Anak Saya Beli Smart Watch di Lazada

Uhh ... amboi-amboi anak saya ni .. dah pandai dah shopping online di Lazada Malaysia. Anda nak tahu tak? Anak saya yang berusia 8 tahun sudah pandai beli sebuah Smart Watch dari Lazada Malaysia. Mentang-mentang aplikasi Lazada sudah ada di telefon pintar miliknya (bekas milik saya tu) .. dah pandai window shopping layan mata sebelum dia ambil keputusan untuk beli sebuah jam tangan pintar jenama yang tidak diketahui.

Ehem ... ok ok .. sebenarnya saya yang tolong anak saya belikan sebuah smart watch dari aplikasi Lazada. Ini semua gara-gara pengaruh kawannya yang telah memakai jam tersebut di sekolah. Dan biasalah, bila dah tengok pelbagai fungsi canggih yang ada pada smart watch .. anak saya yang baru darjah dua tu pun bodeklah bapak dia yang ensem ini .. haha.

Shopping Online Beli Smart Watch di Lazada

Shopping Online Beli Smart Watch di Lazada
Nasib baiklah semasa anak saya minta jam tersebut, ada jualan (sale) di Lazada sempena Kemerdekaan Malaysia. Lepas tu, ada pula baucer diskaun .. jadi, saya gunakan kesempatan tawaran yang ada untuk beli smart watch tersebut dengan potongan harga yang diberikan.

Anak saya pun pilih jam yang paling murah sebab dia tahu .. bapak dia yang ensem ini bukannya orang kaya raya yang boleh cop duit sesuka hati. Jadi, dia pilih yang paling murah .. dan sudah ada diskaun sempena Unity Sale. Gunakan baucer yang ada untuk pelanggan baru, saya dapatkan lagi lebih banyak diskaun atas nama anak saya.
[Baca] PayLesser - Laman Sediakan Baucer Diskaun Untuk Beli Belah Online
Alhamdulillah, barang dari Lazada selamat sampai, malah saya memilih untuk membayar secara online dengan Maybank2u lagi.
Shopping Online Beli Smart Watch di Lazada
Shopping Online Beli Smart Watch di Lazada
Anak saya suka, dan mula explore apa fungsi menarik yang ada pada smart watch yang telah dibeli secara online di Lazada. Paling dia kagum ialah keupayaan jamnya untuk terima panggilan telefon dan buat panggilan telefon, selain mendengar muzik dan guna fungsi alarm.
[Baca] Cara Dapatkan Kod Baucer Diskaun Khas Lazada Setiap Hari
Sejak dari itu, anak saya ni nampak lebih peka mengenai masa kerana jam tangan pintarnya sentiasa dipakai sepanjang masa .... hatta ketika mandi, tidur dan semasa tunaikan sholat.

Cuma satu je, anak saya ni agak culas nak cas bateri telefon pintar .. terpaksalah saya yang lakukan dari semasa ke semasa .. huhuhu...

Kalau korang nak beli, boleh beli Smart Watch di Lazada Malaysia dari serendah RM30 sahaja. Pastikan anda baca dulu penerangan produk, dan lihat apa yang ditawarkan ye. Untuk tips beli belah online di Lazada, boleh baca post ini - Tips Beli Belah Online Guna Aplikasi Lazada

Oh ya, jangan lupa untuk sediakan bajet shopping online sempena #MyCyberSale2016 ye. Lazada Malaysia juga ada buat jualan ... dan ada baucer diskaun diberikan. Boleh lihat di sini - MyCyberSale2016

4 comments.. read them below or add one

Pak Teh Pak Teh September 26, 2016
wah ... nampak hebat. Kalau jam tu ada GPS , boleh trace di mana anak kita berada.
yang baik yang baik September 26, 2016
bukan sahaja jam yang pintar, anak tuan juga pintar ... hehehe
haiza haron haiza haron September 26, 2016
Gaya dah macam jam samsung kan... betulla, kalau ada GPS bagus tuh.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.