Tabung Bantuan Kewangan Untuk Pesakit Kanser Payudara - PRIDE Patient Fund

Tabung Bantuan Kewangan Untuk Pesakit Kanser Payudara Malaysia

Tabung Bantuan Kewangan Untuk Pesakit dan Bekas Pesakit Kanser Payudara. Kanser Payudara adalah antara 'pembunuh' nombor satu di kalangan wanita Malaysia. Dulu, Kanser Payudara lebih nampak tertumpu pada golongan wanita yang sudah berkahwin dan melebihi usia 40 tahun, tetapi sekarang tidak lagi.

Kanser Payudara menjadi antara ingauan ngeri setiap wanita di Malaysia, terutama sekali mereka yang ada sejarah dalam keluarga yang mengidapinya. Ia kini boleh dihidapi oleh mana-mana wanita tidak mengira umur, latar belakang dan salasilah sejarah keluarga.

Tabung Bantuan Kewangan Untuk Pesakit Kanser Payudara Malaysia

PRIDE - Tabung Bantuan Kewangan Untuk Pesakit Kanser Payudara Malaysia
Menurut Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia (NCR) 2007, statistik menunjukkan Kanser Payudara merupakan kanser yang paling kerap ditemui di kalangan wanita, terutama di Malaysia. Ia juga antara penyumbang kematian di kalangan wanita di Malaysia. Namun begitu, seorang pesakit Kanser Payudara boleh diselamatkan jika menerima rawatan awal

Dahulu, mereka yang disahkan menghidap kanser ibarat berdepan hukuman maut kerana peluang untuk penyakit terbabit sembuh sangat tipis dan ada yang tidak mampu diubati. Namun, kemajuan teknologi dalam bidang perubatan mengubah tanggapan negatif itu dan semakin ramai pesakit kanser dapat dipulihkan, malah kadar peluang untuk mereka terus hidup masih tinggi.

Rawatan Ada, Tapi Kosnya Bukan Murah

Kini, kanser bukan lagi penyakit yang menakutkan sebaliknya kos bagi membiayai rawatan penyakit terbabit yang menghantui hidup pesakit kanser. Ini kerana, tanggungan kewangan untuk rawatan kanser turut meningkat dan semakin membebankan terutama kepada pesakit berpendapatan rendah dan apabila tahap kanser tersebut sudah lanjut ke peringkat akhir.

Realitinya, ramai pesakit Kanser terpaksa bergolok-bergadai untuk menampung kos rawatan termasuk pembedahan dan ubatan. Bukan sedikit. malah ada yang terpaksa mengikat perut asalkan penyakit dapat diubati, di samping menebalkan muka meminjam wang atau memohon sumbangan orang ramai.

Tamat Riwayat Sendiri Kerana Tidak Tertanggung Beban Kewangan

Lebih memburukkan keadaan, ada pesakit kanser mengambil jalan mudah menamatkan riwayat sendiri kerana tidak tertanggung berdepan masalah kewangan. Menurut kajian terbaru kos dalam onkologi di negara Asia Tenggara (ACTION) yang dijalankan oleh The George Institute for Global Health, kira-kira 75 peratus pesakit kanser berdepan maut atau ancaman bencana kewangan dalam jangka waktu setahun selepas didiagnosis.

Yayasan Pride (Pride Foundation) Sedia Bantu Pesakit Kanser Masalah Kewangan

Alhamdulillah, saya telah dihubungi oleh pihak Yayasan Pride atau Pride Foundation yang mungkin dapat membantu dari segi kewangan khusus untuk membantu pesakit kanser, dan juga untuk bekas pesakit kanser yang mungkin memerlukan.

PRIDE Foundation, adalah satu badan kebajikan NGO bagi Kanser Payudara di Malaysia. Menerusi Pride, mereka yang hadapi masalah kekangan kewangan boleh mendapatkan bantuan menerusi tabung Yayasan Pride yang disediakan.

Secara umumnya, Yayasan PRIDE merupakan sebuah pertubuhan amal yang bermatlamat meningkatkan tahap kesedaran terhadap Kanser Payudara. PRIDE (singkatan bagi "Pink Ribbon Deeds") telah ditubuhkan pada 24 Mei 2006. Tujuan utama Pride selain meningkatkan kesedaran adalah juga bertujuan untuk membantu pesakit dan bekas pesakit Kanser Payudara dalam menampung perbelanjaan harian mereka menjalani rawatan yang memerlukan belanja tinggi.

Tabung Bantuan Kewangan Pesakit Kanser Payudara PRIDE (PPF)

Seandainya anda merupakan pesakit Kanser Payudara, atau mungkin kenal dengan sesiapa sahaja yang bermasalah dari segi kos rawatan untuk Kanser Payudara, silalah dapatkan khidmat nasihat dan juga membuat permohonan untuk bantuan ini. Borang permohonan untuk Tabung Bantuan Kewangan Pesakit Kanser Payudara boleh dimuat-turun di pautan di bawah ini:
[Klik] PRIDE Patient Fund - Kanser Payudara
In Sha Allah, Yayasan PRIDE akan membantu anda, dan mereka amat komited untuk memastikan masalah kewangan pesakit Kanser Payudara dapat diselesaikan melalui Tabung Pesakit PRIDE (PPF) ini.
PRIDE Foundation (734972-V)
23, Lorong Tanjung 5/4D, Off Jalan Gasing, 46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
T +603 7960 0366
F +603 7960 1366
Laman web - http://pride.org.my/
Saya sebagai blogger sekadar mewarkan setakat yang termampu, dan saya juga berharap anda juga boleh lakukan perkara yang sama.


COMMENTS

BLOGGER: 3
Loading...
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,117,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,365,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,290,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,45,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,50,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,623,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,578,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,10,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,32,Kekeluargaan,81,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,81,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,47,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,57,Lifestyle,275,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,335,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,654,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,54,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,486,Semesti,2,SENI,3,Shopping,109,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,173,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,93,Tips Blogging,311,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,85,Tips Dapur,51,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,127,Video Best,34,widget blog,29,WIDGET PILIHAN,71,wordless wednesday,105,Work From Home,13,
ltr
item
Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM™: Tabung Bantuan Kewangan Untuk Pesakit Kanser Payudara - PRIDE Patient Fund
Tabung Bantuan Kewangan Untuk Pesakit Kanser Payudara - PRIDE Patient Fund
Tabung Bantuan Kewangan Untuk Pesakit Kanser Payudara Malaysia
https://1.bp.blogspot.com/-cKjpWur9JWk/V-avD6_ADGI/AAAAAAAAT7g/H1AwdbuWDkUdOnhHkUsgBtoM14gCTZGEACLcB/s1600/tabung-bantuan-pesakit-kanser-payudara-PRIDE.png
https://1.bp.blogspot.com/-cKjpWur9JWk/V-avD6_ADGI/AAAAAAAAT7g/H1AwdbuWDkUdOnhHkUsgBtoM14gCTZGEACLcB/s72-c/tabung-bantuan-pesakit-kanser-payudara-PRIDE.png
Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2016/09/tabung-bantuan-kewangan-pesakit-kanser.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2016/09/tabung-bantuan-kewangan-pesakit-kanser.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy