Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 2017

Permohonan Masuk Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 MRSM untuk tahun 2017 akan dibuka mulai 13 September sehingga 21 Oktober 2016. Semua calon yang menepati syarat dari kalangan murid dan pelajar darjah 6 UPSR 2016 serta pelajar Tingkatan 3 2016 boleh  memohon untuk memasuki MRSM 2017.

Permohonan Kemasukan ke MRSM Form 1 dan Form 4 2017

Untuk syarat am kemasukan ke MRSM 2017 bagi pelajar Tingkatan 1; calon mestilah sekurang-kurangnya mendapat keputusan minimum 5A dalam UPSR 2016 bagi calon Semenanjung manakala minimum 4A bagi calon pelajar dari Sabah serta Sarawak. Semua calon UPSR 2016 wajib mendapat keputusan A untuk subjek Sains dan Matematik.

Untuk syarat am kemasukan ke MRSM 2017 bagi pelajar Tingkatan 4; calon mestilah sekurang-kurangnya mendapat keputusan dengan gred 7A 3B bagi Semenanjung manakala minimum 6A bagi calon pelajar dari Sabah serta Sarawak. Calon juga wajib mendapat keputusan A bagi subjek Sains dan Matematik.

Borang Permohonan Kemasukan ke MRSM 2017

Permohonan kemasukan ke MRSM 2017 ini hanya terbuka untuk Bumiputera sahaja. Untuk maklumat lanjut serta borang kemasukan ke MRSM 2017, sila layari laman web ww.mara.gov.my mulai 13 September 2016.

Permohonan Masuk Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 MRSM untuk tahun 2017
Saya kemungkinan besar akan memohon untuk memasukkan anak sulong saya ke MRSM 2017 ini. Apapun, semuanya bergantung dengan keputusan UPSR 2016. Lagipun, kalau ikut syarat keutamaan, ia akan berikan peluang untuk masuk MRSM kepada keluarga yang berada di luar bandar ...huhuhu.

Doa-doakanlah ye.