Al fatihah. Mendengar berita akan pemergian Datuk Dr. Haron Din adalah satu kejutan buat rakyat Malaysia. Nama belian bukan asing, malah sangat sinonim dengan dakwah serta bidang perubatan alternatif (Islamik) di Malaysia. Saya mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga beliau, termasuklah sanak saudara dan rakan taulan terdekat Datuk Dr. Haron Din.

Secara peribadi, banyak percakapan Datuk Dr. Haron Din pernah menjadi panduan pada diri saya. Saya sangat memandang tinggi ilmu pengetahuan yang ada pada beliau, terutama mengenai perubatan Islam. Salah satu legasi beliau yang diingati ialah penubuhan Persatuan Perubatan , Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia atau dikenali sebagai Darussyifa'.

Siapa Datuk Dr Haron Din?

Siapa Datuk Dr Haron Din?
Datuk Dr. Haron Din meninggal dunia pada 10.10 pagi (waktu Malaysia) pada usia 76 tahun di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat. Beliau diberikan menghembuskan nafas terakhir di bumi Allah S.W.T ini akibat komplikasi jantung.

Saya suka nak kongsikan sedikit sejarah dan latar diri Datuk Dr. Haron Din yang hebat ini  .... mungkin boleh dijadikan aspirasi anak-anak muda zaman sekarang.

Biodata dan Sejarah Hidup Dr. Haron Din

Malaysia melihatkan Datuk Dr. Haron Din antara pemimpin agama dan politik disegani di negara ini. Beliau adalah antara pemimpin Parti PAS yang dihormati ramai - samada lawan mahupun kawan (dalam politik). Beliau pengasas Darusshifa' yang telah memperkenalkan alternatif perubatan dan pengubatan dalam Islam ke persada umum.
Biodata dan Sejarah Hidup Dr. Haron Din
Datuk Dr.. Haron Din dilahirkan pada hari Ahad, 18 Ogos 1940 bersamaan 14 Rejab 1359 di Bohor Mali, Kangar, Perlis. Beliau telah berkahwin dengan Datin Khadijah dan dianugerahkan Allah S.W.T dua orang anak lelaki dan tiga orang anak perempuan.

Beliau dibesarkan dalam kalangan keluarga yang kuat mengamalkan ajaran agama Islam. Ibu bapa beliau adalah guru al-Quran yang mengajar bacaan al-Quran kepada masyarakat setempat. Beliau adalah anak yang ketiga daripada 10 orang adik beradik.

Datuk Dr. Haron Din mempunyai seorang abang dan kakak dan seorang adik lelaki manakala enam adik perempuan. Dua orang adik beradik lelaki beliau juga tokoh agama terkenal, yang saya pasti ramai yang kenal iaitu Ustaz Ishak bin Din (abang) dan Ustaz Abu Hassan bin Din (adik).

Ayah Datuk Dr. Haron Din dikenali sebagai sebagai Lebai Din di kalangan masyarakat setempat di Bohor Mali.

Pendidikan Dr. Haron Din

Datuk Dr. Haron Din menerima pendidikan awal di tangan ayah dan ibunya sendiri. Kemudian dimasukkan ke Madrasah al-Islahiah al-Wataniah Bohor Mali. Seterusnya ke Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Klang Selangor.

Beliau kemudiannya telah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di Kolej Islam Malaya pada tahun 1962 hingga 1965. Selepas beliau berjaya dengan keputusan cemerlang di Kolej Islam Malaya dengan memperolehi Sijil Tertinggi Kolej, beliau kemudiannya meneruskan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir (1966-1968). Di Universiti Al-Azhar, tidak sampai dua tahun beliau telah berjaya memperoleh M.A (Ijazah Sarjana) Syariah daripada Universiti Al-Azhar dan Diploma Pendidikan dari ‘Ain Shams.

Disebabkan pengajian beliau di Mesir dibiayai menerusi Biasiswa Perseketuan, beliau kembali ke tanahair dan berkhidmat sebagai guru agama di Kementerian Pelajaran Malaysia. Mulai dari sini, beliau dikenali sebagai Ustaz Haron Din. Setelah beberapa tahun berkhidmat dengan dedikasi, Datuk Dr. Haron Din kembali semula ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Doktor Falsafah di Universiti Darul-Ulum Kaherah (1972-1974).
Latar diri Datuk Dr Haron Din
Setelah tamat dan pulang ke Malaysia dengan PHD, beliau mula berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia antara tahun 1977-1985. Dan pada tahun 1986, Datuk Dr. Haron Din dinaikan pangkat sebagai Profesor.

Dikenali Sebagai Tuan Guru Ustaz Haron Din

Di dalam politik Malaysia, beliau dikenali sebagai Tuan Guru Ustaz Haron Din. Beliau antara pemimpin di dalam parti PAS yang sangat disegani dan dihormati.

Atas ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang kewangan dan ekonomi Islam, beliau telah menjadi rujukan ramai.
Haron Din Dalam Politik Malaysia
Oleh kerana itu, Datuk Dr. Haron Din pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB; Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia; Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti; Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor; Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan; Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank; Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd; Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis; dan Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting.

Menerusi PAS, beliau menjawat pelbagai jawatan tertinggi antaranya sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983); Ketua Penerangan PAS Pusat; Ahli Majlis Syura Ulamak PAS; Timbalan Mursyidul Am PAS dan yang terakhir ialah Mursyidul Am PAS hingga ke akhir hayatnya.

Jenazah Allahyarham Datuk Dr. Haron Din dimandikan dan disolatkan di Masjid An Noor Santa Clara, San Francisco, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars, 1761 Laughlin Rd, Livermore, California, Amerika Syarikat (AS) selepas solat Jumaat waktu tempatan.

Al Fatihah.

Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh beliau, dan agar beliau diampunkan segala dosa dan ditempatkan bersama orang-orang yang Allah S.W.T redhai dan sayangi. In Sha Allah.

Saya sekali lagi mengucapkan takziah buat seluruh keluarganya atas kehilangan ini.

Sumber: HarakahDaily.net

9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Semoga rohnya ditempatkan ditempat yang terpuji.

    BalasPadam
  2. Perginya seorang alim yang disegani. Al Fatihah

    BalasPadam
  3. Baru kenal arwah TGHD melalui artikel ni.. Al Fatihah .. thanks HH kongsi info ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dah kenal lama dengan arwah tuan guru. Ini lagi jelas bila baca kat sini. Terima kasih bro HH.

      Padam
  4. Rasanya ramai antara kita membesar dengan ceramah Perdana Ehwal Islam. Sedikit masa dulu TGHD sentiasa memenuhi ruang siaran di kaca tv...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yea betul tu. Masa dulu ingat lagi bila malam jumaat selalu ada forum perdana kat TV1.

      Padam
  5. Bila Allah "ambil" ulamak. Maka bersamanya pergi segunung ilmu. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang beriman. Amin.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement