Pengasas CoolHijab Buat Hal Lagi. Hafiz Mansor Tak Serik.

Hafiz Mansor, pengasas produk kosmestik CoolHijab buat hal lagi. Kali ini, dia buat hal di negara Jepun. Nganga juga saya dibuatnya bila tahu perkhabaran kisah Hafiz Mansor di Jepun, dan paling tak sangka, bekas 'anak murid' saya pun terlibat sama dalam kes terbaru ni.

Sebelum ni, nama Hafiz Mansor pernah jadi sebutan, malah semakin popular ... hampir nak sama popular dengan si Amran (Amran Fans) di Facebook. Ini gara-gara kenyataan atau post FBnya yang menjadi viral dan telah dikecam oleh netizen yang tak berapa suka dengan pendedahannya akan realiti kehidupan di negeri Perlis. Akibatnya, FB Hafiz Mansor diblock gara-gara kenyataannya itu .... dan dianggap bukan anak jati negeri tersebut serta dianggap kurang arif dengan keadaan sebenar di negeri Perlis...huhu.

Kali ini, namanya disebut-sebut sekali lagi ... turut babitkan nama CoolHijab ...

Pengasas CoolHijab Buat Hal Lagi. Hafiz Mansor Tak Serik.

Disebut bukan sebab dia buat benda 'onar' kat Facebook seperti sebelum ini, tetapi disebabkan Hafiz Mansor telah berjaya mengharumkan nama Malaysia, dan nama negeri Perlis itu sendiri di bumi Matahari Terbit, negara Jepun.

Tahniah. Produk keluaran syarikatnya Dyazara Secret Marketing, iaitu CoolHijab telah menang pingat Gold Medal 2016 Japan Design & Invention Expo-JDIE yang berlangsung di Jepun pada 26-28 Ogos 2016 lepas.
Gold Medal 2016 Japan Design & Invention Expo-JDIE
Gold Medal 2016 Japan Design & Invention Expo-JDIE
Hafiz yang sudah 2 tahun menerajui jualan CoolHijab secara Online di Malaysia, kini sudah pun memulakan fasa pertama jualan ke negara seberang tambak, Singapura, Thailand dan Indonesia. Menjalankan perniagaan produk berasakan penjagaan rambut khasnya untuk wanita berhijab, beliau mula mengorak langkah ke arah luar pasaran global asia.

Semasa viral post mengenai negeri Perlis oleh Hafiz Mansor, dan kemudian dikecam ramai; ramai sebenarnya tak tahu siapa Hafiz Mansor ini. Post tersebut yang sebenarnya lebih berunsurkan santai dan humor itu telah disalahtafsirkan oleh 'haters Perlis' beliau sehingga mengudang kontroversi besar. Ini berlaku lebih kurang 3 minggu lepas (dari tarikh post ini).

Diuji dan Kemudian Diberikan Kejayaan Besar

Tak sangka, tatkala diuji oleh Allah S.W.T dengan dugaan menerima cemuhan, hinaan dan kritikan di Facebook, Allah berikan rezeki besar untuk Hafiz Mansor di negeri Jepun. Isu dulu itu bukan sebab untuk dia menunduk apatah lagi melatah. Dengan kental jiwa dan hati, beliau hadap segala hinaan, cacian dan makian yang menjadi lauk beliau sepanjang 3 minggu tersebut. Namun tak kurang juga yang memberikan sokongan dan galakan terutama dari rakan taulan serta nitizen lain yang berakal.

Mungkin ada yang tidak tahu, status kewangan Hafiz Mansor adalah berstatus muflis ...  yang tahu hanyalah yang rapat dengan Hafiz Mansor dan telah membaca buku Pendedahan Rahsia Bisnes CoolHijab Berjaya

Isunya ialah, sungguhpun anak kelahiran Perlis ini berstatus muflis, ia bukanlah halangan untuk beliau bangkit membanggakan negerinya. Apatah lagi dengan niat mengharumkan nama Perlis ke mata dunia.

Perlis Patut Lebih Dikenali Dari Sekadar Harum Manis ..

Dunia patut kenal Perlis lebih dari sekadar 'Harum Manis'. Biarlah Perlis kekal harum subur di hari, lebih harum dari penggunaan CoolHijab di kepala. Kejayaan CoolHijab memenangi Gold Medal 2016 Japan Design & Invention Expo-JDIE di Jepun adalah bukti semangat, tekad dan kesungguhan Hafiz Mansor serta rakan-rakannya di dalam Dyazara Secret Marketing.

They walk the talk. Itu sebab saya sangat syorkan anda baca buku Bagaimana Bankrup Menjadikan Aku Kaya. Ada banyak tips, panduan serta cara menjalankan bisnes yang boleh anda dapat dan praktikkan. Malah, ada beberapa rahsia pemasaran yang ramai tidak tahu, lebih-lebih mengenai teknik pengiklanan 'tanpa kos' yang sangat-sangat berkesan.

Ya, perjuangan mengharumkan nama di tanah negara matahari terbit bukan senang. Anugerah ini telah disampaikan oleh Mr. Hsieh Hsin-Ming, World Invention Intellectual Property Associations. Ia satu kejayaan besar buat CoolHijab, kerana menang daripada persaingan lebih 1400 penyertaan dari seluruh dunia!

Salah Seorang Pasukan CoolHijab Jepun Ialah Kenalan Saya Seorang Pensyarah Hebat

Saya pula tumpang gembira dan bangga, walaupun bukan anak jati Perlis. Saya perasan ada nama seseorang yang saya kenal berada di dalam pasukan CoolHijab yang telah menang anugerah ini, iaitu Prof Madya Dr. Mohd Mustafa Al Bakri. Lecturer muda dari UniMap Perlis ini bukan nama kecil, tetapi telah melakar sejarah tersendiri sebagai menjadi satu-satunya anak Melayu yang menganggotai International Federation of Inventors Association (IFIA) yang berpusat di Geneva Switzerland. Hebat anak Kelantan ni .. huhuhu
Untuk pengetahuan, pasukan CoolHijab bagi pasaran global dianggotai oleh Nor Mohd Hafiz Mansor selaku Founder CoolHIjab, Mohamed Zarimi Bin Mohamed Zahidi dan Azinuddin Che Mud selaku rakan kongsi, dan juga Professor Madya Dr. Mohd Mustafa Al-Bakri Abdullah dari UniMap Perlis.

Menang 2 Anugerah Sekaligus ....

Apa yang menariknya ialah produk CoolHijab telah memenangi 2 anugerah iaitu Gold Medal 2016 Japan Design & Invention Expo-JDIE dan Anugerah Khas dari Poland iaitu ‘International Innovation Achievements. Haller Pro Inventio Foundation’.
Gold Medal 2016 Japan Design & Invention Expo-JDIE
Gold Medal 2016 Japan Design & Invention Expo-JDIE
Anugerah Khas dari Poland iaitu ‘International Innovation Achievements. Haller Pro Inventio Foundation
Justeru, kejayaan ini bolehlah saya sifatkan sebagai hadiah istimewa dari anak Perlis buat negeri tercintanya. Dan boleh menjadi sumber inspirasi buat anak muda di luar sana untuk terus lebih maju kehadapan, terus berusaha walaupun diri dibelenggu dengan pelbagai masalah dan ujian.

Haha .. dahla bankrup, kena caci maki lak tu .. uhh .. tup tap, bawa kejayaan. Ngehhh ngehhhh ...

Sedikit sebanyak CoolHijab telah menaikkan nama Malaysia serta Perlis di mata dunia.

'Panas kepala, kepala serabut? lekaih pakai CoolHijab. Haters will be haters, just Keepin your hair cool with Cool Hijab.'

Berminat nak dapatkan produk ini? Boleh email saya sendiri untuk tempahan ... di hasrulhiteg@gmail.com dengan letakkan 'subject: Nak Beli CoolHijab'.
Web: www.coolhijab.com
Email: hasrulhiteg@gmail.com

Facebook: www.facebook.com/CoolHijabOfficial
Instagram: www.instagram.com/coolhijabofficial