Langkau ke kandungan utama

Mak Kata Saya Anak Bijak

Saya memang membesar dengan emak saya. Dalam banyak-banyak kenangan di alam kanak-kanak, emak sering menjadi watak utama. Dalam setiap peristiwa yang menarik dan mengesankan di jiwa, mesti ada emak. Abah pula jarang. Mungkin sebab arwah Abah sering pergi berjauhan kerana tanggungjawabnya terhadap negara sebagai seorang perajurit menjaga sempadan negara. Sebab itu, kata-kata emaklah yang selalu terpahat di ingatan sehingga sekarang,

Memang menjadi satu adat barangkali, apabila seorang emak nak marah anaknya, mesti dia akan cakap ... 'uhh bijaknya anak emak ni....'. Saya tak terkecuali mendapat pujian-pujian daripada emak. Ya, emak memang selalu kata .. 'saya anak bijak' dalam bahasanya yang tersendiri.

"Mak Kata Saya Anak Bijak"

Ini Kisah Saya ... Mak Kata "Saya Anak Bijak"


Mak kata 'saya anak bijak'. Bukan sebab saya ni bijak dalam pelajaran.... tapi bijak dalam menyelesaikan masalah.... nak tahu apa sebenarnya maksud kata mak saya kepada saya tu?

Setiap kali emak sorokkan permainan saya, saya dapat cari walaupun permainan saya tu disorok di tempat yang sukar, seperti di bahagian atas almari. Mak saya akan kata ... 'saya anak bijak'.

Setiap kali emak kuncikan saya di dalam rumah, tak beri saya keluar bermain dengan kawan-kawan, iaitu anak jiran sebelah ... saya akan buka cermin tingkap dan menyelinap keluar. Bila mak tangkap saya di rumah jiran... mak saya akan kata ... 'saya anak bijak'.

Bila saya tak ponteng kelas mengaji, dan jiran sebelah flet saya nampak saya menyorok di kawasan flet kediaman... mak marah .. dan dia akan kata ... 'saya anak bijak'.

Tapi, dalam banyak-banyak nasihat emak berikan pada saya .... emak pernah cakap ... "biarlah orang buat tak elok pada kita, jangan kita buat tak elok pada orang.... "

Pesanan Emak

Dan pesanan ini memang saya akan sebut pada setiap anak-anak saya, seawal umur mereka boleh faham apa yang saya cakapkan. Apa yang emak saya pesan dan saya pula pesan kepada anak-anak saya ialah ... agar sentiasa menjadi manusia yang boleh berikan manfaat pada orang lain, buat kebaikan tanpa kira agama, bangsa dan keturunan.

Ini Kisah Anak Saya

Anak saya, Maira .. baru berumur 6 tahun.

Maira, sebagai anak perempuan dan bongsu dalam keluarga, dia selalu dibuli oleh abang-abangnya. Kadang-kala macam-macam abang-abang dia lakukan pada dia sehingga buatkan dia menangis dan nak balas balik.

Apabila saya nampak situasi ini, selalunya saya akan pesan ...

"Maira .. jangan buat gitu kat abang ... Maira kan ke anak bijak ... jangan ikut abang tu  ..."
"Maira bijak kan? bijak kan anak abah ni"

Ini cara saya didik Maira. Nasihat kemudian puji. Sama juga didikan yang emak saya berikan pada saya. Dalam keadaan marah pada saya atas sebab kenakalan, emak akan puji. Emak puji supaya saya dapat merasakan kasih sayang seorang emak kepada anaknya.

Begitulah cara sama saya praktikkan kepada Maira. Marah, tetapi dalam masa yang sama, saya berikan nasihat dan puji kebaikan yang telah dibuat.

Saya terapkan nilai-nilai positif dalam dirinya, dan buatkan diri dia boleh berikan sesuatu kebaikan kepada orang lain. Alhamdulillah, Maira ikut nasihat diberikan. Dan saya nampak kesan nasihat-nasihat positif ini. Almaklumlah, anak perempuan .. kena diberikan manja lebih sedikit sebab jiwa mereka tak sama dengan anak-anak lelaki.

Maira .. apabila ke tadika sejak dari awal usia 4 tahun, saya perasan yang dia akan selalu kongsikan makanan, hadiah, atau barangan yang dia ada pada kawan-kawan yang lain. Yelah, kawan-kawan dia bukannya semua dari latar belakang orang senang .. malah ada yang dah jadi anak yatim pun.

Sedih juga bila Maira balik dari tadika bercerita pasal kesusahan kawan-kawannya. Dan saya gembira apabila dapat tahu bahawa Maira ada jiwa yang mudah memberikan kebaikan kepada orang lain.

Pernah sekali saya marah pada Maira, sebab saya dapati dia bawa duit belanja sekolah agak banyak .. sehingga RM5. Bila diselidik, rupanya Maira bawa duit belanja banyak sebab nak tolong kawan dia beli buku. Terharu saya dibuatnya.

Jika saya pergi ke kedai bersama Maira. Maira tak pernah lupa akan abang-abangnya. Setiap benda yang dibeli pasti dibelikan lebih, paling tidak abang-abangnya akan dapat benda yang sama.

"Haaa kenapa beli susu ni banyak-banyak?" tanya saya, merujuk kepada susu UHT Dutch Lady perisa strawberry dan coklat.
"Satu cukuplah .. kang tak habis semua ni ..." kata saya lagi.
"Yang coklat ni nak bagi kat Abang Ngah ... yang ni nak bagi pada Along ..." jawab Maira. Uhh bijak .. bijak.

Bila membesarkan anak-anak, terutama saya sebagai house husband .... tentu sekali saya mahu anak-anak saya membesar dengan baik dan bijak. Soal makan minum amat penting sekali, terutama untuk tempoh pembesaran dan pembelajaran anak-anak. Usia dalam lingkungan 1 hingga 7 tahun adalah tempoh penting buat mereka untuk belajar benda-benda asas dalam kehidupan, terutama tentang tingkah-laku.
Dan makanan atau minuman yang paling baik untuk anak ketika dalam tempoh nak belajar tentang kehidupan ini ialah susu. Susu ialah minuman yang penuh nutrisi. Seawal seorang bayi lagi, susu adalah nutrien utama untuk tumbesaran dan perkembangan.

Syor saya, cubalah jangan hentikan anak dari meminum susu. Galakkan anak-anak meminum susu sehingga mereka dewasa. Tak perlu saya nak senaraikan kebaikan susu, sebab saya percaya semua orang sedar akan kelebihan dan kebaikan meminum susu ini.

Dutch Lady 4-Step Nutri Plan with 5X DHA

Dutch Lady 4-Step Nutri Plan with 5X DHA adalah susu nutrisi lengkap buat anak-anak dengan kebaikan 5x DHA. Ia adalah susu untuk anak-anak membesar dan belajar. Ia diformulasikan dengan nutrisi yang lengkap dan betul mengikut peringkat umur penting bagi seorang kanak-kanak. Dengan 5 kali kebaikan DHA yang ada di dalam susu ini, ia akan berikan kelebihan untuk anak-anak untuk berkembang dengan lebih baik.

DHA atau Asid Lemak Omega-3 merupakan nutrisi penting untuk perkembangan otak anak-anak. Jika anda nak tahu, DHA adalah struktur asas untuk pembinaan sel-sel otak, mata dan juga kulit. Jadi, memang wajarlah susu untuk tumbesaran dan pembelajaran anak-anak perlukan lebih DHA.


Dutch Lady 4-Step Nutri Plan with 5X DHA ini diformulasikan berdasarkan tahap-tahap kebijaksaan yang berbeza. Bermula dengan semangat ingin tahu (CURIOUS) yang mendalam, kemudian mula meneroka persekitaran mereka (EXPLORE). Seterusnya mereka membina (CREATE) sesuatu berpandukan imiginasi dan apabila mereka memasuki alam persekolahan tumpuan diberi untuk belajar (LEARN).

Kebaikan susu ini telah menjadi antara sebab kenapa selebriti popular Scha Al-Yaha dan anaknya Lara memilih Dutch Lady 4-Step Nutri Plan with 5X DHA ini. Apabila sudah ada susu lengkap nutrisi ini, bolehlah Scha memfokus kepada proses pembelajaran anaknya Lara. Dia tak perlu lagi risau samada anaknya cukup nutrisi atau sumber pemakanan yang baik .. kerana semuanya telah tersedia di dalam susu Dutch Lady ini.

Apabila anak sudah ada pemakanan yang bagus, pastilah ibu bapa akan lebih mudah memberikan tunjuk-ajar yang baik untuk anak-anak tanpa sebarang masalah. Anak-anak akan cepat menangkap apa yang ibu bapa ajar dan segala nasihat akan mudah diterima. Yang kemudiannya akan dipraktikkan ke dalam kehidupan mereka.

Kontest Dutch Lady "Mak Kata, Saya Anak Bijak"

Pihak Dutch Lady mahu anda kongsikan kisah anak bijak anda. Mari sertai kontest mudah dan menang hadiah-hadiah menarik yang disediakan. Kontest ini bermula dari 1 Ogos hingga 30 September 2016.

Cara Penyertaan

  1. Beli mana-mana pek susu Dutch Lady 4-Step Nutri Plan dengan 5X DHA* (650g atau 900g).
  2. Simpan resit pembelian.
  3. Layari laman web Smart Moment Dutch Lady Malaysia (https://www.smartmoments.com.my)
  4. Masukkan petikan "Mak Kata Saya Anak Bijak" kegemaran anda dan muat naik gambar saat-saat bijak anak anda. Dan hantar!
Hadiah memang menarik, paling best ialah anda berpeluang menang baucer RM50 setiap minggu seandainya anda menjadi salah seorang daripada 250 penyertaan terawal. Jadi, cepat-cepat submit penyertaan anda ...

Dan kalau boleh, korang kongsikan juga gambar tu dengan saya ye .. dengan muatkan hashtag #DLMakKata di media sosial. Bolehlah sama-sama tengok gambar anak-anak yang comel dan bijak.


Dah baca post berikut:

advertisement


Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…