Langkau ke kandungan utama

Teddy Bear Buatan Sendiri Di Rumah (Homemade)

Cara Nak Buat Teddy Bear Buatan Sendiri Di Rumah (Homemade). Seronok betul si Maira, anak bongsu saya sebab dapat banyak Teddy Bear. Bukan Teddy Bear dibeli di pasaraya atau kedai mainan, tetapi Teddy Bear yang dibuat sendiri di rumah (homemade). Bukan satu atau dua Teddy Bear yang berjaya dihasilkan, tetapi banyak .... mana Maira tak berasa syok.

Ini semua gara-gara satu video yang muncul di Facebook, tunjukkan cara-cara nak buat Teddy Bear buatan sendiri di rumah. Hanya dengan menggunakan sehelai tuala, gelang getah dan ribon, dah boleh dapat seekor Teddy Bear yang comel. Nak lagi cantik, dan nampak lagi best .. gunakan tuala kecil yang gebu, atau tuala kecil yang berbenang kasar tapi lembut.

Teddy Bear Buatan Sendiri Di Rumah (Homemade)

Teddy Bear Buatan Sendiri Di Rumah (Homemade)
Kos nak hasilkan Teddy Bear buatan sendiri ni tak mahal. Harga sehelai tuala kecil, yang baik kualitinya adalah dalam RM5-RM10. Malah, kalau di rumah sudah ada banyak tuala ... boleh je terus digunakan. Jadi, jimatlah ... tak perlu nak beli di kedai. Lepas tu, kalau anak dah tak mahu main Teddy Bear tu, boleh digunakan semula dan kembalikan ia ke bentuk asal.

Jika beli patung mainan Teddy Bear di kedai, kemungkinan kosnya lebih ... maunya menjangkau sehingga RM15-RM30 seekor ... dah la tu, lepas tak main .. terbiar begitu sahaja ... jadi 'tokong' pula dalam rumah... huhuhuhu.
Cara Hasilkan Teddy Bear Buatan Sendiri Di Rumah (Homemade)

Video Cara Hasilkan Teddy Bear Sendiri (Homemade)

Kalau anda minat nak buat patung Teddy Bear sendiri, boleh refer pada video di bawah ini. Alaa .. senang je. Isteri saya cuma ambil masa kurang seminit je nak buat dan hasilkan Teddy Bear homemade ini untuk Maira.


Mudah je kan? Jadilah buat main-main anak-anak kecil .... dah boleh juga dijadikan pengelap tangan .. atau mulut anak-anak. Nak basuh pun senang, cuma buka balik ribbon dan getah ...

Cubalah .. anak-anak pasti suka. Saya sendiri pun kagum ...

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. memang simple. Boleh gubah untuk hantaran perkahwinan ni.

    BalasPadam
  2. memang kagumlah... boleh buat sendiri. Nak cuba juga buat sendiri teddy bear... yang besar punya !

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah yang besar tuh nak pakai apa eh...towel besar la yek... haha.

      Padam
    2. Kalau besar pakai tuala besar la .. saiz bear adalah stgh daripada saiz satu tuala .. :)

      Padam
  3. wah ...pintar ya buatnya ,... bolehlah ajarkan sedikit kpada saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikut sahaja video yang disediakan. Mudah.

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.