadangkala cerita di dalam blog ini boleh memualkan mereka .. huhuhu...

Terima kasih semua atas support. Nak berikan lebih support pada saya tak?

Jangan lupa untuk ikuti Google Profile saya yang BAHARU di mana saya telah sediakan ruangan koleksi untuk beberapa kategori blog post saya termasuklah tips blogging.

Sudikan diri untuk follow di sini - https://plus.google.com/+HasrulHassanBlog


Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement