Langkau ke kandungan utama

Toyota Eco Youth Lahirkan Idea Muda, Berani dan Kreatif Menyintai Alam Sekitar

Toyota Eco Youth (#TEY) Lahirkan Idea Muda Menyintai Alam Sekitar. Saya memang tabik dengan apa yang telah dilakukan oleh pihak UMW Toyota Sdn Bhd, nyata pengeluar kereta terkenal dunia ini telah memberikan sumbangan yang bukan sedikit untuk kesejahteraan alam sekitar. Menerusi 'The Toyota Eco Youth Challenge', UMW Toyota Motor telah menyediakan platform terbaik untuk sekolah, guru dan tentunya pelajar menerokai kreativiti minda untuk menyintai alam sekitar.

Cabaran dalam Toyota Eco Youth (#TEY) ini telahpun berakhir pada 29 September 2016 di Concorde Hotel Shah Alam dengan menampilkan sebanyak 14 penyertaan daripada sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Tema untuk tahun 2016 ialah Pengurusan Pepejal.

Toyota Eco Youth (#TEY) Lahirkan Idea Muda Menyintai Alam Sekitar

Toyota Eco Youth (#TEY) Lahirkan Idea Muda Menyintai Alam Sekitar
Saya sebagai salah seorang yang pernah terlibat dalam beberapa projek kecil Pengurusan Pepejal semasa menjadi penyelidik di USM melihatkan usaha menerusi TEY ini sangat-sangat bermanfaat. Apatah lagi ia satu program untuk menggalakkan para pelajar mengambil tanggungjawab terhadap permasalahan pengurusan sisa pepejal di dalam komuniti mereka.

TEY Platform Terbaik Menanam Rasa Cinta Alam Sekitar Dari Peringkat Sekolah Menengah

Majlis penutupan TEY dan penyampaian hadiah kepada para pemenang cabaran telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah (Kanan) Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan, Roslina Mohd Roslin. Ia turut dihadiri oleh Encik Akio Takeyama, Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor dan juga Datuk Ismet Suki, Presiden UMW Toyota Motor.
Menurut Datuk Ismet Suki, UMW Toyota Motor telah mengaplikasikan segala praktik terbaik agar memastikan bahawa operasi Toyota memberikan impak yang sedikit kepada alam sekitar. Dengan adanya TEY, golongan belia khususnya pelajar sekolah menengah dapat menanam rasa cinta kepada alam sekitar dengan lebih mendalam. Golongan ini ada pemikiran yang dinamik, kreatif, berani dan paling penting sentiasa terbuka dengan idea dan konsep.

TEY bukan sahaja membolehkan pelajar-pelajar ini merealisasikan idea cintai alam sekitar, malah mereka dapat belajar untuk berfikir di luar kotak, bekerjasama dan mencari penyelesaian untuk sesuatu masalah.

Pengurusan pepejal sememangnya menjadi isu sejak dari dahulu lagi. Dan apa yang dilakukan oleh pihak UMW Toyota ini seharusnya diambil peluang oleh lebih banyak pelajar dan sekolah serta guru di Malaysia.

Info Berkaitan Toyota Eco Youth (TEY)

Toyota Eco Youth adalah salah satu daripada program CSR UMW Toyota yang diadakan saban tahun. Ia melibatkan penglibatan pada peringkat komuniti termasuk majlis perbandaran tempatan, agensi kerajaan, ketua-ketua komuniti, selain daripada orang ramai dan syarikat persendirian.

Sehingga ke saat ini, program ini telah memberikan impak positif kepada lebih 1,500 pelajar dan guru dari 209 buah sekolah di Malaysia. Dan pada tahun ini, TEY menyediakan hadiah berupa wang tunai sebanyak RM10,000 untuk sekolah yang berjaya menghasilkan idea dan kreativiti untuk pengurusan sisa pepejal,

Ganjaran Wang Tunai Untuk Peserta TEY

Manakala di tempat kedua dan ketiga, masing-masing akan diberikan ganjaran hadiah wang tunai sebanyak RM7,000 dan RM5,000. Selain itu, TEY juga menyediakan hadiah untuk Persembahan Terbaik, Pameran Terbaik, dan Blog Terbaik. Malah guru yang membimbing juga diberikan ganjaran untuk program ini.

Dan untuk TEY 2016, penyertaan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Kenari, Kulim, Kedah telah dinobatkan sebagai juara, sekali gus membawa pulang wang tunai RM 10,000. Manakala, tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh SMK Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak, Jerantut, Pahang dan SMK Putrajaya Presint 16 (1).
Toyota Eco Youth Lahirkan Idea Muda, Berani dan Kreatif Menyintai Alam Sekitar
Toyota Eco Youth Lahirkan Idea Muda, Berani dan Kreatif Menyintai Alam Sekitar
Toyota Eco Youth Lahirkan Idea Muda, Berani dan Kreatif Menyintai Alam Sekitar
Toyota Eco Youth Lahirkan Idea Muda, Berani dan Kreatif Menyintai Alam Sekitar
Toyota Eco Youth Lahirkan Idea Muda, Berani dan Kreatif Menyintai Alam Sekitar
Toyota Eco Youth Lahirkan Idea Muda, Berani dan Kreatif Menyintai Alam Sekitar
Toyota Eco Youth Lahirkan Idea Muda, Berani dan Kreatif Menyintai Alam Sekitar
Syabas buat sekolah-sekolah dan mereka yang telah berjaya dan menerima hadiah. Dan tahniah juga kepada mereka yang telah terlibat di dalam Toyota Eco Youth (TEY) 2016. Moga usaha ini akan memberikan kesan dan impak positif serta lebih besar di masa akan datang.

Foto Sekitar Majlis Penutupan TEY 2016

Saya kongsikan sedikit beberapa gambar para pemenang dalam cabaran Toyota Eco Youth 2016 ini ..
Tahun depan harapnya lebih banyak akan ambil bahagian, supaya lebih banyak idea hebat untuk kesejahteraan alam sekitar dapat diketengahkan.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Bagus buat program macam ni. Boleh bagi kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …